Ahad, Mac 16

Juadah berbuka hari ketujuh

Diam tak diam kita dah berpuasa hari ketujuh dah. Kali ni buat sambal telur. 


Ada ulam tak tau nama daun tu, timun dan buah tomato. 


Sambal Nyet Khairul Aming yang adik saya bagi. Boleh la buat cicah dengan ulam. 


Lepat pisang. Kali ni bentuk gemuk dan tak tinggi sangat. Ini yang biasa saya jumpa. 


Karipap, samosa, popia Big Mac. Sedap ke Popia Big Mac ni? Saya rasa macam biasa je. Sedap sebab kulit popia tu rangup. 


Ada rezeki dari surau. Ada orang surau insist hubby ambik nasi daging ni sebab dia masak sendiri dan nak sedekah kat surau. Nak suruh juga hubby merasa sebab hubby masa tu tolong-tolong buat air untuk orang berbuka. Dapatlah 1 pinggan ni haa....saya pun rasa la sikit. 


Alhamdulilah rezeki berbuka hari ketujuh. 

 

3 ulasan:

  1. Ulam yg berbentuk daun itu saya sukaaa. Wangi macam mangga. Baru tahu kalo itu daun jambu monyet. Ntahlah di sana sebutnya jambu apa 😅. Yg bijinya jadi cashew

    BalasPadam
  2. nasi daging tu nampak sedap laaa

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...