Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, June 26

Kisah Aidilfitri 2018 Part 2

Ni sambungan dari Part 1 sebelum ni. Kali ni Part 2 pulak. Dari Ipoh sebelum ni bertolak ke Alor Setar Kedah. Jalan menuju ke sini adakalanya jam sikit tapi tak teruk la. Kami tiba jam 5 petang kat Hotel Royal Signature, Alor Setar. Bila ibu dan ayah mertua dah takde memang tidur hotel ajer. Masa ibu mertua ada memang menginap kat rumah ibu mertua lah. Saya memang tak pernah kenal ayah mertua since ayah mertua dah meninggal tahun 1990-an dulu. 

Berbalik pada hotel ni, Royal Signature ni merupakan salah satu hotel baru kat Alor Setar ni. Saya pilih yang ada 2 katil single. Katil single ni besar sikit daripada katil single yang biasa. Saya tidur dengan Dania. 


TV besar jugak. 


Dalam toilet ada bidai ni. Memang siap2 tutupkan bidai ni. Idak........😜😜😜


Tempat mandi ni agak sempit juga cerminnya. 


Nak buat air dan almari baju. 


Pada 17 Jun 2018, kami makan pagi kat coffee house. Ada sijil halal kat sini ye. Tak payah nak ragu-ragu. Boleh tengok la kat bawah ni gegambar kat coffee house Hotel Royal Signature. Design dekorasi dalam hotel ni cantik bagi saya lah. 








Tempat yang kami akan ziarah ialah rumah kakak ipar. Gambar dengan kakak ipar takde la pulak. Dan bawah ni rumah abang ipar. Hubby saya ni anak bongsu jadinya abang-abang dan kakaknya semua dah berumur 50 tahun ke atas. 

Ni Ariana cucu abang ipar kat Pendang. Berkenan dengan dia ni sebab comel sangat. Ariana ikut muka mama dia. Kemain lagi pose macam ni. 


Gambar ni diambil oleh anak saudara saya. Dia kata nak ambik gambar abah dengan Pak Tam sebab muka sama. Saya rasa hubby saya nanti bila dah berumur 50 tahun ke atas mesti ikut muka abang dia. Gambar bawah ni juga ada kakak kepada Ariana namanya Arissa. Comel juga. Arissa ikut muka papa dia. 

Masa kat rumah abang ipar ni cerita pula susur galur ayah mertua saya. Berasal dari Kg. Cherok Tokkun kat Bukit Mertajam Pulau Pinang. Sekampung dengan keluarga DS Anwar Ibrahim. Ayah mertua saya memang kenal la dengan ayah DS Anwar Ibrahim. Selalu yang dibawa ke kampung abang ipar saya ni lah. Masa tu hubby saya kecik lagi. Beza hubby dengan abang ipar saya ni rasanya ada 20++ tahun macam tu. Masih ada juga saudara mara belah ayah hubby di Kg. Cherok Tokkun tapi sayangnya hubby saya tak kenal saudara mara kat sana sebab lapis atas kebanyakkan dah meninggal dunia. Sayangkan?. 


Kali ni macam tak singgah banyak tempat sebab kebanyakkan sepupu2 hubby dah balik ke tempat masing-masing. Adalah singgah Tanjung Musang rumah ayah saudara hubby. Tu pun takde gambar saya ambik. Yang ada kat rumah ayah saudara dan ibu saudara ajer. Anak-anak atau sepupu habis semua dah balik rumah masing-masing. 

Masa kat Tanjung Musang, tu lah ayah saudara (paksu) cerita tentang asal usul ibu hubby. Nenek dan atuk hubby belah ibu hubby (ibu mertua saya) berasal dari Pasir Puteh, Kelantan. Merantau ke Kedah berjalan kaki. Saya tak boleh nak imagine macamana merantau berjalan kaki ni. Ibu mertua saya lahir kat Kedah. Kalau orang Kelantan datang Kedah mesti cari Tok Komiang (nama gelaran tuk hubby). Macam orang dikenali kot masa tu. 


Pada pagi 18 Jun 2018 tu hubby dan adik beradik sibuk nak berurusan di Pejabat Tanah atas urusan tanah pusaka. Saya dan Dania ikut sekali tapi saya sibuk la ambik gambar Dania kat taman berdekatan pejabat tanah. Sekali kena panggil dengan hubby untuk isi borang. Actually memang isi borang bagai ni tugas saya sebab tulisan saya kemas berbanding hubby. Saya isikan borang untuk 3 orang. 😅😅😅. Tahu je lah borang-borang kena isikan tu banyak. Akhirnya hubby janjikan upah sebab kesian kot isikan borang untuk abang2 ipar hubby + borang hubby. 

Lepas settle urusan kat Pejabat Tanah, rehat sekejap sebelum bertolak balik ke rumah kami. On the way nak balik singgah Kg Cherok Tokkun. Disebabkan tak pernah sampai kena berhenti kat Petronas juga lah tanya mana Kg ni. Rupanya Kg hubby ni dekat dengan Masjid Cherok Tokkun Bawah. Ada juga Masjid Cherok Tokkun Atas. Mana la kami tahu ada atas ada bawah kan?. 

Masuk je Jalan Kilang Ubi sebelah Masjid Cherok Tokkun Bawah, tersergam indah rumah kayu berwarna putih. Lawa rumahnya. Inilah rumah keluarga DS Anwar Ibrahim. Kami masuk sekerat je sebab jalannya tak la besar sangat. Kalau selisih kereta, kena ke tepi sikit. Rupanya kg hubby selepas titi kat jalan ni. Lepas titi tu itulah Kg hubby. Kalau tiba sekalipun sape lah nak ditanya tu?. Kami memang tak kenal sesiapa pun. 


Sebelah Jalan Kilang Ubi ni kedai saudara hubby tapi tutup pula hari kami pergi ni. Ayah pemilik kedai ni pun rasanya dah meninggal. Kalau kedai bukak maybe boleh menanya. 


Dari Cherok Tokkun dah pukul 5 petang macam tu. Perjalanan balik ke rumah kami ya ampun....Huiiiii jam tahap teruk. 


Bertolak dari Cherok Tokkun 5.00 petang 18 Jun 2018
Tiba di Bandar Baru Bangi 3.45 pagi 19 Jun 2018

Rasa macam tak nak balik raya dah. 😭😭😭

Balik kampung kali ni banyak bercerita pasal sejarah keluarga baik di Perak mahu pun di Kedah. 

You alls balik raya hari tu jam tak?. 

No comments:

Post a Comment