Selasa, November 28

Kisah masak-masak untuk kawan Dania

Sehari sebelum, saya dan Dania ke Evo Mall, Bangi. Nak mencari bahan-bahan untuk masak macaroni & cheese. Bahan yang dicari : 

Macaroni
Susu 
Cendawan
Butter
Mix herbs
Lobak merah
Serbuk Cheese
Slices Cheese
Mozarella
Bekas plastik
Sudu plastik


Ni la Mac & Cheese saya buat dah siap masukkan dalam bekas untuk 5 orang termasuk anak sendiri. Kenapa beria saya masak ni?. Sebabnya kokurikulum Dania start dari jam 8.30am - 2.45pm. Cover untuk 2 kelas sekali. Nak cepat perabihkan kokurikulum kekdahnya. Ada rehat la in between tapi kalau rehat sekejap je nak pergi cari lagi makanan berat tu leceh la kan. Jadi, saya happy nak masakkan sekali untuk kawan-kawan satu group Dania yang Dania baik la. Bukan la masak untuk semua. Kiranya ni bukan typical Mac & Cheese yang cuma ada cheese dan makaroni sahaja tetapi yang ni saya masukkan sekali ayam, lobak merah dan cendawan. 

Salah seorang kawan Dania ni, anak kepada kawan saya masa sekolah. Lepas tu Nadia ni cakap Mac & Cheese ni sedap. Kebetulan tak breakfast lagi. Tak tahu la sebab lapar atau memang menepati citarasanya. Lepas tu dihantarnya whatsapp kat kawan saya....sampai la beritanya kat kawan saya tu. 


Siap tapaukan sekali dengan buah sun melon ni. 


Masa ni tak ramai lagi yang datang. Kiranya Dania ni diantara yang terawal. Risau jugak saya dengan tahap kesesakan kat dalam UPM ni sebab hari ni kiranya konvokesyen untuk Sidang 1. DYMM Sultan Selangor yang akan sampaikan scroll. Lagi la agaknya jam kan....bila masuk UPM ada sesak sikit la tapi tak teruk la. 


Lepas hantar Dania, saya dan suami ke Restoran 7 Pagi. Kena beratur la pulak. Ramai juga yang makan kat sini. 


Lapik perut dulu dengan kuih lompang ni....


Ada juga pulut sekaya durian. 


Makanan saya dah tiba....roti telur goyang....


Suami makan lontong kering. 


Tengok kat sebelah khemah ni pun ramai orang. 


Balik rumah rehat dulu sebelum singsing lengan masak ayam buttermilk. Nak habiskan stok susu sebab saya beli yang besar. Kena masak yang berasaskan susu. Kalau susu putih sahaja memang saya tak minum ya....kalau dah masuk bahan lain sampai hilang rasa susu tu memang saya akan makan. Daun kari saya bubuh sampai 5 tangkai sebab guna daun kari yang tanam kat belakang rumah saya ni haa....sihat daun kari ni....


Tumis jugak bayam. Dah siap makan tengahari kami. 


Lepas tu ada dalaman ayam jadi season dengan serbuk kunyit dan garam sikit kemudian goreng. Potong kecik-kecik je. 


Petang sikit ambik Dania balik....bagus juga cepat habiskan kelas kokurikulum ni. Boleh la concentrate yang lain... 





XOXO,
Ezna

12 ulasan:

  1. buttermilk tu fav nieyl tu...yumyummmy

    BalasPadam
  2. Teringin nak try lontong kering...
    adoi tak jumpa pulak area SG ni huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh kena cari kedai orang Johor la kot. Mungkin ada.

      Padam
  3. Enjoy setiap masa bersama keluarga.

    BalasPadam
  4. meriah mac & cheese tu sbb ada isi ayam & mushroom juga....menu buttermilk tu tisya request tp die suka udang compare dgn ayam tp lama xmasak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh buttermilk udang lama dah tak buat tapi yang ni Dania makan dengan spaghetti.

      Padam
  5. nmpk2 sedap2 belaka tu ezz. bayam tu my fav!!!

    BalasPadam
  6. Samaaa kita kak, saya tak minum kalo susu putih. Zaman kecil dulu, dah laah tiap kali disuruh minum susu, saya sibuk cari celah utk buang susu itu diam2 , atau bagi ke adik 🤣. Baru nak minum kalo campur Milo. Susu putih saja, yg ada muntah saya minum hahahah

    Sedap kayaknya ayam buttermilk tuh 🤤.

    Lontong kering menarik juga yaa. Berarti tak pakai kuah? Unik, saya belum lihat ada yg menjual lontong seperti itu di sini. Biasa selalu pakai kuah lah.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ice Cream Treats

Masa makan tengahari saya masak ketam bercili.  Kacang buncis dengan telur.... Masa ke IOI City Mall ni nak mencari paper bag / plastik untu...