Khamis, Mac 27

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa

Rupanya ada sebutan yang kita biasa sebut tapi salah sebutannya. Jom kita semak. 

Ini adalah donat bukan donut.


Sebutan betulnya adalah mi. Bukannya mee. Ini adalah mi sup bukan me e sup. 😅


Sebutan yang betul untuk ini ialah martabak. Bukan murtabak


Ini bukan kuey teow tetapi kuetiau


Ini pula baulu. Bila masak ada bau wangi kan bila kita bakar?. Jadi bau....baulu. Bukan bahulu


Ini adalah nasi beriani bukan biryani atau briyani


Lagi satu sate bukan satay

Dapat sesuatu? Hasil perkongsian Cikgu Bahasa Melayu,  Zack Kirana MC+ kat instagram.
Banyak rupanya ejaan yang saya salah 😅. Lepas ni kena biasakan yang betul. 





XOXO,
Ezna



 

7 ulasan:

  1. ada juga tgk cikgu kirana update tp sbb dh biasa kdg2 tulis yg btul..kdg2 eja yg salah

    BalasPadam
  2. Sate je saya lulus..tu pun kadang-kadang tereja satay jugak hahaha...

    BalasPadam
  3. ya..memang banyak yang kita salah..macam Ramadan, reda,
    gitu lah..kalau tatabahasa nie, banyak lagi perlu belajar...fening

    BalasPadam
  4. tu la perkataan mi tu kak ipar cerita last year.dia tulis resit untuk ckgu. cikgu gelak. akak ni tahun berapa sekolah kak eja mee? mi la kak ! dalam hati LM uik ye ke. alamak. tapi dah terbiasa tulis mee

    BalasPadam
  5. Owhhh..Gitu...Tp sy mmg selalu konfius dgn ejaan kuetiau =D

    BalasPadam
  6. kadang-kadang bila ingat kita mmg guna yg betul...tapi bila dah lama sangat terbiasa dengan yg tak betul tu, selalu je kecundang

    BalasPadam
  7. Btw kak, semua ejaan benar di atas, memang itulah juga dlm BHS Indonesia dan saya selalu pakai 😄. Cuma terkadang kalo komen di blog teman Malaysia suka saya ikutkan ejaan mi menjadi mee. Nanti komen di blog teman Indonesia, baru tulis balik mi 🤣.

    Tp utk martabak, kuetiaw, sate, saya pasti tulis sesuai yg benar. Kue baulu itu saja yg saya takbtahu Krn memang kue ini pun hanya terkenal di Riau dan Aceh. JD jarang makan 🤭

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...