Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, November 6

Idea hadiah hari jadi remaja

Sekejap je kan....tahu-tahu dah bulan November dah. Ini bermakna lagi satu bulan lagi untuk kita menyambut tahun 2024. Selalunya kalau bulan November ni Dania akan menyambut hari jadinya. Pada tahun ini Dania akan menyambut hari jadi yang ke 19 tahun. Tahun yang last untuk belasan tahun. Tahun depan dah 20 tahun. 

Lepas hantar Dania ke kokurikulum, kami ke IOI City Mall. Dah plan awal cakap dengan suami. Jangan cakap nak beli hadiah Dania. 

Kat UPM ni sem 1 dan sem 2 kena ambil kokurikulum. Semua kokurikulum pulak dijadualkan hari sabtu. Ada yang bermula jam 8-11, 12-3 dan 3-6. Dania jam 12-3. Masa ke IOI City Mall lepas hantar Dania tu....punya susah juga nak parking. Pusing lama jugak tu. Akhirnya baru dapat. Dah tahu nak ke mana jadi terus ke tempat ni. Kami singgah Innisfree. Sebelum ni memang Dania ada beli lip balm Innisfree ni dan jadi member. Kalau jadi member, setiap birthday month akan dapat voucher untuk pembelian barangan. Dania entitle la dapat voucher untuk bulan November.  

Saya kata kat Salesgirl nak letak hadiah dalam kotak sebab nak bagi hadiah birthday. Dapat la kotak ni. 


Belikan Dania Dewy Tint Lip Balm warna rose brick, No Sebum Mineral Powder, Energy mask pomegranate dan Energy Mask Aloe. 4 item ni masuk dalam kotak dan letak ribbon. Sangat cantik kalau nak bagi hadiah. Lip balm pula berwarna tapi soft je la. Dania tak suka pakai yang terang sangat. Maybe remaja kot. Tahun depan dah masuk kategori dewasa. Total semua minus la diskaun untuk birthday month Dania. 😊


Kemudian masuk pula Typo. Ni satu brand yang Dania suka juga. Memang Dania pun ada membership kat sini jadi bila birthday month dapat la diskaun. Kebetulan ada tanya Dania nak kalendar meja 2024 yang mana since dapat diskaun ni....Dania kata nak Care Bears. Memang comel kalendar ni. Ada juga 6 Typo discount juga dalam kalendar ni. Kalau nak beli next year selalunya dah tak ada stok. 

Lepas tu saya berkenan dengan bag jerut dan dalam tu ada set pen, sticker, buku nota dan marker. Kalau perempuan memang suka la benda macam ni. Ni ummi yang suka ke Dania yang suka? 😅. Set ni berharga RM30. Ada juga set kat Typo harga RM60. 


Ni la rupa bag jerut ni. Boleh la bawak masa kokurikulum. Total pembelian minus birthday voucher, kalendar Care Bears tu dapat free ajer. Pembelian RM45 ke atas baru boleh guna voucher jadi ambik set yang ni dan kalendar tolak voucher RM15 jadi saya bayar RM30. 

Bestnya kat Typo ni, bila kita beli dapat tambah point. Bila point dah cukup dapat pula voucher. Nampaknya barangan Typo ni pun jadi hadiah hari jadi Dania. 


Tunggu birthday Dania esok 7 November 2023 baru bagi. 😍.






XOXO,
Ezna

14 comments:

  1. wah...seronoknya...happy bday in advance Dania..moga jadi anak solehah ya

    ReplyDelete
  2. waaa ari ni besday dania yerr....happy bday dania!! moga sukses selalu..aamiin!! anyway, barangan brand typo tu my boys pun suka..kdg2 masuk jugak mana2 outlet typo dan beli2 brg2 dlm tu...cute2 kan brg2nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan hari ni Suzz tapi 7 Nov esok. Apa pun aamiin untuk doanya....ya memang suka barangan Typo ni you. Best sebab kalau beli kat Cotton On, Rubi, Cotton On Body, Cotton On Kids pun dapat sekali point nya.

      Delete
  3. Mesti seronok Dania dapat hadiah birthday barang2 feveret dia 💕

    ReplyDelete
  4. birthday girl dpt adiah kegemaran tu pasti happy

    ReplyDelete
  5. Waaahhh.. pasti seronok Dania dapat birthday present macam tu.

    ReplyDelete
  6. Bestnya hadiah utk Dania... Utk gegirl rasa senang sikit kan...
    Sehari lepas bday Dania, bday Abang :)
    Belum fikir lagi hadiah utk dia huhu ... Mujur la dia kat asrama, ada masa lagi nak beli sblm dia PB Jumaat ni...

    ReplyDelete
  7. wah best hadiah dania.happy birthday

    ReplyDelete
  8. Memang barang2 kesukaan remaja sekarang yaa 👍😍. Innisfree tint lip balm itu saya pernah nak beli, tapi masih ragu. Akhir2 ini rasa lebih suka lip tint memang drpd lipstik.

    Unik nama produk yg 1 lagi, Typo. 🤭.

    Dah makin dewasa Dania yaa. ☺️.bentar lagi lulus kuliah, kerja pula. Rasa cepat sangat waktu kan kak.

    ReplyDelete