Pada 18 November 2023, berkesempatan memenuhi undangan ibu saudara saya untuk ke walimatul urus sepupu saya Nadia. Majlisnya diadakan di Okad Event Space, Bukit Jelutong. Diadakan pada hari sabtu jadi Dania tak dapat nak ikut. Lepas hantar Dania kokurikulum, saya dan suami menuju la ke Bukit Jelutong.
Kat pintu masuk saya dan suami di greet oleh Paksu dan Maksu. Maksu saya ni adik kepada mama saya. Saya duduk semeja dengan adik saya Elza (Eja) dan family. Masa saya nak masuk tu tiba2 ada seorang ni datang salam dengan saya. Saya punyalah tak cam tapi rupanya ibu Humairah. Kawan Dania masa sekolah menengah. Ayah Humairah ni anak saudara belah paksu saya. Saya pula anak saudara belah maksu saya. Beliau kenal saya sebab saya bawa kamera. Haha....nampak nau la ada yang dah perasan saya dan kamera berpisah tiada 😆. Humairah sekarang kat UITM Rembau ambik Diploma Perakaunan.
Dania dan Humairah masa jumpa kenduri kakak kepada Nadia tahun 2018. Lepas tu confuse datang majlis sama sebab apa.
Kat luar ada laksa. Kalau saya nampak ni dulu memang saya tak ambik nasi. Makan laksa je dah cukup.
Ingatkan laksa style utara tapi sebenarnya laksa style nyonya jadi laksanya agak manis rasanya.
Bergambar dengan adik beradik saya Elza (Eja) dan Erma (Ema). Adik lelaki seorang lagi tak dapat menghadirkan diri sebab Covid. Missing Sofiah kat MRSM Bentong dan Dania yang ada kokurikulum.
Masa ni saya dan suami dah nak balik. Ambik gambar latarbelakang yang cantik ni.
Lagi gambar.
Ni pula gambar dengan keluarga maksu saya, keluarga sepupu saya Tajul Azwa dengan anak-anak serta cucu dan keluarga saya. Memang meriah keluarga belah mama saya ni. Ni baru berapa keluarga dah meriah macam ni.
Ni pula keluarga saya.
Dari kiri Sam (adik ipar), Musyafee (anak saudara), Eerfan (anak saudara), Zharif (anak saudara), Rozlano (adik ipar), Zharfan (anak saudara), Pengantin : Armand (sepupu baru) dan Nadia (sepupu), Elza, Erma dan Adlina (anak saudara).
Cenderahati pengantin untuk tetamu.
Armand ni tak silap saya dulunya pernah mewakili Aprilia untuk Malaysian Super Series Superbike.
Tahniah buat Armand & Nadia. Moga berbahagia sehingga ke syurga. Tahniah maksu & paksu dapat 'anak baru'. Video Paksu & Maksu saya kat Okad Event Space Maksu saya ni ada iras2 Mama saya....
Lepas tu bergegas la kami balik sebab nak pick up Dania yang habis kokurikulum jam 3 petang. Kokurikulum Dania ni 3 jam. Dania ambik Bakti Siswa jadi kena plan aktiviti sukarelawan selama 12 jam. Which is good boleh masukkan dalam resume Dania untuk aktiviti kesukarelawan. Tak silap saya nanti group Dania akan membersihkan tanah perkuburan islam sebelah muzium warisan melayu UPM dan kawasan masjid UPM untuk aktiviti kesukarelawanan ni.
Tiba je....Dania cakap ummi....Nadia bagi ni....bukan sepupu saya yang kahwin ni tapi kawan Dania yang kebetulan nama sama ni bagi. Actually namanya panjang. Wan Nadiatul Khairiah. Ramai yang panggil Khai. Dapat la rezeki ni. Ibu Nadia ni sama sekolah menengah dengan saya dulu 😍. Terima kasih Nadia & Asma (kawan saya). Moga murah rezeki ya....
Ada lagi majlis perkahwinan bulan 12 ni pulak. Awal-awal lagi saudara papa saya dah alert.
XOXO,
Ezna
byk undangan majlis perkahwinan...ada menu laksa tu yummyyy
BalasPadamPangkal nama Ezna & adik² huruf E ye?
BalasPadamSeronok betul kalau attend kenduri saudara mara kan, tak habis nak bersembang rasanya ::D
Makan nasi minyak lagii...
BalasPadamni dah nak cuti sekolah ni kan, bulan 12, mesti banyak undangan lagi..
Tahniah buat pengantin...SA duka baju diorang klasik...
BalasPadammeriah betul esp gmbr beramai2 tu!! beshhhh
BalasPadamkenduri kalu ada laksa mestii mkn he hez feberztt
BalasPadamslmt pengantin baru buat pasangan
Tahniah buat pasangan mempelai, kak ana memang selalu ke OKAD ni dulu untuk media coverage, memang cantik kan dekorasinya ..
BalasPadamSedapnya ada laksa.. lama juga Cuya tak makan laksa
BalasPadamTime kenduri mcm ni best kan masa utk reunion bersama famili jauh dan dekat.. kalau x, hari raya je baru jumpa
BalasPadamTd saya sampe lama mikirnya, pas baca Kata2 paksu dan maksu. Karena ingatnya dalam BHS Indonesia itu singkata dari pak suami dan Mak suami 😄. Ternyata di sana saudara dari orangtua kita kan?
BalasPadamTerkadang saya rindu juga attend acara wedding macam ni. Dah lama tak ada, Krn tak ada yg menikah lagi di keluarga dan teman 🤣. Klau dipikir2 memang circle saya tuh banyak sangat tak menikah. Mereka lebih suka single. Yang memilih menikah, justru sedikit 😄, termasuklah saya 🤭