Alhamdulilah, bila check Result Final Exam Dania, pada jam 12.01 am tadi keluarlah resultnya. Ini adalah kali pertama result selepas Dania tukar program pengajian jadi tak tau apa nak jangka. Rupanya jika tukar program pengajian, semua yang pindah kredit turut dibawa dalam keputusan. Terkejut tengok jam kredit keseluruhan Dania ambik sem ni 30 jam kredit. Sepatutnya hanya 16 jam kredit. Ditambah juga dengan pengecualian kredit sebanyak 14 jam kredit.
Saya ingatkan pengecualian kredit ni mengikut semester. Kalau ikutkan kawan2 Dania sekelas ambil 1 kokurikulum, Falsafah & Isu Semasa, Kenegaraan dan Pertanian & Kehidupan untuk subjek universiti. Kali ni subjek sem 2 (jika pelajar biasa bukan tukar program pengajian) pun masuk sekali. Tu yang 30 jam kredit terus tu. Terkejut tengoknya sebenarnya....
Maknanya pelajar yang tukar program ni kena score juga subjek pengecualian tu sebab nanti akan mengakibatkan penurunan gred jika dimasukkan sekali dengan subjek yang diambil untuk semester terkini. Kawan-kawan sekelas Dania untuk semester ini mengambil hanya 18 jam kredit.
Kali ni subjek Pertanian Ternakan (Animal Agriculture) dapat B+. B+ pointer dia 3.5. Ada 2 lecturer yang mengajar tapi seorang lecturer sangat strict. Tak apalah. Next sem Dania cuba lagi. Ekonomi Pertanian A-, Integriti dan Antirasuah A, Academic Writing A-, Bahasa Turki Umum I A- dan Anatomi & Fisiologi Haiwan Domestik A. Memang semua subjek 3 jam kredit cuma Antirasuah je 1 jam kredit. Bahasa asing Dania ambil sebab Dania dapat pemotongan kredit jadi tambah la subjek Bahasa Turki ni. Kena ambil 6 kredit kursus elektif bebas. Sem 1 ni Dania ambil Bahasa Turki. Sem 2 pula Dania akan ambil Bahasa Korea Umum I.
Apa pun bersyukur dengan rezeki ini. Kena terima la apa jua keputusannya jika anak kita dah berusaha sehabis baik. Kadang, ada yang memburu semua A sampai lupa yang B+ pun masih bagus. Alhamdulilah. Dania agak suspens juga bagaimanalah agaknya keputusannya pada semester 1 ini kerana program yang ini memang sains. Program sebelum ni ada sains dan perniagaan.
Kita tutup buku semester 1, hello semester 2 2024/2025. 💜
***Moga dapat memberi inspirasi kepada mereka yang berminat nak masuk ke program Bacelor Sains Haiwan Dengan Kepujian
XOXO,
Ezna
tahniah dania...hebat tu...dpt kepujian dekan
BalasPadamTerima kasih Amy. Alhamdulilah.
PadamAlhamdulillah..tahniah Dania!
BalasPadamTerima kasih Sue. Alhamdulilah.
PadamAlhamdulillah...tahniah Dania...hebat tu
BalasPadamTerima kasih Linda.
Padamalhamdulillah..congrats Dania!!!
BalasPadamAlhamdulilah. Thanks MA.
Padamwaahhhh Alhamdulillahhh tahniah Dania!
BalasPadamAlhamdulilah. Terima kasih Ana.
Padamsatu kejayaan yang hebar tu...wajar disyukuri kita semua
BalasPadamHadza Min Fadhli Rabbi. Terima kasih.
PadamAlhamdulillah...cemerlang sangat ni Dania
BalasPadamAlhamdulilah. Terima kasih Ammi :)
PadamTahniah buat Dania and mama Dania...setiap kejayaan Dania sentiasa ada ibu yang bersungguh-sungguh menyokong...
BalasPadamTerima kasih. :)
PadamAlhamdulillah dan Tahniah Dania.
BalasPadamAlhamdulilah dan Terima kasih Mulan :)
Padamalhamdulillah tahniah dania... byk A tu... maknanya duit raya thn ni lg bsr kannnn😀
BalasPadamAnies...hehe. Semuanya sama je.
PadamAlhamdulillah, tahniah Dania semoga terus sukses, aamiin
BalasPadamAlhamdulilah. Terima kasih dan Aamiin.
PadamCongrats dania.yayy deans list🤩🥳🌹👍💃..my zharfan dpt deans list jugak alhamdulillah.jumaat next week ada ceremony utk deans list students😁😁😁
BalasPadamUntung la you. Kalau Dania ni majlis dia tunggu la Sem 3 nanti. Setiap setahun baru ada. Wowwwwww tahniah Ahmad Zharfan Shah. Buat lagi ok?.
PadamIni pun dah baguus juga 👍👍. Apalagi Dania memang dah berusaha sangat tiap semester kan 😍. Congrats Dania 👏👏
BalasPadamTerima kasih Fanny. Kakak support je dari belakang. Thanks ya :)
Padam