Bila Dania kena buat amali di unit sayuran. Ramai juga kawan-kawan Dania dah settle tanam sayur-sayuran. Masa hantar Dania ke situ, nampak ada beberapa orang kawan Dania tengah membersihkan batas masing-masing. Pada semester 1 untuk course Bachelor of Science in Agribusiness with Honours subjek-subjek Dania seperti :
- Amalan ladang tanaman makanan
- Pengenalan kepada sains makanan (Fakulti Sains dan Teknologi Makanan)
- Kenegaraan Malaysia
- Pengenalan kepada sistem perniagaantani Malaysia
- Pertanian dan kehidupan
- Falsafah dan isu semasa
- English
- Kokurikulum
Saya siap bentang tikar, berpayung dan pakai topi sebab cuaca sangat la panas tapi sesekali mendung. Saya hanya memerhati sahaja. Sesekali baru la menjenguk Dania sebab kena biarkan Dania buat semua sebab ini kiranya untuk markah subjek Amalan ladang : Tanaman Makanan. Saya pula sejenis tak suka la diam je....saya suka bercakap jadi sibuk la bertanya kat kawan-kawan Dania yang lain. Hehe.
Mula-mula Dania diperkenalkan dengan bilik stor tempat simpanan barang-barang kelengkapan untuk pertanian seperti cangkul etc oleh pegawai pertanian.
Saya pun ikut sekali. Boleh la belajar serba sedikit selain dari ambil gambar. Gambar-gambar ni nanti boleh Dania masukkan dalam report Dania.
Ni baja kompos ni. Nanti akan dijadikan baja kepada tanaman.
Dengar penerangan lagi.
Ni adalah jerami. Kena ambil 2 guni.
Masa ni ok lagi belum mula lagi. Kena tolak guna troli roda tiga ni.
Sebelum Dania buat kerja ada pulak pekerja ambil buah rambutan. Apa lagi....dengan saya pun makan sekali. Sedap dan lekang buahnya. Isinya tebal. Langkah kanan nampaknya saya ni. Makan 2-3 biji je la buat rasa-rasa. Idak...bila la Dania nak mulakan buat batas.
Ni cara yang salah mencangkul ya. Bila lama-lama buat macam ni takut sakit pinggang. Kena straight badan tu. Barulah boleh kurangkan sakit pinggang. Masa ni kena sediakan batas. Kena gemburkan tanah. Jenuh jugak la ya. Tanah ni pulak masa ni punya la keras.
Kena gembur sampai jadi flat sikit. Lebih kurang sama level dengan batas orang sebelah. Dania letak baja kompos atas ni kemudian guna pencakar untuk ratakan atas ni.
Kena guna alat ni untuk buat barisan atas batas ni tapi alat ni berat. Akhirnya guna tajak. Tarik dari hujung ke hujung untuk menandakan tempat untuk tabur biji benih. Buat 3 garisan atas batas ni. Biji benih pula tak boleh dibiarkan terdedah kepada sinaran matahari ya sebab takut nanti tak tumbuh sayurnya. Ada yang kena tanam kangkung, bayam merah dan bayam hijau. Dania diberikan benih bayam hijau. Kalau la nanti time tuai Dania dapat sikit best juga. 😁
Setelah dicampurkan biji benih dengan pasir....Dania masukkan biji benih ke dalam garisan yang Dania buat tadi kemudian tutup dengan tanah. Cara tutup tanah tu macam 'labah-labah' dan dibuat dengan cara perlahan. Masa ni saya cuma kat tepi je la tengok Dania buat kerja.
Ni lah batas Dania dan siap pacak nama. (Masa ni setelah 2 hari kot). Letak nama supaya pegawai pertanian boleh bagi report kat lecturer berdasarkan batas kita. Kalau nampak semak je tak dicabut rumpai maknanya lama tak jenguk batas la tu. Ada masa yang lecturer kata ok minggu tu kena letak baja jadi kita kena la letak baja.
Selesai kerja2, kena basuh barangan yang digunakan dulu. Penat ya sebab saya teman Dania ni selama 3 jam ohhh....Memang ada kawan-kawan Dania kat sini tapi lepas tu mereka balik. Tak kan saya nak tinggalkan Dania sorang2 mengusahakan batas dia sebab pekerja saya tengok semuanya lelaki. Ada warga asing juga. Buat pun selepas waktu kuliah. Kena pandai-pandai cari masa yang terluang.
Ejaan 'setor' ni pada zaman dahulu sejak tahun 1970-an lagi.
Ni hari yang lain pulak menjenguk batas sayur bayam. Nak kena selalu tengok-tengok. Nak kena tengok tumbesaran pokok dan cabut rumpai yang tumbuh sekitar batas ni. Bab siram air tak payah sebab nanti pegawai pertanian kat sini akan siram air. Nampak tiang belakang Dania tu tempat air keluar. Semua ni markah. Nak kena buat betul-betul.
Ni pula batas pokok jagung. Masa buat ni mereka ramai-ramai buat masa kelas jadi time Dania mencangkul ni saya takde. Dania kata macam nak pengsan buat sebab panas dan batasnya pulak 30 meter panjangnya. Nasib baik buat sekali dengan seorang kawan sekelas lelaki tapi penatnya tu memang tak terucap la kan. Dania cerita nak pengsan sampai tiba-tiba rasa macam nak jatuh ke belakang.
Kat sini sesekali ERL lalu. Memang ada laluan ERL dalam kampus UPM ni tapi takde station la. Kalau MRT ada la.
Masa ni Dania check batas jagung. Mulanya Dania tanam 3 benih dalam satu lubang. Lepas tu bila tumbuh...kena pastikan setiap lubang cuma ada satu je pokok jagung. Lain2 kena pindahkan dekat lubang yang tak tumbuh pokok jagung. Masa Dania buat penyulaman jagung ni dalam 2 jam jugak la. Haa kali ni memang saya ada teman cumanya saya duduk kat tikar je la.
Nampaknya pada semester ini nak kena jaga pokok bayam dan pokok jagung. Tahun depan je takde tanam-tanam pokok ni. Semua subjek dalam bilik kuliah. Setiap kali Dania ada buat tugas di luar ni setiap kali tu saya ada dan setiap kali tu lah saya penat. Walaupun tak buat apa-apa tapi menunggu di tengah panas tu pun dah buat penat. Time tu nak update blog pun rasa letih.
Sekarang ni kalau nak buat aktiviti di luar...suruh Dania pakai topi beach je sebab lebih menutup sikit topinya berbanding topi biasa. Suncreen pun kena pakai juga. Idak mau la gelap kulit muka...errr yang menunggu pun sama
***Masa birthday Dania tu dapat email satu berita....Dania punya docs layak ke saringan seterusnya. Alhamdulilah. Moga ada good news dalam masa terdekat nanti. 😊
***insya-Allah saya akan bw blog kawan-kawan ya....
XOXO,
Ezna
Bagusnya Dania tak geli nak pegang tanah, nak berjemur bawah matahari. Tak ramai budak-budak perempuan sekarang yang sanggup buat kerja-kerja macam ni 💪🏻
BalasPadamYa bab tak ramai perempuan yang nak ambik course ni memang saya setuju sangat Carneyz. Tapi....sekarang ni kat Fakulti Pertanian dah ramai juga yang join terutamanya Bacelor Sains Haiwan. Majoriti perempuan. Lelaki cuma 5 orang je kot.
PadamMenarik la course work Dania ni... Dan bagus dia minat badang ni and I'm sure she'll excel in this course 💪
BalasPadamAamiin utk good news tu :)
Terima kasih PH mendoakan. Course ada mix diantara agriculture, science & business. Moga Dania dapat excel dalam bidang ini sehingga mendapat segulung ijazah. Aamiin...
Padamfuhh mencabar sungguh la task tanam menanam kat tgh panas tuuuu! good job dania! dan utk u jugak sbb gigih menemani!
BalasPadamMencabar Suzz sebab diajar cara tanam yang ikut prosedur. Lepas buat 1...buat no 2 pulak dan seterusnya. Panas sangat you. Nak tak nak kena buat juga sebab sekarang ni kalau nak buat petang je hujan.
PadamWak dulu2 tak sempat belajar macam ni
BalasPadamSemuanya pandai2 buat sendiri aje
Wak belajar berdasarkan pengalaman, Dania belajar berdasarkan ilmu pengetahuan jadi kalau gabungkan pengalaman dan ilmu pengetahuan dalam tanaman ni boleh memberi manfaat....insya-Allah.
PadamSaya saluuuut dengan Kakak dan Dania 👍❤️❤️. Kakak karena selalu menemankan Dania di tugas2 lapangan seperti ini. Jujur baru kali ini saya lihat mahasiswa ditemankan selalu dengan mamanya ❤️.
BalasPadamDania pula kelihatan memang suka dengan jurusan pertanian ini yaaa. Semangat terlihat. Semoga lah nanti benar2 bisa menjadi pakar pertanian yg bisa memajukan agraria Malaysia.
Ini berat sih, saya sendiri rasanya tak sanggub jurusan ini 😅