Bertemu siapa tu?....Ehem....

Semalam berpeluang berbuka puasa lagi di Hotel Bangi Putrajaya. Nama je saya tapi yang bayarnya hubby le. Hehe. Bertolak dari rumah dalam 6.15 petang. Kejap je dah tiba Bangi Putrajaya. Dekat katanyer. Bila dapat tau je meja terus la ambik makanan. 

Since sebelum ni saya tak pekena nasi goreng seminit, saya pun pergilah order nasi goreng seminit ni. Kali ni barulah nampak nasi goreng ni. Rupanya ia dimasak dengan menggunakan robot. Chef cuma perlu masukkan bahan ajer. Letaknya dalam mangkuk cinonet ini ajer so ada lebih lagi sikit untuk seorang pengunjung yang teruja bila tengok nasi goreng dimasak oleh robot. Dia pun order nasi goreng 1 minit ni. 

A post shared by Ezna Khalili (@eznakhalili) on

Ni lah rupa nasi goreng 1 minit yang diletakkan di dalam mangkuk kecik. Eh cukup ajer la mangkuk sebesar ini bulan puasa. Ambik lagi semangkuk takut kenyang pulak nak makan yang lain. 


Meja kami ni terletak berdekatan dengan pemuzik veteran ini. Alunan muzik bergema sebelum berbuka puasa. Tapinya saya prefer kalau tenang ajer tak payah ada nyanyi-nyanyi ni. Cukup sekadar pasang muzik pelan2 ajer. Mengganggu konsentrasi nak makan selain kalau nak bercakap dengan hubby dan anak pun kena menjerit. 

Kali ni pun suasana kat Bangi Putrajaya ni masih tenang. Tak ramai orang selain nak ambik makanan senang dan surau pun tak ramai orang. Nak parking pun senang. Faktor-faktor ni la yang membuatkan saya suka datang iftar kat sini. 


Nampak kelibat seorang pengunjung ambik gambar dengan seseorang. Apa lagi bila datang tepi meja kami, saya approach nak ambik gambar Mawi ni dengan hubby. Lain kan muka Mawi? Hubby kata lain sebab dulu Mawi ni botak. Sekarang ni rambut paras bahu dan nampak berisi sikit. Happy la tu. Ekin tak datang pula berbuka kat sini. Cuma Mawi seorang ajer. 



Siapa peminat Mawi?. Suara Mawi ni not bad juga bagi saya. Pernah mencetus fenomena dalam industri tanahair kita kan?. Sekarang ni lebih kepada concentrate dalam perniagaan yang dijalankan. 

Comments

  1. hah lain mawinya...yela dlu botak kn....hah uniknya iftar kt sini sbb ada nasi goreng 1 minit tu la

    ReplyDelete
  2. Hhmm I have not seen robot frying rice before. It would be great if you have included a video of it. Maybe now I better dine in Bangi to have a look myself. LOL

    ReplyDelete
  3. Hotel Bangi-Putrajaya memang best hidangan buffet raamdhan yg ditawarkan. macam2 ada. and yes, nasi goreng satu minit tu mmg unik. sbb first time tengok robot masak nasi goreng.

    wow Mawi nampak lain betul yer bila berambut panjang. dulu mmg letop2 nama Mawi. Satu fenomena yg luar biasa.

    ReplyDelete
  4. beshnya bukak puasa kat luar hehehe

    ReplyDelete
  5. Awat lainnya penampilan mawi sekarang ni. hampir tak kenal dah bila sekali pandang ihiks udah mirip ramli sarip pula

    ReplyDelete
  6. seronoknya dapat bertemu dengan orang yang famous, kan kan? must b an extra special meal u hv..

    ReplyDelete
  7. wah makan kat sana lagi ek, kemain lagi Mawi ek stylo sesangat. Tapi selalu jumpe dia sebab dia kan duduk kat Bangi ni

    ReplyDelete
  8. Wah naai goreng seminit..sedap tak? Mmg betul bulan puasa ni tak boleh makan banyak banyak nnt berat rasa badan..hehe kalau sy la..

    ReplyDelete
  9. Gaya mawi sekarang lebih feminin dan ada juga mirip SRK kan? SA dah lama tak pi makan kat hotel Bangi- Putrajaya ni..tahun dapat jemputan tapi tak boleh nak pergi..kekangan masa sangat..seronok la Dania berbuka puasa kat luar ye..lebar senyum nya tu ha

    ReplyDelete
  10. Wow.. lain betul muka mawi. Rambut dia dah panjang. Berbeza dengan penampilannya dulu2 masa AF.

    ReplyDelete
  11. Lamanya tak nampak
    Mawi. Bezanya sekarang. sorang2 dia buka puasa... ehhhh... tapi dia mmg ada butik kat bangi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia sorang2 tapi dengan fan club Mawi. I tengok IG Mawi.

      Delete
  12. Bestnya dapat berbuka puasa dengan Mawi World hehehe buka kat hotel makan mewah-mewah lak tu seronoknya kita jer tak dapat lagi makan kat situ hehehehehe...

    ReplyDelete
  13. Nice... I heard about Maki many years back. So lucky you bump into him... Selamat Berbuka Puasa

    ReplyDelete
  14. mawii. ingat mawi, ingat mawi world. dia punya gelaran dulu masa mula2 masuk sunia nyanyian.

    ReplyDelete
  15. Wahh bestnyalah dapat repeat makan kat sana lagi, dapat pulak berbuka dengan Mawi...ehh pasaipa mawi cam tu rupanya sekarang..hehehe, suka tgok rambut lama dia dari camgini..:D

    ReplyDelete
  16. Wah nasi goreng seminit pun ada. Senang kalau ada kat umah tak payah lah nak bersusah payah masak berjam-jam kan. Lma x tengok mawi . Dia pun macanmacan bawa haluan sendidi .

    ReplyDelete
  17. tak pernah lagi berbuka kat sini. tapi kalau tak silap chef dia pun dari dapur bangi golf resort. chef yang sama

    ReplyDelete
  18. wah, akak bayar yo buffet kat hotel bangi ni, tapi memang best tempatnya sebab boleh feeling romantik romantik kat hotel ni.. suka sangat servis, last time pergi ramadan review dia punya serawa durian memang terangkat.. heeeee bertemu siapa tu heheheh tu la dunia ni kecil je tu dapat bertemu dengan orang orang yang kita pernah bertemu haha especially mawii yo tapi tak minat mawi dulu sebab dia tinggalkan ina naim hahaha

    ReplyDelete
  19. Waah, untungnya dapat jumpa Mawi. Tetiba teringan zaman kegemilangan Mawi dulu. Ramai betul fan dia. Time tu orang panggil tsumawi. Pendek kata, semua brand ambil mawi jadi duta.

    ReplyDelete

Post a Comment

Translate

Popular Posts