Isnin, November 20

Pencuci muka aloe vera terbaik untuk kulit muka sensitif berminyak | texture soft bubble, tidak mengeringkan kulit

Anda dah jumpa ke pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka yang sensitif dan berminyak?. Memang kena cari yang sesuai dengan kulit wajah kita sebab cuaca kat Malaysia ni panas ya amat. Bila panas, kulit muka kita pun mula la berminyak kan?

Simptom – simptom kulit sensitif :   

       1)    Kemerahan
       2)    Kulit menggelupas / rasa tegang.
       3)    Gatal.

Kulit sensitif merengsa dengan cepat kerana kulit menjadi lebih nipis dan halus dan akan sensitif dengan pancaran matahari. Ini disebabkan oleh penggunaan bahan kimia di dalam produk kosmetik.

Dania pernah sekali masa sekolah menengah, muka jadi merah dan jerawat pun tumbuh dengan banyaknya. Muka pun terlalu berminyak. Bila minyak berlebihan pada kulit wajah menyebabkan pori muka tersumbat.....haaa time ni la jerawat pun datang singgah. Boleh mengakibatkan keyakinan diri tu berkurangan.

 Cara- cara penjagaan kulit sensitif :


1)     Menggunakan pencuci muka yang betul.

2)     Penjagaan muka yang efektif.

3)     Menggunakan pencuci muka yang mengandungi Aloe Vera.

Kulit muka sensitif kena jaga betul-betul sebab tak nak ada iritasi pada kulit muka. Iritasi pada kulit muka boleh menyebabkan kemerahan dan kekeringan, kadangkala menyebabkan kegatalan. Mereka yang memiliki kulit wajah sensitif perlu menggunakan pencuci muka yang betul iaitu pencuci muka yang mengandungi bahan asli. Mencuci muka juga perlu sebanyak 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan waktu malam. Pencuci muka yang mengandungi bahan Aloe Vera adalah yang terbaik kerana ia akan mengekalkan hidrasi kulit.   

Sekarang ni semuanya di hujung jari kalau nak cari sesuatu info....suatu hari.....tiba-tiba....macam suspens la pulak.....ternampak pula satu produk ni....Aloe Ac Clean Bubble Cleanser oleh Hansaegae Nature.



Saya suka pembungkusannya yang berwarna putih bersih. Menampakkan ilusi bersih dan kemas.

Kalau nak tahu tekstur Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni ia berasaskan air, mempunyai buih yang sangat halus dan lembut pada kulit. Pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit sensitif dan bermasalah.  Ia juga mengandungi Aloe Vera yang sangat bermanfaat kepada kulit seperti mengekalkan hidrasi kulit dengan menyerap lebihan minyak, antibakteria, anti inflamasi dan menghalang jerawat dari muncul di kulit muka. Penggunaan yang efektif akan membuatkan kulit kita tampak segar dan berseri. 


Pencuci muka Aloe Vera

Ianya pembersih muka berasaskan air yang sangat berair atau ‘watery’

Bila disapu ke muka saya, rasa segar je. Pembersih muka aloe vera ni membersih muka saya secara mendalam. Ini bermakna ia akan menghilangkan kotoran dan minyak di muka. Dania pun kata bila pakai pencuci muka ni rasa muka ‘fresh’ je. Dua bahan aktif di dalam pencuci muka ini ialah Aloe Vera dan Tea Tree Oil. Saya rasa muka saya bebas dari kotoran dan ianya membersih secara menyeluruh jadi saya lebih berkeyakinan untuk bertemu dengan orang lain.

Aloe AC Clean Bubble Cleanser senang sebab didatangkan dengan botol yang kita cuma perlu pam. 

6 kebaikan pencuci muka aloe vera terbaik dari Hansaegee Nature :


1)    Pencuci muka kulit berminyak.

Sesuai digunakan untuk kulit berminyak kerana ia dapat mengawal minyak di muka. Gunakan pembersih muka yang lembut. Cara merawat kulit yang berminyak ialah kena pastikan di penghujung hari, kulit muka kita bebas dari alat solekan untuk membolehkan kulit muka bernafas.

2)    Tidak mengeringkan.

Aloe AC Bubble Cleanser tidak mengeringkan malahan melembabkan kulit muka kerana ia mengandungi Aloe Vera. Aloe Vera mempunyai bahan aktif untuk melembabkan kulit. Pencuci muka aloe vera yang merupakan pencuci muka berasaskan air. Ia adalah pencuci muka untuk semua jenis kulit.

3)    Membersihkan liang pori.

Pencuci muka terbaik yang dapat mencuci dengan mendalam. Tidak akan clogged pores. Punca kulit yang berminyak ialah kerana kita tidak membersihkan muka secara berkesan. Membersihkan muka secara berlebihan akan menyebabkan semakin banyak minyak yang dihasilkan untuk mengembalikan keseimbangan kulit muka. Macam saya, akan membersihkan muka sekali di waktu pagi dan sekali di waktu malam sebelum tidur.


4)    Bahan utama Aloe Vera.

Bahan utama aloe vera yang terbukti berkesan untuk mengelakkan jerawat. Cara untuk mengelakkan jerawat ialah dengan mengurangkan makanan yang berminyak dan mengamalkan cara hidup yang sihat. Selain daripada itu, kita juga perlu untuk menggunakan pencuci muka yang sesuai untuk kulit sensitif.

5)    No harmful ingredients.

Mengandungi bahan utama daun lidah buaya (Aloe Vera), dan tea tree oil yang memang terkenal untuk kulit yang cantik. Selain daripada itu ada ekstrak dari lavender, chamomile, honeysuckle dan lain-lain lagi. Ia tidak mengandungi bahan yang ‘harmful’. Boleh refer gambar di bawah.


6)    Harga yang berbaloi.



Dengan 150ml tu cukup berbaloi kerana boleh tahan 3-4 bulan juga. Ia bergantung juga berapa banyak yang kita gunakan. Macam saya dengan size 150ml tu lebih 3-4 bulan juga penggunaan saya. Dah jimat kat situ.

Cara penggunaan :

1. Basahkan keseluruhan muka dan tangan anda kemudian pam perlahan Aloe Ac Clean Bubble di tapak tangan. Buih halus akan terhasil. 

2. Kemudian dengan perlahan kita urut muka kita. Dengan cara ini buih akan terbentuk dengan banyaknya. Jika anda tidak basahkan keseluruhan muka, buih tidak akan terbentuk ya. Adalah mustahak untuk anda mengikut cara penggunaannya untuk kesan yang lebih optimum. 

3. Keringkan muka dengan cara melekapkan tisu lembut atau tuala ke muka. Jangan lap dengan kasar kerana kawasan muka kena lemah-lembut untuk mengelakkan iritasi pada kulit muka. 

Nak tahu lebih lanjut boleh ke : 


🌷Brand: Hansaegee Nature 

🌷Website: www.hansaegee.com/shop

🌷IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

🌷FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

🌷Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

 




16 ulasan:

  1. Kami pakai jenama ini jugak tapi untuk Sunscreen. best. selesa dgn kulit

    BalasPadam
  2. saya pun pernah pakai ni.. memang best sebab dia tak mengeringkan kulit. anak bujang saya yang rembat dah guna

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila pakai rasa fresh je. Anak bujang selalunya tak nak pakai pencuci muka ni. Kiranya anak bujang Azian ni rajin. Bagus la....

      Padam
  3. td i baca kat blog mummy ayu, now i baca kat blog u plak. nanti boleh try.mcm menarik jer ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada aloe vera tu Suzz tu yang buat kulit jadi cantik tu. Paling best pencuci muka ni jugak melembabkan muka dan bukannya mengeringkan.

      Padam
  4. Aloe vera memang bagus untuk kulit..product Hansagee ni memang bagus sebenarnya...

    BalasPadam
  5. Pencuci muka ni kita selalu pakai apa yg ada dlm bilik mandi jer hahaha.. :D

    BalasPadam
  6. Kulit muka saya pun sensitif sangat. Dan biasanya saya pakai yg jenis foam macam di atas kak. Tapi brand lain. Soalnya brand hansaege ini tak masuk Indonesia. JD tak pernah coba.

    Saya salah pakai facial wash bisa breakout parah dibuat . JD hrs yg benar2 mild

    BalasPadam
  7. day cream & sunscreen dia pun best .. so far memang puas hati dgn produk hansaegee ni

    BalasPadam
  8. Suka dengan brand ni sebab dia best. Sunscreen dia tu paling best. 😍. Saya suka betul lah pakai sunscreen dia. Ada effect glowing dan tidak keringkan kulit. Sangat² moisturise.

    BalasPadam
  9. i suka sangat pencuci muka bertexture soft bubble macam tu... Menyegarkan!!!nak try brand hansaegee ni lah!

    BalasPadam
  10. I think this is the second time I read a review of this product. It's a lovely one. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  11. wah bestnya hansaegee ada aloe vera bubble facial wash untuk kulit sensitive! Memang love la nak try nanti hee

    BalasPadam
  12. This cleanser memang bagus dan gentle, ia tidak keringkan kulit.

    BalasPadam
  13. Aloe vera is so good for skin, gonna check this out for my skincare routine then. Thanks for sharing this. Cheers SiennyLovesDrawing

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...