Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, June 7

Terimalah lagu hari raya 2018 dibawakan khas oleh.....

Kalau ada ibu ayah yang kreatif ni beruntunglah sekolah ye tak? Kebetulan ada kawan saya masa Dania sekolah rendah tag kat facebook. Bila tengok video ni rasa sayu pulak tengok muka-muka cikgu yang Dania dah tinggalkan untuk ke sekolah menengah. Apa yang saya boleh cakap, kreatif dan sportingnya cikgu-cikgu Dania kat SK Bukit Jalil. 

Nampak la muka-muka cikgu yang dikenali macam cikgu bahasa inggeris, cikgu bahasa melayu, cikgu sains, ustazah, cikgu pendidikan jasmani. Tetiba sayu pulak ummi Dania ni. Emo sikit. 😔😔😔. Macamana la nak lupa cikgu-cikgu yang macam ni ye?. 

Biasalah kan adat manusia, bertemu kemudian berpisah. Ni gambar Dania dengan cikgu Abdul Aziz masa sambutan hari raya kat sekolah rendah tahun 2016 siap buat tangan macam tu sebab katanya Qu Puteh Qu Puteh, barulah Putih. 😆😆😆. Memang kelakar juga cikgu Abdul Aziz ni. Dalam kelakar-kelakar pun markah periksa Bahasa Melayu strict oh....


A post shared by Ezna Khalili (@eznakhalili) on

Minit ke 3.27 ni cikgu Dania yang dalam instagram atas ni. Warna baju sama la. Warna purple. Sporting tak murid dan cikgu-cikgu SK Bukit Jalil?. Yang buat video ni ada studio rakaman. Anaknya kebetulan bersekolah di SK Bukit Jalil. Ada juga shooting ketika keluarga mereka bercuti ke Bukittinggi, Indonesia. Siap pakai persalinan orang minangkabau Indonesia. 


Credit youtube

Saya pun pernah berkunjung ke Bukittinggi Indonesia dan berpakaian seperti orang bangsawan la kononnya. 😚😚😚. Berat hiasan kat kepala tu. Nasib baik Dania sporting memakainya. 

Nak tengok ke mana saya dan keluarga melawat di Bukittinggi boleh search kat atas blog ni belah kanan. Type "Bukittinggi". Dekat kan tau sebab kalau "Bukit Tinggi" kat Pahang Malaysia. Saya pun pernah terserempak dengan Tan Sri Musa Hassan masa berada di Bukittinggi, Indonesia. Kebetulan menginap di hotel yang sama di sini. Eh betullah saya ni selalu jumpa orang kalau jalan-jalan. Ada kawan saya yang bagitahu. Hehe. 


10 ramadan terakhir ni. Macamana persiapan kita?. 


14 comments:

  1. Amboi kelasnya siap ada video lagu raya. Shot video pun cantik, dengan costume lagi. Nice sangat. Nampak memang sporting habis cikgu2 di sekolah Dania. Tak pernah merasa time sekolah dulu. Ada la setakat cikgu yg baik. Zaman kini berbeza.

    ReplyDelete
  2. Sedih kan kalau nak berpisah dengan cikgu2 dan rakan2. Emi dulu pun seminggu terakhir kat sekolah memang rasa sedih je memanjang. Rasa sayu nak tinggalkan tempat kita belajar.

    ReplyDelete
  3. oh kiranya yg dlm video tu cikgu sek dania la ye...nk wat video ni kena kerjasama byk pihak baru menjadi kn and kena kreatif..nk plak ada costume yg cantik kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah Kebangsaan Dania dulu. Kalau Sekolah Menengah sini ramai cikgu otai. Mesti segan nak menari-nari gini. Hehehehe....

      Delete
  4. hebat sekolah anak-anak kita sekarang ni, semua di viralkan ek. Tapi kalau ke arah kebaikan bersama apa salahnye kan

    ReplyDelete
  5. bagus nya video ni.. selamat hari raya ya... balik kampung soon lo? Such a nice song for raya..

    ReplyDelete
  6. Best lagu raya nie... Lirik dia menarik, beberapa kali ulang sebab nak baca lirik dia je....

    ReplyDelete
  7. Menarik la video ni..lirik pun ok kena jer kan...sedap plak dan sejuk hati dengar..terus mood raya datang haaa...dah tak sabar nak balik raya ni..hati dah kat kampung dah ni..4 hari lagi SA nak balik raya..hehehe...

    ReplyDelete
  8. Best nya lagu raya ni. Selamat Hari Raya ya .. Enjoy ya

    ReplyDelete
  9. wahh berbakat sungguh diaorang ni kan..tambahan lagi para cikgu pun sama membantu kan tambahan pulak lirik dia pun menarik..

    ReplyDelete
  10. Wahh hebat betoi bedio tu..sporting abis anak2 tu berlakon sambil nyanyi. Dgr lagu ni terasa tak sabor nak beraya dah..hehehe

    ReplyDelete
  11. Seriously cantik video tu. Macam syarikat terbitan muzik video dah. Kalau masuk tv sure dah viral.

    ReplyDelete
  12. Saya tengok video ini memang kita suka sangat seronok kanak-kanak ni pandai mereka beraksi, dan paling penting cikgu-cikgu pun sporting bagus lah hehehehe kalau kita dapat buat macam ni pun seronok juga...

    ReplyDelete
  13. sproting betul cikgu-cikgu nya..best dapat cikgu macam ni..best pulak tengok video ni. Murid-murid pun happy je nak ke sekolah, nak jumpa cikgu macam ni..kita pulak yang terhibur, rasa nak sekolah balik bila dapat cikgu mcm ni..hahaa

    ReplyDelete