Ahad, Mac 30

Baju pengantin pun cantik digayakan

Ada awal tahun ni...beberapa bulan jugak la...Wanzar ada buat clearance baju2 pengantin dia. Memang cantik2. Bagi saya baju pengantin Wanzar ni bukan hanya sesuai digayakan masa majlis perkahwinan sahaja tetapi majlis konvokesyen ke, majlis makan malam ke etc pun sesuai juga.

Kemudian ternampak ada gambar pakai pakaian baju pengantin untuk konvokesyen. Kalau tengok corak jubah tu dah tau la konvokesyen kat mana. Ni konvokesyen di UPM. Jubah UPM berwarna merah. Jadi....naik seri betul dengan warna baju putih ni. Cantiknya bagi saya. 

Semua gambar-gambar dari facebook Wanzar ya


Tambahan this girl ni memang cantik. Pakai warna apa pun cantik. Kalau tengok hud yang dipakai berwarna hijau ni samada dari Fakulti Pertanian atau Fakulti Alam Sekitar. 


Lagi gambar.....cantik kan?. Merah dan putih ni memang boleh naik serinya. 


Maybe baju pengantin yang ni rasanya this girl pakai. Cuma kena potong kat bahagian kain supaya tak meleret. 


Diantara baju pengantin yang clearance masa tu ialah Hudda ni. Lace kat bawah baju dan bawah lengan. Potongan kurung Pahang dan berbutang bulat di bahagian depan. Butang tu hiasan je sebab ada zip di belakang baju. 


Bahagian atas tu dari Duchess Satin. Material agak keras dan bahagian bawah pula lace dengan chiffon. Material ni flowy.  


Harga clearance masa tu tak lebih daripada RM100. Harga asalnya RM359. Ada juga perincian manik kat lace tu. Potongan kurung pahang ni manis sangat2 dan sopan sebab labuh. 


Bagi saya memang cantik betul dan harganya memang terbaik masa tu lah. Sekarang ni dah sold out dah pun Hudda ni. 


Tidak keterlaluan potongannya. Manis je. Gaya dia simple je. Tak dipenuhi lace satu baju. Kain pula jenis bersusun kat belakang dan polos. Boleh juga dipakai untuk majlis yang lain. 


Jadi....saya beli ke tak?. Ya saya imagine Dania yang pakainya. Macam rugi kalau tak beli. Pakai bila tu nanti kita fikirkan. Hehe. Jadi memang beli la ya. Saya tak kisah pun kalau fesyen ni fesyen Wanzar yang lama. Bila tengok depan-depan, Ya Allah memang cantik sangat. Dania pun kata cantiknya. Jadi dah masukkan dalam sarung baju yang bertutup dah pun. Alhamdulilah. 

***Gambar semua diambil dari facebook Wanzar. Kalau berminat boleh la ke website wanzar.com.my



XOXO,
Ezna



 

6 ulasan:

  1. Less is more.design simple tp nmpk style

    BalasPadam
  2. Skr ini mode terbaru memang minimalis dan simple. Saya sukaaaa. Beda sangat kan dengan mode yg lama2. Saya ingat baju pengantin saya dulu penuh dengan manik batu Manikam 🤣🤣. Beralamat sangat tau kak, pakai ekor pula. Memang tak bisa dipakai lagi. Beli pula tuh. Saya pikir2, kenapalah saya beli. Kenapa tak sewa. Dahlah mahal, cuma bisa dipakai sekali pula 🤣🤣. Tak mungkin saya pakai ke acara formal apapun, Krn betul2 berekor. 🤣🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak kalau berekor pakai masa kahwin sesuai. Mungkin flower girl atau bridesmade yang pegangkan ekor. Kalau nak graduasi susah ya kalau berekor. Wahhh kalau ada manik semua cantik dalam photo nanti Fanny.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...