Hello eznakhalili.com readers!!

Saturday, June 9

Jangan takut jika disapa oleh petugas berpakaian berwarna hijau

Anak kita perlu kita didik dari awal macamana nak jaga kebersihan diri. Kena membersihkan tangan sebelum dan selepas makan, atau selepas ke tandas ataupun kebersihan tangan lepas berkebun dan juga selepas bermain dengan haiwan peliharaan. 

Macam Dania ni memang suka sangat dengan kucing. Ummi dia? Jangan tanya heh. Lagi nak jauh daripada kucing ada. Ummi dia sanggup ambik gambar daripada bagi makan kat kucing. Dania pulak suka menyentuh bulu kucing tersebut. Memang pencinta kucing namanya. Dah tentulah tangan Dania akan terdedah dengan kuman-kuman. Lepas main-main dengan kucing saya akan menyuruh Dania untuk segera membasuh tangan. 


Kena juga cari sabun yang dapat melindungi kita dan keluarga kita daripada kuman. Dapat pula membunuh 99.9 % kuman. Kalaulah dapat produk sebegitu, best kan?.

 

Dettol bakal mengadakan kempen kesedaran kebersihan tangan di 20 cawangan Rehat & Rawat di seluruh Semenanjung Malaysia. Apabila pengguna berhenti di kawasan Rehat & Rawat ini untuk ke bilik air, mereka akan dibimbing untuk membersihkan tangan dengan tujuh langkah mudah. Cecair pencuci Dettol juga akan diletakkan di sinki untuk membolehkan pengguna mempraktikkan cara yang betul untuk membasuh tangan. 


Tengok produk Dettol yang Dania pegang tu. Boleh dimasukkan ke dalam beg sebab saiznya yang kecil. Senang untuk dibawa ke mana-mana.



Wakil-wakil Dettol juga akan berada pada tarikh tertentu untuk memberi sampel produk dan mendidik pengguna kepentingan amalan kebersihan yang baik. Sampel yang diberikan juga kecil dan mudah dibawa oleh pengguna di dalam beg. Produk ini boleh digunakan sepanjang balik kampung untuk melindungi keluarga daripada kuman. 


"Hari Raya adalah hari untuk bertemu dan berkumpul dengan sanak-saudara dan sahabat handai. Itulah sebabnya penting untuk Dettol melindungi rakyat Malaysia daripada kuman seupaya mereka boleh menikmati sepenuhnya pertemuan mereka," kata Kim Min Young, Pengarah Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura. 
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Dettol Malaysia akan turut memberi sumbangan kepada para pengguna serta mereka yang memerlukan. Slogan kempen adalah “Kekal Dilindungi, Kebaikan Dikongsi”, dan para pembeli boleh melakukan kedua-duanya dengan hanya membeli produk Dettol bernilai RM25 dalam satu resit. Bukan sahaja setiap pembelian menerima baucar ganjaran bernilai RM5, malah sebahagian daripada jualan akan disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan terpilih.

Promosi ini berlangsung bermula 1 Mei - 30 Jun 2018. Butiran lanjut boleh layari Dettol Malaysia di :







12 comments:

  1. wah baguslah dettol ni dapat membasmi kuman..
    tapi sebenarnya kadang kadang kita ni sebenarnya kena dedahkan diri juga dengan kuman dan virus untuk boosting pertahanan imun sistem contoh macam main lumpur ke hahahah..lepas tu mandilah dengan dettol... menjaga kebersihan ni dah jadi satu keperluaan sebenarnya... menjaga kebersihan kan adalah salah satu dari iman... dapat mengelakkan risiko penyakit berbahaya juga...

    ReplyDelete
  2. bagus dettol buat kempen sebegini at least anak-anak boleh alert dengan tahap kebersihan di tempat awam ni kan. ermm mesti kena tunggu wakil dettol kat highway nanti..

    ReplyDelete
  3. suspen! hahaha ingatkan apa tadi. bagusnya ada kempen macam ni tingkatkan kesedaran untuk org ramai. kudos!

    ReplyDelete
  4. produk dettol ni dari dulu lagi terkenal. memang simpan satu botol kat rumah. bila ada hand wash macam ni tak ragu2 nak beli

    ReplyDelete
  5. Memang selalu pakai jenama Dettol. Kalau brand lain macam kurang je buih dan bau. Hehe. Memang percaya lebih sikit sebagai sabun dan pencuci antiseptik untuk bunuh kuman. Bagus Dettol buat kempen ni sepanjang musin Raya, dapatlah sampel free nanti.

    ReplyDelete
  6. Ingat cerita apa tadi..hehee..bagus dettol ni, kita pun pakai sabun mandi dettol. Kebersihan kita dan anak-anak mesti dijaga. Dah takut nak bagi anak atau orang dalam rumah main apa sahaja, last kita akan basuh dengan sabun dettol

    ReplyDelete
  7. Wow siap ada pegawai Detol yang duduk tunggu kat toilet untuk ajar kita cara basuh tangan dengan betul ker hehehe biar betul. takut juga nak masuk tandas kat R&R nanti takut diikuti hehehehe...

    ReplyDelete
  8. Jaga kebersihan diri mmg kena didik sebab dia dah jadi mcm adab. Kalau kita bersih mmg akan disenangi. Apatah lagi dengan penggunaan dettol pelindungan dirinyg dipercayai

    ReplyDelete
  9. Oh dettol ada buat kempen eh. kalau tak baca ni, emi pun tak tahu. Hehe

    ReplyDelete
  10. Oh Dettol buat kempen rupanya ingatkan apalah tadikan. baguslah diorang buat kempen macam ni untuk kesedaran benda baik kepada umum

    ReplyDelete
  11. Hopefully masa balik raya nanti terserempak dengan dorang. Teringin nak tahu 7 step yg digunakan oleh petugas baju hijau tu. Bagus dorang buat kempen macam ni, sebab kadang tu kita tidak ambil cakna langsung berkenaan isu ni. Kuman tu datang bermulanya dari tangan kita sendiri. Hee.. btw, thanks for sharing kak.

    ReplyDelete
  12. Great outreach by Dettol I wanna learn more about it too since I have kids now got to be more prepared.

    ReplyDelete