Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, November 2

Apakah kelebihan kad prihatin siswa RHB?

Pelajar IPTA kebanyakkannya kena ada kad prihatin siswa RHB ni. Pada hari yang Dania kena pick up kad prihatin siswa ni. Kami breakfast kat UPM. Suami bawa kereta lain. Saya dan Dania kereta sekali. Tempat makan ni suami panggil selekoh sebab terletak betul-betul tepi selekoh. Bersebelahan dengan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar. Rasanya kalau dalam map dipanggil 'Twister'. Mungkin sebab payung-payung kat sini ada lambang air Twister. 

Makan kat sini memang harganya sangat-sangat berpatutan bagi saya. Makanan saya ambil nasi goreng + telur mata, teh o suam. Dania ambik mee goreng + telur mata campur pula teh o suam 2 jadi harganya RM10. Masa ni suami tak sampai lagi sebab sedikit lewat. Sibuk masukkan basikal lipat dalam kereta sebab lepas kerja nak beriadah dengan berbasikal pulak. 

Tiada gambar makanan sebab dah habis makan. Dah letak kat tempat pinggan2 yang telah digunakan. Lepas ni suami ke tempat kerja dan saya dan Dania ke tempat pengambilan kad prihatin siswa. 


Ok....dah tiba dah kat sini. Kena collect kat dewan di Kolej Pendeta Zaaba. Dania panggil KPZ. Rupanya bukan kat dewan kat sini. Saya baru tahu ada satu lagi KPZ berdekatan sini. Terpisah dengan jalan depan ni je pun. Nasib baik terjumpa seorang staff UPM. Dia pun tersilap dewan. Dia la yang inform saya dan Dania pun tersilap dewan. Sama sama la tersilapnya 😅.


Dah tak pasal kena mendaki bukit sikit la nak ke dewan yang betul. Hehehe. Mengah jugak la. Dari saya tunggu dalam kereta panas-panas, baik saya ikut sekali. Nak pasang aircond bila kereta berhenti ni memang tak elok la. Selain bunyi kereta agak kuat jika pasang aircond tatkala kereta berhenti. 


Kolej sama juga KPZ tapi Kolej yang ni atas bukit. Dania kata ni la Kolej penginapan kawan dia. KPZ yang tadi bawah bukit. 


Dah tiba dalam dewan ni jadi saya tunggu je la kat kerusi banyak-banyak. Biar Dania settle hal dia. En. Hanis tu cam Dania sebab masa Dania daftar subjek Fakulti Pertanian ni under En. Hanis ni juga TAPI.....En. Hanis panggil Dania ni 'Diana'. Hmmm.....

Amboiii meow tu pun sibuk nak ambil kad jugak ke?. 😅


Luas juga la dewan ni. Setiap Kolej ada dewan sendiri jadi senang nak buat apa-apa event. 


Barulah dewan yang betul. Tadi tu takde pun banner ni. 


Sebenarnya kan apakah kelebihan kad prihatin siswa RHB ni ya?

1. Cashless. Untuk memperkasa green campus. Guna kad sahaja bukan duit. 
2. Nak selaraskan bantuan kewangan kepada pelajar contohnya PTPTN akan menyalurkan pinjaman mereka melalui kad ni.
3. Tiada caj pembukaan akaun dan caj yuran tahunan sepanjang belajar di UPM.
4. Menyeragamkan kemudahan fasiliti & tawaran / keistimewaan / ganjaran / promosi kepada pelajar IPT.
5. Khairat kematian / perlindungan insurans / takaful.

Saya rasa dengan satu kad je untuk semua IPTA ni senang la nak kawal atau nak bagi diskaun ke apa kan. Cuba banyak bank jadi agak payah sikit la nak buat sebab setiap bank tu polisinya berbeza. Tapi tu lah nak kena masukkan duit juga la kat akaun ni. Tak sure mana ATM RHB dalam UPM ni sebab kalau ATM CIMB tu saya tahu kat mana. Masalahnya macam kad ni wajib nak buat. Jika tak buat dalam kes Dania dotted line masa daftar pelajar UPM tak akan sambung ke dotted line yang lain. Maknanya jika you tak settle A, you tak boleh nak settle B dan seterusnya. 

Ada satu yang agak pelik berlaku. Bila Dania buka je akaun RHB ni, Dania dapat satu call dari scammer?. Adakah ini satu kebetulan?. Scammer tu call pulak masa saya ada sekali dalam bank RHB dengan Dania. Hmmm......ada la saya terfikir ni tapi takde la nak letak kat sini kan?...Cuma pelik je....you alls agak?....





XOXO,
Ezna


 

10 comments:

  1. Complicated jugak erk kad tu..so compulsory so x leh nak buat apa nak tak nak kena buat..scammer di mana- mana kan..tapi pelik la..acaner dia tau..ada yang inform kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Leceh juga la SA. Dania ada kad CIMB dah kena buat kad RHB pulak. Kalau nak dapatkan diskaun pembelian buku ke apa kena pakai kad RHB ni.

      Tu pelik...siapa yg bagi nombor. Macam pelik lagi lepas dapat akaun RHB dapat call dari scammer.

      Delete
  2. Replies
    1. Haaa itu yang peliknya LM. Tak pernah2 dapat call scammer tiba2 dapat pulak. Ada tanda soal di situ....

      Delete
  3. Banyak sangat trik marketing bank ini ya kak 😅. Diwajibkan buat, kalo tak nak susah nantinya. Ini pun berlaku juga di sini kok. Anak sekolah harus buat kartu bank A atau B atau C. Kemarin anak saya diminta utk buat rek CIMB juga. Tapi suami saya kerja di CIMB 🤣. Jadi saya tak nak bikin dari sekolah. Langsung aja suruh suami , dan suami suruh secretary nya open account utk anak saya 🤣. Walopun saya tak paham apa guna rekening tuh dibuka 😅

    Kalo ttg scammer, saya rasa banyak data bocor kemungkinan. Sehingga no telp kita saja bisa kemana2. Saya sendiri banyak ditelp oleh agen asuransi lah, agen bank A,B,,C ntah mana2. Tapi tuh lah, mau tuduh bank jual data kita , tak ada bukti pula.

    ReplyDelete
  4. Agaknya semua pelajar IPTA guna kad RHB sebagai kad siswa. Widad sebelum daftar Unisza pun register di RHB Setia Alam. Beberapa hari masuk kampus dapat kad siswa RHB. Katanya sebagai kad bank juga tapi dia decide taknak guna lagi untuk tujuan pembelian. Saya pun tak sure safety camne kad ni, kalau tercicir ke. Rasa macam mudah juga untuk orang lain guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la rasanya IPTA guna kad ni sebab masa buat kad RHB ni siap tanya yang beratur tu dari Uni mana. Ada Unimas, ada UITM....Kad siswa ni ada gambar kat kad. Tahap safety tu agak meragukan jugak sebab lepas buat kad je Dania dapat call dari scammer. Kat dalam bank ni jugak. Lagi pun dah ada kad bank lain. Guna banyak bank pun susah nak manage jugak.

      Delete
  5. rasanya UIA tak de kot kad ni...semua bank rasmi utk staff/student UIA ialah bank muamalat dan bank islam jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya inisiatif dari MOHE together with public university. I cari info untuk UIA ada you. https://www.iium.edu.my/announcements/kad-prihatin-siswa Tak silap staff RHB cakap bermula tahun lepas 2022 guna kad RHB ni. Itu yang leceh banyak2 kad pulak.

      Delete
  6. Dah biasa kalo kita apply di bank A, lalu beberapa saat kemudian ada telp dari maeketing B, C dan D, nak menawarkan produk, insurance kah, account kah , credit card, etc. Kadang kita bingung tau dari mana no hp kita kan. Cuma dah jadi rahasia umum terkadang sesama mereka saling jual data customer. Krn itulah banyak yg telp ke kita . Susah nak disettle masalah ni 😵‍💫

    Dania dan Diana, memang mirip lah kak . Pantas keliru lecturer tu 😄

    ReplyDelete