Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, November 14

Majlis Perkahwinan gemilang di Bora Ombak

Bila orang tua kita dah takde, maka anak sulung ni kadang2 kena forward jemputan perkahwinan kat adik-adik. Majlis ni merupakan majlis anak kepada Mak Zan. Sebenarnya saya pun ingat-ingat lupa sepupu arwah papa saya ni. Adzam merupakan anak Mak Zan. 


Mak Zan bahasakan dirinya sebagai Mak Zan walaupun ada Puan Sri tu. Kalau tak silap adik saya kata Mak Zan ni bekas pengetua SMK Damansara Jaya. SMK ni merupakan sekolah menengah saya. Suaminya bila google merupakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan. Ni saya dan adik2 baru discover. 


Majlis ni dihadiri oleh kami 3 beranak. Dania ni ganti adik saya Elza dan suami yang tak dapat menghadirkan diri. Lagi 2 anaknya nak kena tinggal rumah kalau adik saya decide nak pergi. Sebenarnya hanya dapat 2 pax untuk satu keluarga je. Kalau 2 pax je memang selalunya saya tak dapat la nak pergi. 


Sebelah saya ni adik saya Erma dan suaminya. Sebelah adik ipar saya tu baru discover pangkat 'pakcik' kami. Hehe....tapi.....lagi muda dari anak saudaranya kat meja ni. Hehe....perasan muda la kejap. Bila saya panggil uncle memang 'uncle' kami ni kata tak payah panggil uncle. 



Ni gambar ramai-ramai satu meja pulak. Sepatutnya ada lagi sepupu saya dan isterinya datang tapi tak datang. 


Masa ni lampu dewan ni dimalapkan. 


Cantik betul dekorasi bunga ni. 


Flower girl dan pasangan dah bersedia. Handsome pulak yang boy pakai macam ni. Girl pun cantik pakai dress. 


Pengantin masuk dewan tapi sempat tangkap yang ni je sebab photographer dan orang ramai keliling ni. 


Semua meja berhidang jadi dome tak buka lagi. Kalau tengok jadual...pukul 9 baru makan....


Ada kuih muih melayu disediakan. Makan yang ni dulu untuk lapik perut. 


Dalam gelap-gelap pun boleh selfie dengan Dania. 


Menu dan perjalanan majlis.


Ada photobooth juga dalam dewan jadi saya tak lepaskan peluang la. Cantik gambarnya. Selain daripada lekatkan kat guest book...kami dapat 3 gambar juga. 


Berdekatan dengan photobooth, Dania ada nampak seseorang ni bergambar dengan beliau. Dania kata ya ke tu?. Beliau ialah Gambit Saifullah. Pelakon watak 'gagak' dalam Paskal. Dania suka movie ni sebab sekolah dia ada buat rombongan tengok movie Paskal dan pelakon-pelakon pun ada sekali. Tapi yang lawak saya cakap you 'jerung' ya dalam Paskal. Tak....saya 'gagak'. Hehe...Terlupa la pulak watak Gambit ni. Ada juga berlakon dalam Malbatt Misi Bakara. Terlupa pulak saya part yang ni walaupun tengok. Rupa-rupanya Gambit melakonkan watak penembak tepat @ sniper dalam filem ni. Bila saya tanya saudara ke dengan pengantin?. Rupa-rupanya beliau pernah belajar dengan pengantin lelaki. Anak Mak Zan saya.  


Suka gambar yang ni. Ada pulak kawan saya kata muka Dania dan Gambit seiras. Saya tengok macam tak je. Memang handsome la Gambit ni. 


Dania dan Gambit dulu dan sekarang. Pernah jumpa masa tahun 2011 jugak. Masa tu saya menang contest Mydin dan dapat IPad 2. Masa ni Gambit datang nak promosikan filem Karipap karipap cinta. Othman Hafsham pun ada masa ni dan pelakon perempuan tu saya tak kenal la pulak. 


Kat majlis ni takde mirror. 


Cantik arch bunga ni. 


Bila dome buka je apa lagi....serangggg....hehehe...dome ni pun yang buka 'uncle' saya. 


Berpada je la menceduk makanan. Sayang pula nenas ni dah rasa lain. 


Inilah tuan rumahnya Mak Zan saya dan....Pakcik ni saya tak ingat panggil apa. Mak Zan ni 10 beradik dan ada adik beradiknya sangat baik dengan papa saya cumanya tak selalu jumpa. Saya dengar ada yang panggil pakcik saya ni Tan Sri masa bergambar....


Ni gambar adik saya dan suaminya....proper sikit gambarnya. Saya tak sempat pun nak ambil gambar bersama dengan Mak Zan. Tuan rumah ni tau je lah kejap sana kejap sini. Kena pandai cari peluang je. 


Ni gambar dekat dengan lif. Ada hiasan macam ni. Saya agak-agak hiasan pelamin ni. 


Tak lama lepas tu dapat pulak whatsapp...dari Aunty Noren. Adik beradik Mak Zan juga lepas tu forward kat adik2 suruh blocked the dates. Lepas tu ada adik tanya ni siapa pulak…tanya saya…saya pun tak ingat yang mana satu cumanya masa majlis ni ada seorang Aunty tu adik beradik Mak Zan kata jangan lupa datang majlisnya (yg saya dapat whatsapp ni). Ye lah adik beradik ramai. 😅 . 

Bulan ni pun ada majlis perkahwinan sepupu saya Nadia. Anak kepada maksu saya iaitu adik kepada arwah mama. Majlis ni memang saya tunggu2 sebab saya rapat juga dengan saudara mara belah mama saya. Kalau nak tengok muka mirip mama boleh la tengok muka maksu saya…





XOXO,
Ezna
 

7 comments:

  1. grand sungguh weddingnya ni :) best u ada ramai mak sedara dan bapak sedara :) so ramailah your cousins both sides tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai sangat you sampai yang ni ada aunty yang tak pernah nampak muka pun you. Uncle muda ni pun first time jumpa or ada jumpa tapi tak ingat.

      Delete
  2. Setiap bulan skrg ni ada majlis wedding, nieyl pun sama minggu ni ada wedding anak sepupu.

    ReplyDelete
  3. Bagus sis Ezna ni kiranya jadi penyambung silaturrahim dalam keluarga la ni. Selamat pengantin baru buat sepupu. Suka tengok konsep photobooth, lepas print lekat dalam guestbook jadi next time pengantin boleh kenal saudara-mara yg dtg.

    ReplyDelete
  4. Saya agak kaget lihat foto Gambit ini 2011&2023. Kenapa mukanya malah semakin muda 🤣🤣🤣🤣. Saya pikir teman Dania tadi kak 🤣😂.

    Dihitung2 saya dah lama sangaaaat tak hadir acara wedding 🤣. Ini sebab usia teman2 kami belum ada yg anaknya besar. Saudara saya pun dah nikah semua, anak masih kecil2 😂. Jadi memang dah berapa tahun tak hadir acara pernikahan siapapun 😅

    ReplyDelete
  5. Meriahnya kenduru kawen.. Okla hubungan sanak saudara kene ada walau berkumpul masa kenduri kawen dgn raya sahaja.. :D

    ReplyDelete