Birthday Dania datang lagi tahun ni....
Dania lahir pada 10.27 malam pada 7 November 2004.
Tahun ni Dania berusia 19 tahun.
Ni muka birthday girl sebelum ke UPM untuk amali di tempat cendawan. Hadiah, Dania dapat dalam kereta sebab nak bagi semangat pagi ni.
Kami lalu kawasan sun melon juga. Geram tengok buah-buahnya kuning-kuning je tapi masih kecik.
Lepas hantar Dania, saya dan suami makan dalam UPM ni je. Nasi lemak hati ni suami order.
Ni nasi lemak telur mata saya punya.
Balik je amali, ummi dapat ni. Dania cerita masa amali cendawan kena packed cendawan dalam plastik. Harga mereka dapat RM1/pack. Dania beli 2 pack.
Jemput Dania balik, bagi Dania mandi dulu sebab sebelum ni pakai baju jersey. Lepas ni tukar baju formal sikit sebab ada lecture di dewan kuliah.
Lepas hantar Dania ke fakulti, saya ke IOI City Mall sebab nak cari gift untuk kawan Dania. Dania cerita kawan dia baru balik dari mengerjakan umrah...to be exact sebelum mereka mendaftar di UPM. Dania cerita sepanjang mengerjakan umrah, Anis ni ada whatsapp Dania macam mana nak daftar online dan ada juga Dania tolong tanyakan kawan-kawan sekelas yang lama siapa yang masih ada buku kimia sebab Anis nak tanya dalam group segan. Dania la tukang tanya. Tak sangka ada kawan sekelas dulu yang reply masih ada buku kimia tu jadi Anis ni dapat la buku kimia dari kawan sekelas. Anis ni ambik Bacelor Sains Kimia Perindustrian. Nak jadikan cerita, Anis ni cakap nak bagi sejadah dari tanah suci untuk Dania dan nak makan sekali dengan Dania kat UPM.
Hadiah yang saya belikan untuk Dania kat Typo ni juga saya belikan untuk Anis. Saya rasa sangat berbaloi sangat. Harga semuanya dalam beg ni sebenarnya RM75. Beli untuk mereka yang belajar ni memang insya-Allah akan dimanfaatkan sepenuhnya.
Kalau nak beli yang berharga RM60 ni berbaloi juga sebab harga asal RM150.
Ada pulak barangan Typo X Barbie. Geram pulak saya tengok.
Kemudian saya singgah Gula Petite by Gula Cakery ni. Mulanya nak tengok-tengok ajer.
Terberkenan dan terbeli pula...Haha. Masa ni staff ni tengah tulis kat atas kek.
Inilah kek Dania yang comel ni. Dalamnya perisa chocolate Nutella.
Disebabkan birthday hari ni boleh redeem 1 slice cake di mana saya pilih caramel cake.
Sementara itu, Dania whatsapp kat ummi gambar ni. Dania cerita kena attend talk ni Sembang Sukarelawan dan tak tahu pun panelnya terdiri daripada Khairy Jamaluddin dan Fara Fauzana juga My Hope Hero...Nadia Rahmat.
Solat dulu kat rumah sebelum saya ke Fakulti Pertanian. Masa kat depan Dewan Pertanian ada seorang Pegawai Tadbir di Pejabat Dekan Fakulti Pertanian bernama En. Hanis. Saya tanya la bila habis program ni sebab nak ambik anak. Lepas tu saya mentioned tak pernah tengok live Khairy Jamaluddin dan Fara Fauzana. Beliau suruh saya masuk tapi saya segan. Akhirnya beliau usher ke tempat duduk. 😅
Selesai bagi talk, panel pun menuju ke pintu keluar dewan. Saya dah belajar dari event blogger sebelum ni kalau nak jumpa selebriti, either you jumpa sebelum event, masa mereka makan. Idak selepas tu mesti hilang. Unless PR kata ada sesi bergambar dengan selebriti tersebut. Belajar dari pengalaman...hehehe....
Bila KJ lalu depan saya terus saya cakap boleh tak KJ wish birthday dekat anak saya Dania. Jadilah video pendek ni untuk dijadikan kenangan. Wow tu pulak dari suara Fara Fauzana. Bila nak jumpa Fara pulak....sibuk berborak dengan orang. Macam tak nak la kacau. Belakang KJ pula ialah penasihat akademik Dania bernama Prof Madya Dr Juwaidah Sharifuddin (tudung pink). Beliau juga merupakan Timbalan Dekan kat fakulti Dania.
Ni Dania dan kawan sebilik masa asasi, Corina. Corina share jugak kat group family yang KJ dan Fara Fauzana datang fakulti. Corina dari Sarawak....excited la cerita KJ dan Fara Fauzana datang Fakulti.
Ehem....rasa-rasanya ni kereta KJ. Cantik nombornya. Ada driver juga tengah tunggu.
Saya cuma dapat ambil gambar Fara Fauzana macam ni je sebab nampak busy berborak. Paling segan sebab sebelahnya tu Timbalan Dekan Fakulti Pertanian, Dr. Juwaidah Sharifuddin (tudung pink). Segan pula saya nak interrupt.
Haaa nampak busy kan Fafau ni jadinya saya ambik gambar macam ni je lah.
Masa balik, hantar sekali Corina balik hostel kemudian saya dan Dania ke 4Fingers. Nak beli untuk kawan-kawan Dania. Masa ni tengah tunggu food siap. Ada nak kicap...ada tak nak kicap....last minute yang nak kicap bertambah pulak. 😅
Lepas beli, singgah pulak hostel nak jumpa kawan Dania yang dulu satu sekolah nama Dina. Mintak tolong pass kan juga kepada anak kawan saya yang sama course dengan Dina. Nasib baik la kena tunggu kat Kolej yang sama. Jadi saya pick up Durrah dan Corina dan nak hantar ke K10 pulak.
Aunty dengar kat belakang ni dok cerita pasal KJ...Haha korang ni....mereka bertiga ni dapat melanjutkan pelajaran kat Fakulti Pertanian. Ni nak jumpa dengan 3 orang dari gang Fakulti Kejuruteraan. Mereka 6 orang sebilik dulu masa Asasi.
Lepas tu dapat call dari Dania cakap Aisya dah habis kelas. Saya memang niat nak bagi juga kat Aisya. Aisya ni dulu sama sekolah dengan Dania tapi lepas tu sambung kat Pasum, UM. Bacelor pula dapat rezeki kat UPM pulak. Dulu straight A's tapi memang tak nak jauh2. Jadi saya hantar Aisya sampai kat Kolej. Lepas tu dah tiba kolej tak turun lagi tapi siap berborak2 lagi dalam kereta sebelum saya pun balik rumah. Macam kawan-kawan. Sesekali saya akan DM Aisya kat IG tanya khabar. Hehe....
Dapat gambar pada Dania masa ambik Dania tu....ni la celebration kecil-kecilan dalam bilik Hana dan Ayuni. Wafa pulak kena datang ke bilik ni. Alhamdulilah....Dania siap dapat 1 kek lagi kawan-kawan belikan. Harap-harap kenyang la nasi dengan ayam boneless 4 Fingers tu. Ok meja masa asasi aunty nampak kat sini 😂
Lepas tu masa balik, Ayuni dan Hana turun sekali nak menghantar Dania dan Corina. Saya dah pesan kat Corina aunty yang akan hantar balik. Tak payah naik Grab.
So ya.....alhamdulilah...semuanya dipermudah nak distribute food kat kawan-kawan Dania...bak kata KJ kita bermula dengan small things....saya tak harap la lepas ni terus nak jadi sukarelawan ke Gaza. Habiskan dulu apa yang patut. Rupanya Fara Fauzana ada buat sukarelawan dengan Nurul Izzah masa dulu. Nurul Izzah masa tu buat tuition dekat Lembah Pantai. Fara Fauzana dengan Nurul Izzah (masa tu YB di Lembah Pantai) masa tu bantu kanak-kanak siapkan kerja sekolah. Bagi tuition juga. Hmmm saya pun tak terfikir pasal sukarelawan macam ni.
Birthday Dania hari ni extra special sebab dapat ucapan dari Khairy Jamaluddin dan Dania dapat distribute food kat kawan-kawan dan dapat kek juga dari kawan2. Alhamdulilah. KJ juga ada mentioned biar bila you tinggalkan dunia ni you tinggalkan satu legasi. Macam buat benda-benda yang baik.
XOXO,
Ezna
ya Allah. mesti seronok kawan2 Dania...linda pun igt lagi masa dekat sek asrama...ad kawan nie, agak berada lah masa tu...linda nie ank org kg je...jdnya, kalau balik bermalam...bila mak dia hntar balik asrama, mmg mak dia akan bekalkan makanan yang utk kawan2 skali...jdnya, ad rezeki..kdg2 dpt jugak merasa...sebab kawan tu dorm sebelah...linda pun segan lah nk menjenguk2 kan...hihihi..
BalasPadammoga2..satu hari nanti, linda pun boleh jadi mcm tu jugak...mcm sis Ezna juga..insya-Allah...
eh,,,BTW, happy bday Dania, semoga sukses selalu..amin
Anak orang kg ke apa ke bukan persoalannya. Kita buat apa2 yang termampu kita. Semoga kita jadi insan yang berguna kepada semua. KJ cakap masa sembang tu setiap insan ada peranannya. Buat baik kepada semua. Terinspirasi dengan sembang KJ dan Fara Fauzana juga panel lagi seorang Nadia Rahmat pengasas My Hope Hero yang membantu dalam misi kemanusiaan. Moga kita menjadi insan yang boleh memberi manfaat kepada insan yang lain....
PadamTerima kasih di atas doanya...aamiin :-)
happy birthday dania...kejap je dh 19thn..ingt dlu tisya jmpa dania masa tu kecik lg yg mandi pool kt condo mira...thn dpn dh masuk era 20an dh...special kalini dpt wish dr KJ
BalasPadamYa ingat lagi. Tisya sebelum terjun kolam mandi dengan Dania pulak tu. Hehe. Wish dari KJ tu extra special. Nak kena menyelit di sebalik student....
PadamSanah Helwah Dania. Semoga jadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat. Bestnya dapat celebrate dengan kawan2
BalasPadamTerima kasih. Aamiin untuk doanya. Alhamdulilah dapat meluangkan waktu sementara mereka ada masa terluang belum mula exam lagi.
Padamhappy birthday Dania..geng ngan MA....scorpio..
BalasPadamsemoga terus success key!! meriah bday siap ada wish dr KJ lagi..nice
Terima kasih MA. Geng Scorpio la ni. Wish dari KJ tu paling tak sangka sebab ramai yang nak ambik gambar dengan KJ jadi kena cepat sikit.
PadamMemang yaa kakak dekat sangat dengan teman2 Dania juga. Pasti happy sangat mereka. Jarang banget ada parent yg juga dekat dengan teman2 anaknya. Sebatas kenal saja biasanya.
BalasPadamHappynya Dania, banyak yg ucapkan birthdaynya ❤️🎉🎉. Semoga berkah di usia yg baru ☺️❤️
Terima kasih Fanny mendoakan....
Padamepi besday dear dania!! cutenya bday cake tuuuu
BalasPadamThanks Suzz. Cake ni petite je. I pun suka cake ni sebab simple je.
PadamHbb Dania
BalasPadamTerima kasih Wak.
PadamHappy Birthday Dania! Semoga Allah meluaskan rezeki Dania seluas lautan, sebanyak buih di lautan, sederas sungai yang mengalir dan selebat hujan yang turun . Aamin...
BalasPadamAamiin untuk doa Cuya....terima kasih Cuya!.
PadamHB Dania!
BalasPadamBestnya dapat bday wish dari KJ 😁
Pibeday dania! Semoga terus diberkati!
BalasPadamTerima kasih mendoakan Uncle....aamiin untuk doanya.
PadamHappy Birthday pretty Dania. Wow!!! Dah 19. Dah besar dah anak Kak Ezna. Semoga sukses dunia dan akhirat ya.
BalasPadamTerima kasih ada doanya :) Kejap je dah 19 tahun.
PadamSelamat Hari Lahir Dania.
BalasPadamSeronok dapat raikan dengan kawan-kawan. Ummi pula sangat sporting ambil dan hantar kawan-kawan, belikan food etc.
Terima kasih. Seronok Dania. Alhamdulilah....ada rezeki kita kongsi....
PadamOhh wow...happy happy belated birthday to Dania. That's absolutely a lovely sweet way to celebrate memorable birthday together. Cheers Siennylovesdrawing
BalasPadamThank you Sienny.
PadamHappy birthday Dania!!! Good choice sis, kek2 dari Gula Petite/Gula Cakery memang ya ampun sedapnya!!! Anak sis dah remaja, tersentuh pulak hati saya sebagai seorang ibu jugak 😆❤️
BalasPadamTerima kasih. Kek Gula Petite ni best. Tak pernah pula pergi Gula Cakery tu.
Padam