Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, November 22

Kisah tanam-tanaman Dania

Dah menjadi rutin saya untuk menghantar Dania ke ladang atau unit sayur-sayuran untuk membuat aktiviti yang ditugaskan (aktiviti luar kuliah). Kali ni Dania kena membaja bayamnya. Caranya dengan mengangkat sungkupan (jerami) dan taburkan di sepanjang jerami itu. 

Tanaman Bayam 


Bayam Dania masih kecil tapi ada kawan-kawan sekelas yang menanam bayam lebih awal lagi daripada Dania...bayamnya dah besar. Contohnya seperti bayam merah ni. 


Ini pula bayam hijau. Sihat betul pokok bayam yang ni. Kiranya bila bayam dah matang akan dituai dan dijual. Masa post ni ditulis, bayam dah pun dituai. Dania cakap tugasnya masa ni membasuh bayam. 


Hujung minggu Dania pergi tengok bayamnya. Ada seorang pegawai pertanian tanya Dania tak cabut ke rumpai ni?. Dania agak geram juga sebab bukannya tak datang terus mencabut kan...dalam seminggu...2-3 kali jugak merumpai. Sebenarnya sepanjang Dania datang selepas waktu kuliah dan hujung minggu...kelibat pegawai pertanian perempuan ni tak ada tetapi pegawai lelaki ada bagitau kelas Dania "saya tahu masa cuti ada yang datang tengok bayam dengan mak 😆 dan ada juga yang datang buat kerja mengeluh". Mungkin juga kehadiran rumpai yang meriah sangat ni kan tu yang mengeluh....Dania agak-agak yang mana satu?. 


Ni kiranya dah selesai mencabut rumpai. Nak balik dah ni. Dania betulkan sungkupan. Baru nampak lebih warna tanah daripada warna hijau. Kadang yang terlebih excited saya. Jom tengok bayam....tak pun jom tengok jagung. 


Ni lah pokok bayam Dania. Harap-harap tumbuhlah bayam ni dengan sihat....markah Dania jugak ni. 


Keseluruhan batas Dania. Kena bekerja keras juga untuk mencabut rumpai...alhamdulilah bersih dah. Musim hujan ni lagi la sihat si rumpai jahat ni.....


Tanaman Jagung

Masa datang tu nampak traktor ni mengangkut nanas yang baru dituai. Ni nanti akan dijual di kedai Putra Mart dalam UPM ni. Segar dari ladang. 


Kali ni Dania kena datang untuk membuat penjarangan. Penjarangan ni ialah setiap satu lubang jagung tu hanya ada 1 pokok jagung. Dania sebelum ni masukkan 3 biji benih dalam satu lubang. Jadinya yang lagi dua tu kena pindahkan ke tempat jagung yang tak sihat (daun berwarna kuning) atau kat tempat jagung yang tak tumbuh. 

Ni tengah mendengar penerangan dari salah seorang pegawai pertanian. Boleh datang bila-bila yang free. Kebetulan masa Dania datang ni ramai pelajar perempuan. 


Tengok kat sini ada 2 pokok jagung yang tumbuh. Salah satu pokok ni yang kena pindahkan. 


Ni haaa 30 meter batas jagung. Seorang pelajar 1 batas. 


Saya buat apa?...haaa nampak tak tikar ni...siap bentang dengan pakai topi nak pegi beach. Hehe. Setia menunggu Dania. Boleh je nak balik dulu tapi saya nak tunggu sini sambil-sambil keluarkan kamera ambik gambar. 


Ni pula saya dan Dania datang hari minggu samada sabtu atau ahad. Nak check balik pokok jagung yang Dania tanam tu. Adam ni buat sama-sama batas dengan Dania dan bagitau saya masa buat batas tu muka Dania merah sudah. Adam ni berasal dari Sabah dan minat Agribusiness ni. Dapat kejuruteraan dalam UPU tapi tak minat. 

Oh ya yang Adam bawa tu kumpulan Dania punya pokok jagung yang ditanam berasingan. Ada spare jika ditakdirkan kat batas kumpulan Dania ada pokok yang tak tumbuh atau tak sihat. Boleh ganti dengan pokok yang Adam bawa dalam tray tu. 


Ini pula datang nak tengok pokok tumbuh sihat ke tak. 


Bila pegawai pertanian cakap kena letak baja kat setiap lubang pokok jagung jadi Dania pun kena pergi buat. Pegawai pertanian akan bagi masa yang pelajar kena completekan task tu. Setiap jagung kena buat lubang dan letakkan baja ke dalamnya kemudian kambus balik. Baja yang dimasukkan dihadkan kepada 30g sahaja. Kat sekeliling jagung dan baja tu kena cabut la rumpai yang tumbuh. Kadang bila saya kebetulan ambik gambar kat sini kadang saya pun tolong cabutkan rumpai sebab geram je....rasa puas pun ada sebab dapat cabut rumpai sampai ke akar. Buat sikit-sikit boleh la. Jangan la memonopoli pulak. Nanti saya yang dapat markah bukannya Dania. 😅

Kenapa kena cabut rumpai ni?. Nanti rumpai ni akan tumpang makan nutrien baja tu jadi pokok jagung ni nanti akan kurang nutrien. Batas sebelah kiri Dania ni pelajar dari negara China. Tak datang buat penjarangan pokok dan membaja juga. Tak tahu la kenapa. Nak kata tak ada cina Malaysia dalam kelas Dania ni ada ramai juga. Boleh cakap cina dengan dia. 

Nak turun ke ladang ni kena cukup semua aksesori seperti kasut safety boots, sarung tangan dan topi yang menutupi keseluruhan kepala. Cap yang biasa tu kalau pakai boleh buat pening juga kalau expose lama kat luar. Topi Dania ni sebenarnya topi beach. Ada ribbon kecik juga keliling topi tu tapi dah terlucut. Tu yang ada nama tu. Bukan saje2 tempah untuk kerja kat ladang ni. 


Katanya jagung ni bila dituai.... hasil nanti akan diberikan kepada pelajar tapi bukan semua. Rezeki juga hasil dari tangan sendiri. Dania kira dalam 151 pokok jagung juga yang Dania tanam. Just imagine kena letak baja kat 151 jagung ni....Erk......makan 2 jam jugak buatnya....





XOXO,
Ezna

22 comments:

  1. Seronok tengok aktiviti bercucuk-tanam ni. Nak tanam sendiri tak reti 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanam sendiri kita ikut cara biasa je kan tapi yang ni tanam ikut prosedur. Baja pun kena timbang dulu.

      Delete
  2. Wow...Dania kental ni..my Dania x tau la suka ke tak bidang ni padahal dia pun kat UCAM kena amik gak agro nyer subject nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya SA hampir kecundang jugak buat benda ni sebab tak biasa. Kalau setakat skala kecil-kecilan boleh la. Ni skala besar. Ah ah kat UCAM specialized agro kan?....takpe SA....apa2 yang Dania SA minat nanti. Tapi ye lah kena belajar juga bab agro nanti....

      Delete
  3. hebat dnaia bercucuk tanam...skali ngan ezna bole join sama tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ni la masalahnya Amy. Ummi dia menghantar lepas tu duduk la tengok apa Dania buat. Lepas tu ambik gambar....

      Delete
  4. Seronok tanam jagung...sebab tak tunggu lama boleh tuai..makan pun lebih nikmat kerana ditanam sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tapi student ni dapat sikit je la. Selebihnya nanti akan dijual.

      Delete
  5. Waaa suka nya tgk tanaman bayam tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya bayam tu nampak sihat sangat.....

      Delete
    2. tanam tempat org yg belajar cari dia hidup.. meriah nya :D

      Delete
  6. Dapatlah rasa pahit jerihnya orang bertani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Setuju sangat Wak....bukannya senang....

      Delete
  7. nmpk segar bayamnya.. nnt hasilnya diorg jual ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...hasilnya nanti dijual di Putra Mart dalam UPM. Kita pun boleh beli....selain sayur dan buah, ada juga telur burung puyuh....

      Delete
  8. wahhhh best nya dapat berbakti kpd tanah...
    org luar nak beli sayur2 tu boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je orang luar beli. Memang terbuka juga utk orang awam cam kita.

      Delete
  9. best la baca entry u ni ezz!! nampak sgt mencabar la task dania ni esp kalau cuaca panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya you part cuaca panas tu dengan I...I....sekali kat situ panas. Haha....lepas tu bila balik rumah mau sakit2 badan la....lenguh2 la....seriously, bukan senang la bagi Dania sebab mana la biasa tanam dalam skala besar. Tolong tanam kecil-kecilan tu ada la.

      Delete
  10. Applause lah buat kakak, yang rutin menemani Dania, dan buat cerita di sini juga. Kita pun jadi tahu apa saja kegiatan mahasiswi pertanian ini 👍.

    Saya liat aneka bayam yg tumbuh subur, langsung teringiiiin pula masak creamy spinach 😄😄🤤. Sehat sangat bayam2 nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tugas kakak menemani Dania...wow creamy spinach. Bunyi macam sedap. Kakak cuma gorengkan ajer spinach tu...

      Delete
  11. bagusnya...projek2 mcm ni 2 in 1..sambil belajar, sambil keluarkan peluh.. nanti the best part masa menuai.. yeay!!

    ReplyDelete