Rabu, Mac 19

Melawat sepupu di KPJ Damansara Specialist

Dapat satu berita tentang sepupu saya masuk wad jadi saya pun forward la kat adik-beradik saya. Adik saya yang kat Kelana Jaya dah ziarah dulu sebab rumah berdekatan pada hari pertama saya forward whatsapp. 

Alhamdulilah sempat meluangkan masa menziarahi sepupu saya Salwa kat KPJ Damansara. Sehari selepas saya tahu berita. Kebetulan cuti Nuzul Quran dan ada yang akan drive kan saya. Hehe. 


Tak letak gambar Salwa la sebab tak appropriate tak pakai tudung dan pula tak sihat. Ada adik Salwa tolong teman kakak kat sini nama Asmak. Adik yang baik tu....alhamdulilah. Sempat la meluangkan masa sekejap. Kalau nak melawat orang tak sihat tak boleh nak berlama-lama ya. Kebetulan pula juadah tengahari pula dihidangkan. Selesa betul kat KPJ sini sebab biliknya berdua tapi katil sebelah ni kosong. Jadi, ok la 1 bilik ni kita yang punya. 

Masa saya datang ni kebetulan ada nurse nak check tekanan darah. Alahai nampak macam lepasan SPM je. Umur dia 22 tahun. Lembut je. Ada nurse macam ni tenang la pesakit ya. 


Ni masa nak balik. Katanya bulan puasa ni hospital ni lengang sikit. 


Di satu sudut ruangan rehat / menunggu. Hijau betul kat sini. 


Kat bahagian reception. Waktu melawat kat sini dari jam 7 pagi - 10 malam. Jadi bebas la melawat berbanding kalau di Hospital Kerajaan tu. 


Ada deko raya pula kat ruang lobi ni. 


Masa ni kereta saya dah keluar dah sekali Che In sepupu saya call kata Kekna ke tadi yang parking tu...rupanya memang sepupu saya ni yang masuk parking. Che In macam familiar kereta oren saya. Hehe. Kami dah bayar parking dah. Saya turun kereta sebab cakap dengan hubby nak jumpa Che In kejap. Che In ni la yang whatsapp saya pasal sepupu saya Salwa yang kena admit sini. 

Sempat jumpa sekejap je. 


Mohon yang baca blog ni doakan kesihatan sepupu saya Salwa Binti Abdul Kadir kembali pulih. Moga ada doa reader blog saya yang diangkat bulan ramadan ni. 

Tq Salwa pernah baca blog Kekna. Silent reader katanya. Err dari citer saya ke Beijing tahun 2009 tu.....Dania kecik lagi tu. 

Kekna doakan yang terbaik buat Salwa ya tapi serius Kekna nampak Salwa sangat positif. Alhamdulilah. Maaf kadang2 Kekna banyak pula menanya....😅





XOXO,
Ezna 


10 ulasan:

  1. Semoga diringankan kesakitan Salwa dan segera sembuh dan tidak kembali lagi sakitnya, Aminnn YRA.

    BalasPadam
  2. Semoga yang baik- baik untuk cousin Ezna...dugaan Ramadhan kan

    BalasPadam
  3. semoga sepupu kak ezna, salwa cepat sembuh...lega sikit kalau kat swasta, memang tenang sikit..orang tak ramai

    BalasPadam
  4. smoga diberikan kesembuhan utk cousin ezna & dipermudahkan segala urusan

    BalasPadam
  5. Moga Salwa cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan nya.

    BalasPadam
  6. Syafahallah bermaksud: “Semoga Allah menyembuhkannya” (perempuan). Amin

    BalasPadam
  7. Semoga sepupu Kak Ezna cepat-cepat sihat dan sembuh..Aamiin...

    BalasPadam
  8. Saya ikut doakan semoga sepupu kakak diangkat sakitnya, diberi kesembuhan . Semoga raya tahun ini sudah bisa kembali sehat.

    Saya setuju, jika sedang melawat orang sakit, saya paliiiing tak suka ambil gambar mereka. Krn saya tahu mereka dlm kondisi yg tidak fit utk difoto. Krn saya ada kenalan yg mana dia sukaaa sangat berfoto. Bahkan ketika sedang melawat orang sakit. difoto, trus upload di sosmed. Kalo si sakit setuju, tak apa. Tp terkadang mereka juga sedang lemah sangat dan tak sadar difoto. Itu yg saya tak suka .

    Krn jika saya di posisi itu, saya tak akan mau difoto. Makanya beberapa Kali di opname di rumah sakit, saya tak mau KSH tau siapapun . Malas kalo ada yg datang, apalagi nak foto2

    BalasPadam
  9. Semoga cepat sihat dan cpt keluar hospital amin

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...