Jumaat, Mac 28

Moreh sampai dua tempat sebab apa?

Mulanya kami pergi kat food truck depan Kompleks PKNS, Bangi. Order la jus kat food truck ni. 


Sementara tu saje jalan2 kat booth depan Kompleks PKNS, Bangi ni. 


Ni telekung ni. 


Baju kebaya untuk kanak-kanak. 


Ada jual bunga api dan mercun jugak depan ni. Harap2 tak ada la kes terbakar macam kat Cheras tu. Booth jual bunga api dan mercun terbakar jadi non stop la mercun dan bunga api tu meletup. Dulu masa kecik2 ada main juga mercun dengan sepupu-sepupu. Main mercun gasing la, mercun katak la...ehhh macam-macam. 


Bila dah dapat jusnya....hmmmm....rasa gula semata-mata. Pelik rasa airnya. Jus nya ada la kot dia letak sikit. Selebihnya air gula. Memang minum sikit lepas tu tak minum dah weh....Reti buat air ke tak reti?. 

Terus menuju ke Putrajaya. Gi lah Q Bistro. Errr Q Bistro nampaknya akan dibuka kat Bangi. Dia ambil alih kedai Paparich dulu. Paparich pula dah pindah tempat baru dekat-dekat situ jugak. 

Ni Dania order. 


Ni hubby yang order. Saya cuit-cuit sikit la kedua-duanya. Tak lalu pulak nak makan. Saya minum teh o suam je. Sepanjang ramadan ni saya banyak minum air panas. 


Ramai pula yang moreh malam ni. Ada yang pakai telekung terus. Saya idak la nak pakai telekung ya. Kalau masa umrah tu memang selamba je. 

 

Kat kaunter pun ada letak kuih raya. 


Kalau Q Bistro buka kat Bangi, boleh makan kat situ pulak tapi cawangan Putrajaya ni lagi dekat sebenarnya.





XOXO,
Ezna


9 ulasan:

  1. Tak lama lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadan

    BalasPadam
  2. Potong betul kalau jus rasa air gula saja ni. Cie pernah kena beli jus tembikai. Tembikai takde rasa langsung dah la mahal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...gula semata-mata. Rasa dia pun pelik. Memang tak boleh la nak habiskan.

      Padam
  3. Aduh, sedapnya nampak maggi goreng Dania.

    BalasPadam
  4. Meriah tu ezz u moreh smpai 2 tmpt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe sebab tempat first tu nak tutup. Q Bistro pulak buka sampai 6 pagi esoknya.

      Padam
  5. Hahahahahahaha sama kita kak. Jangan harap lah saya nak kluar pakai telekung saja 🤣. Tetap harus rapi lah. Masa umroh pun rasanya saya tetap lepas telekung kalo dah kluar dari mesjid. Jadi pasti pakai hijab saja 🤣.

    Adik2 saya dah hapal, mereka cakap even hanya ke warung samping rumah, saya pasti ada pakai lipstik dan makeup 🤣🤣. Terkadang mereka over memang, tp yg pasti saya memang tak suka kluar rumah tidak rapi. Better tak kluar samasekali😁

    Aiiiish jus rasa gula, issh memang tak sedap. Banyak sangat ambil untung dia yaa 😅

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...