Bila hubby iftar kat luar dengan geng satu office hari ni, isteri pun tak lepaskan peluang iftar dengan geng satu rumah.😊😊😊.
Kat mana iftarnya kami dua beranak eh?.
Kat Bunga Lawang Cafe lah. Idak la nak pegi jauh2. Lepas jemput Dania balik sekolah, bagi Dania membersihkan diri dulu sebelum keluar balik. Ikutkan Bunga Lawang Cafe ni dekat ajer dengan sekolah Dania. Hubby dan kami dua beranak di dua lokasi yang berbeza. Hubby berbuka di Lake Cempaka Villa di Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. Tak silap di bawah Felda D'Saji.
Kami tiba kat Bunga Lawang Cafe dalam jam 6.50 petang. Saya dah siap order set A1 untuk dua orang. Ada beberapa family juga berbuka kat sini. Sempat juga saya dan Dania singgah beli kerepek kat kedai sebelah.
Apa yang ada ye untuk set A1 ni?.
Asam pedas pari, daging tetel goreng jintan, taugeh goreng, ulam-ulaman dan sambal belacan, telur masin. Kurma beserta bubur kacang dan air pula sirap selasih pandan. Tu yang airnya bewarna hijau. Bukan air karbonat ye.
Kalau nak tahu pakej / set yang disediakan yang lain boleh refer blog post saya di sini
Lauk kat sini disediakan dengan penuh kasih sayang oleh ibu kepada owner Cafe Bunga Lawang.
Jadi kalau you alls rindukan masakan air tangan ibu boleh la berkunjung ke sini. Cukup rasa, cukup rasa masin, pedasnya. Nak cakap banyak takut kata alahhh kemain promote. Tak percaya jemput la merasa.
Katanya Bunga Lawang Cafe ni "menjual rasa" Tak menjual rasa, tak la saya repeat banyak kali kan....😚😚😚
Info selanjutnya di link bawah ye 😉😉😉
yummehhhh
BalasPadamSuzz...nanti u datang UKM u boleh singgah sini. Tak jauh pun dari UKM tu.
PadamEmi tahun ni belum berkesempatan nak iftar dengan rakan2 zaman belajar. Duk plan jgk tp asyik tangguh je huhu
BalasPadamSama la bila plan selalu tak jadi. Last minute plan jadi pulak.
Padambaru lepas berbuka puasa kat Bunga Lawang Cafe minggu lepas, amik set B2 sebab ramai kan. ya ampun kari kepala ikan memang terbaek betul la kan
BalasPadamKari kepala ikan tu ya allah sedap gils...tak tau nak cakap camne...
Padamhehehhehe.. sesekali kan.. berdua pon ok pe.. pernah dengar nama cafe ini tapi x pernah gi lagi..
BalasPadamYe sesekali ku rasa teringin.....
PadamNice to enjoy with bestie and friends. IT is just fun and enjoyable no matter what food you are dining. Is the friendship counts
BalasPadamI am enjoying the food with my daughter.
Padambagusnya sebab confident dengan rasa dia. ini la yang kita nk. sebab pentingkan kualiti rasa. mahal pun tak pe janji sedap
BalasPadamSedap....
PadamSetakat ni belum berkesempatan lagi berbuka di luar..selalunya buka di rumah dengan family je hehe. Beli bazaar tu selalu :D
BalasPadamSelalu memang berbuka kat rumah ajer.
PadamDari pada sepi berbhka luasa di rumah gak di temani hubby mending go juga ya ke Cafe buka puasa bersama anak. Cafe dan makanannya enak tub terlihat di fotonya.
BalasPadamBetul tu Abby.
Padambunga lawang ni dekat je ngan rumah kita...selalu juga kesini...kita paling suka laksa johor...
BalasPadamOh ye ke?. Sedap kan?
PadamWowwwww! Ramai gak member-member sebelum ni berbuka di sini. Nampak macam menarik je, lelagi ada daging tetel tu, phewwwwww... Rasa nak menyinggah gak la nnati kalau ke arah sana :D
BalasPadamJemput la ke sini. Mesti tak menyesal.
PadamSis awal2 puasa hari tu je berbuka kat Bangi, lepas tu memang berbuka kat area PJ aje..tak dan nak gi jauh-jauh sebab anak sekolah petang. Nanti kalau ada kesempatan or lalu area sana, bolehlah sis singgah berbuka kat sini..dengar kata sedap-sedap jugak juadah kat sini
BalasPadamSama la anak pun sekolah petang. Kalau kebetulan berbuka kat luar kena rushing sikit la.
PadamBaru berbuka puasa area Bangi semalam. Tak perasan cafe ni, tapi banyak juga dengar feedback best. Boleh cuba nanti, dah nak habis bulan puasa ni.
BalasPadamCafe ni tepi jalan besar. Memang nampak tepi jalan. Cafe ni kat luar warna hitam.
Padamwahhhhh dulu masa tinggal kat kajang utama, bangi ni lah selalu jadi tempat persinggahan kami untuk makan sekarang dah kat hulu langat memang dah tak pergi la situ, nampak macam sedap je asam pedas pari tu memang layan habis kalau makan dengan belacannnnn
BalasPadamMemang pun Fiera. Oh dulu Fiera area Kajang. Tak jauh sangat la pun. Hulu Langat pun banyak tempat makan menarik kan?.
PadamHee anak dara da besar senang bawak berjalan..anak2 dara sya kecik2 lagi...jwabnya duduk rumah la diam2..huhuhu
BalasPadamDah besar ni memang senang la. Masa kecek2 dulu sama gak. Susah nak gi mana2.
PadamHahaha. .Apa lagi gunakan peluang yang ada sebaiknya kan. Suami iftar dengan kawan kawan, kita isteri iftar dengan buah hati pengarang jantung
BalasPadamYe betul tu. Nak iftar dengan kawan 'satu rumah'. Hahaha...
PadamMmg menjualnrasa betul kafe bunga lawang nie. Dari hari tu dok terbaca review maknan kat sini, xmenyempat lg utk pergi. Teringin. Entah bila ntah nak sampai sana
BalasPadamKalau ada masa boleh je pergi selepas raya. Bawak keluarga makan kat sini. Mesti tak menyesal.
Padamwah banyak kali u repeat makan kat sini..memang setia betul ya hehehe dengan bunga lawang cafe...tapi makanan kat sini semuanya sedap..esp kari dan daging tetel....sejak i kenal cara masakan daging tetel..trs i cari daging tu and belajar masak sendiri..mmg marvelous la rasanya hehehe
BalasPadamDekat Ayu. Kalau gantung periuk I gi la sini. Hehe. Terer u masak tetel tu. Ikutkan tengok resipi boleh je masak kan?. Hehe
PadamWahh well organised. Good mommy hihi
BalasPadamHehehe...tq
Padamoh diorang jual ikut pakej ya. menarik tengok pakej2 dia.nanti sempat kot nak try sebelum balik raya kan. nak ajak kawan kawan
BalasPadamNak order sikit-sikit atau ala carte pun boleh.
PadamI see their food are all very tempting, especially the kari kepala ikan is the best la and the price there also reasonable juga. Will check it out.
BalasPadamYou should check it out.
Padam