Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, November 27

Lambang bunga apa tu?

Kalau pergi Umai Cafe ni saya selalu ke Putrajaya yang terletak kat tepi tasik putrajaya. Kali ni Umai Cafe ni dah ada 2 tempat dalam kampus utama Universiti Putra Malaysia. Salah satu di sini.....namanya Umai Cafe Serumpun. Di tempat makan ni sebelum renovation, student UPM panggil 'Serumpun'. Satu lagi Umai @ KTAG (Kolej Tan Sri Aishah Ghani). Kat sini macam konsep banyak pilihan kedai. Tak silap saya Umai ni buat air je. 

Kami pergi selepas selesai Dania cabut rumpai kat tanaman bayam. Jadi pilih tempat makan yang dekat ajer. Dekat tu maknanya dalam UPM je lah. Lepas makan nak pergi hantar sun melon dulu. 


Ada cendol. Mewah juga isinya. Kacang tu punya banyak. Dania dan saya tak suka kacang. Nampaknya suami yang kena habiskan kacang. 


Saya tak nak makan nasi jadi saya makan laksa. Ehhh sedap juga ya. Ada pilihan yang banyak juga kat sini selain nasi campur. 


Dania makan bihun sup utara. Bihunya berwarna kuning. Ni pun sedap juga. 


Suami makan nasi campur kat kedai mamak. 


Baru selesai renovation kat 'Serumpun' ni. Sebelum ni tutup. Ni lah pertama kali menjejakkan kaki ke sini setelah ia dibuka. Nampak bersih dalam ni. Ada juga meja berkonsep di bar. Meja tinggi. 


Sun melon ni beli bila ada pegawai pertanian tu tanya nak beli ke sun melon gred B. Rasanya kurang sikit manisnya dari sun melon gred A. Pegawai ni offer kat suami masa kami semua tunggu Dania mencabut rumpai. Beli 6 biji, 1 dapat free ajer. 


Lepas makan, pergi hantar kat rumah adik2 saya. Ni adik ipar saya. Adik saya masa ni tengah berehat sebab baru lepas run di Perkeso Run and Ride yang berlangsung kat Putrajaya. Mesti letih sangat tu. Adik saya lagi seorang pemalu sikit so takde gambarnya. Hehe.


Kalau nak makan semua 7 biji pun tak mampu la nak habiskan jadi kita share la buah-buahan ni. Adik yang dah rasa katanya sedap dan manis. Kalau sun melon gred B ni pun dah sedap....gred A tak tahulah macam mana rasanya. 





XOXO,
Ezna

 

8 comments:

  1. ni kalau gred A ni lagi power sedap dia ni...

    ReplyDelete
  2. wow sun melon...sedap tu...lama tk mkn laksa ...tu cendol campur abc ke?

    ReplyDelete
  3. Jarang buah sun melon ni tak manis.
    Sedap makanan kat cafe tu..

    ReplyDelete
  4. Laksa dan abc tu nampak mengancam...terus rasa nak cari laksa..tp dh byk kali terkena dengan kuah yg rasa manis ..

    ReplyDelete
  5. suka sun melon ni tapi tu la..susah nak jumpa & bonus la kalau dpt yg manis tu

    ReplyDelete
  6. rasanya sun melon tu sama jer kan dgn rock melon eh? sbb dua2 warna kuning ala2 oren gitu...btw i memang sukaaa la rock melon tu kalau manis ;)

    ReplyDelete
  7. Itu lambang bunga sakura kak ☺️. Btw, saya drooling pula lihat bihun sup yg dipesan daniaaa 😍😍😍😍. Soalnya kalo laksa Penang dan nasi kandar dah sering makan, tapi bihun sup itu belum pernah 😄.

    Kalo kacang merah saya justru sukaaaaa sangat 😄. Kalo makan Ais kacang Ama suami, saya yg habiskan kacang, dia habiskan sisanya hahahah

    Sun melon yg grade B saja dah sedap yaa, terbayabg enaknya yg grade A 😄. Mungkin seperti melon yg saya pernah makan di Hokkaido ☺️😍

    ReplyDelete