Khamis, November 23

Hasil ladang UPM di Putra Mart

Ada nampak iklan di facebook Universiti Putra Malaysia tentang penjualan durian hasil dari ladang UPM. Tak sure ladang durian yang mana sebab kolej Dania dulu berdepan dengan ladang durian. Suami yang nak pergi ni. Jadi singgah Putra Mart sebelah UniPutra Golf dalam UPM ni. Durian ni pula ada banyak jenis. Contohnya yang ni durian gred premium. Gabungan dari durian-durian yang terbaik kemudian jadi durian yang ni. 

Masa ni Dania tak turun kereta. Tak excited nak tengok durian. Dania tak makan durian. 



Kena tengok warna durian ni kalau nak tengok grednya. 



Banyak durian yang dijual ni. 



Ada nanas juga. Dah tentunya dari hasil ladang di UPM. 



Ada juga durian yang yang terbuka macam ni. Mungkin masa jatuh ke tanah dia terbuka. Suami beli yang ni. Harganya murah sikit. Memang berbaloi tau sebabnya....


Ada rambutan juga. Memang meriah pokok rambutan kat UPM ni. 


Saya beli juga telur puyuh ni sebab UPM memang ada ternak burung puyuh. 


Masa nak bayar, saya tanya la beliau ni student ke?. Rupanya dah bekerja kat sini. Beliau handle semua hasil ladang dalam UPM ni. Bila tanya course apa?. Beliau cakap beliau lulusan Bachelor of Science in Agribusiness. Saya excited cakap haaa tu dalam kereta ada junior course ni. Dia tak turun....😅


Saya minta Aiman bagi kata-kata semangat kat Dania melalui video ni. Terima kasih Aiman. Aiman ni masuk UPM tahun 2016 kemudian graduate pada tahun 2020. 


Balik rumah, suami buka la buah durian ni. 

Ok....saya cakap berbaloi sebab ....
Tengok la buah durian ni bila dibuka.....
 




Alhamdulilah....rezeki dari ladang UPM. Beli 3 biji je durian ni sebab Dania tak makan. Saya dan suami je yang makan. Berbaloi sebab walaupun beli yang dah terbuka tapi isinya sedap. Alhamdulilah. 

Siapa yang tak makan durian?





XOXO,
Ezna

11 ulasan:

  1. Hantu durian hadir 🙋 haha ...
    Selalu buah yg terbuka ni isinya tak brp elok, tapi alhamdulillah rezeki papa Dania la tu... Makan pula sorang² lagi heaven!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan dengan saya PH tapi saya tak makan banyak mana pun. Alhamdulilah isinya elok. Dania seorang tak makan durian.

      Padam
  2. sy makan durian, tp tempoyak x mkn.. hehehe

    BalasPadam
  3. Masya-Allah....
    Duriaaannnn...pantang nampak kak....
    aduhaiiii...sedapnya...nampak isi dia elok molek je...

    BalasPadam
  4. mak aiiiiii duriannnnn mau pengsan saya kalau dpt mkn ni 🤣🤣

    BalasPadam
  5. cantik isi durian tu ezz. berbaloi2!! my hubby hantau durian ;) i mkn tp cerewet ie mkn yg elok sedap jer (mcm musang king ahhaha)

    BalasPadam
  6. Kalo durian, di rumah saya semuanya fans fanatik kak 🤣🤣🤣🤣. Tak ada cerita durian diignore, dah pasti habis dengan kami sekejab mata 😅.

    Ya ampuuuuuun saya bisa kalap kalo datang ke sana juga. Dah pasti lah beli banyak durian, nenas 🤤.

    Lucunya, kakak ipar saya tak suka sangaaaaat durian. Tapi suaminya suka. Jadi kalo musim durian di sini, saya, suami, anak2' dan suami kakak ipar makanlah durian di kedai.

    Tapi Kaka ipar udah wanti2 suaminya, kalo nanti balik rumah, pastikan gigi udah disikat 2x, udh kumur2 pakai Betadine gargling, dah mandi bersih dan ganti baju di rumah saya 🤣🤣🤣. Baru boleh masuk rumah Kaka ipar hahahahahah.

    Memang kasihan kalo couple tapi yg satu suka durian, yg satu pula benci sangat 😂

    BalasPadam
  7. Cantik nya isi durian tu berbaloi sungguh walau dah pecah terbuka

    BalasPadam
  8. Eh .eh sama plak dengan my dania x makan durian...geram je .tapi dh 2 tahun lebih dh SA x makan durian sbb x sampai hati nak beli bila Mak Pah x leh makan..

    BalasPadam
  9. MA & Iris makan..but Ian x suka.. bau pun penin dah. so memang adventure la bila nak membeli tu kan

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Permulaan semester baru 2024/2025

Alhamdulilah. Semalam merupakan hari pertama semester baru di UPM. Tengah malam tadi disebabkan Dania tukar program jadinya baru la dibuka s...