Selasa, Mac 4

A&W, FamilyMart & Llao Llao

Lepas membeli-belah di Beauty Cosmetics Mid Valley tu kita mencari la nak makan apa. Akhirnya Dania teringin nak coney dog A&W pulak. Takpelah sebelum puasa ni makan la apa yang teringin. 

Sama je ummi dan Dania pilih Chicken Coney Dog ni. Ada air A&W float. Takde pulak gambarnya. 


Solat dulu kat sini. Surau dia sama level dengan A&W. Lepas tu singgah pulak washroom ambik wefie depan cermin. 


Ni tumpang ambik gambar dengan pizza gedabak besar ni. 


Singgah pula FamilyMart ni. Dania belanja ummi ice cream. Thank you Dania. 


Dania singgah sini beli Llao Llao. 


Lepas tu makan-makan dulu ice cream depan Dressing Paula....ada tempat duduk. Ambik gambar Soda ni sebab Dania kata cute standee kucing depan Soda. 😅. Jam dah 3 lebih petang masa ni. Nak balik la. 


Tunggu Komuter kat Mid Valley. Bagus Mid Valley ada Komuter direct berhenti kat sini. Nampak tanda pink kat jalan tu?. Kawasan ni hanya perempuan / wanita je boleh duduk. Lelaki kena duduk tempat lain. Ada juga tempat duduknya bukan tak ada. 


Ini kerana, koc wanita akan berhenti betul2 tanda pink ni. Balik, saya dan Dania naik koc warna pink. Hanya untuk wanita. Rasa lebih selesa. Kadang-kadang orang luar ada je kat koc ni. Mungkin tak faham atau buat-buat tak faham tak sure la kan...


1 station je ke KL Sentral...kemudian ambik ERL pula menuju ke Putrajaya. Dari ERL KL Sentral ada 2 station nak sampai ke Putrajaya. Berhenti di station Bandar Tasik Selatan dulu sebelum ke station Putrajaya. Kekerapan ERL dan Komuter ni berbeza. Kalau waktu puncak kekerapan dia dekat sikit. Kalau bukan waktu puncak, masa menunggu tu lama sikit. 

Senang naik public transport lagi kalau nak ke Kuala Lumpur. 





XOXO,
Ezna

 

7 ulasan:

  1. Betul tu sis...Sy dulu masa duduk kepong selalu jgk pegi mid valley naik komuter..Sbb kalau x silap 3/5 stesen je kepong sentral ke mid valley =)

    BalasPadam
  2. senang naik public tarnsport, tak payah fikir parking

    BalasPadam
  3. lama sgt x naik segala mcm train ni... now Ian la plak yg naik

    BalasPadam
  4. Kami ke llaollao petang Sabtu, penuh ramai beratur. Nak makan sebelum puasa lah konon, pergi kedai runcit beli ais krim biasa hehe.

    BalasPadam
  5. Kalo di JKT, gerbong wanita itu LBH sadis kak. Commuter di JKT memang selalu penuh, sampai kdg tak bisa bergerak di dalam. Tak usah pegangan tak apa, Krn badan dah terjepit. Tp di gerbong wanita memang lebih parah.

    Kadang mereka main dorong sampai jatuh, dan paling banyak tak mau KSH duduk ke wanita hamil.

    Saya lebih suka duduk di bagian mix drpd gerbong wanita. Lelaki lebih sopan kalo ada wanita hamil atau lansia yg tua. Mereka pasti berdiri.

    BalasPadam
  6. coney dog tu my fav jugak :) dh agak lama tak singgah a&w. llao2 tu fav my ariff and zharfan :)

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pemergian dan Perpisahan

Dalam dunia ni ada bermacam cerita kisah suka duka. Hari ni dapat perkhabaran jiran lama kami meninggal disebabkan kanser hati. Kisahnya ber...