Ni kisahnya masa bulan puasa baru ni. Dania ada iftar kedua kat sekolah. Kali ni khas untuk Tingkatan 2 ajer. Jemput dulu kat sekolah sebab nak bagi membersihkan diri dulu sebelum hantar balik ke sekolah.
Lepas hantar Dania ke sekolah terus menuju ke Lake Cempaka Villa untuk berbuka dengan hubby pulak. Hubby naik kereta lain. Boleh tahan juga jam kat Bandar Baru Bangi ni. Kalau tak jam kejap je tiba kat Lake Cempaka Villa tu dari sekolah Dania.
Tiba sana pun dalam 7.15 petang kot. Dapat la tempat kat luar kat sudut ni. Hubby tiba tak lama lepas saya tiba. Ok la tiba tak lama lepas saya tiba sebab kena bayar dulu sebelum ke meja. Hehe....Lega banker dah tiba. Harga yang kami dapat harga promosi. Kebetulan tarikh kami pergi 8 Jun 2018 ni tarikh akhir dapat harga promosi iftar kat Lake Cempaka Villa. Tak silap kami dapat harga RM47/pax berbanding harga asal RM58/pax. Kalau masih yang tak tahu...Lake Cempaka Villa ni diuruskan oleh Felda D' Saji.
Saya mulakan dengan ini dulu. Nampak cair dah ais kacang ni.
Seleksi kuih-muih yang disediakan.
Lepas tu saya ambik bubur lambuk pulak. Lake Cempaka Villa ni kalau waktu siang lagi lawa sebab memang mengadap taman tasik cempaka. Hijau saujana mata memandang ajer. Malam-malam tak nampak apa-apa lah.
Ni kot yang istimewa kat sini. Nasi Thailand Khai Mok Khai.
Ulam-ulaman yang membuka selera.
Siapa yang minat pecal memang terjah sini dulu lah. Saya bukan peminat pecal.
Rojak buah ni ada masa2 memang teringin tapi ada masa2 tengok ajer. Hehe.
Close up ayam masak kicap.
Ni close up ikan keli masak cili.
Telur itik masak lemak.
Keladi masak asam.
Ni je saya tak berani nak rasa sebab sayur ni pahit.
Wow mood raya sudah mari...
Lemang ni makan dengan rendang ayam.
Kalau dapat tempat kat tengah ni best la. Dah penuh dah area ni. Walk in dapat la kat sudut di terrace luar. Planning nak makan sini pun di saat akhir.
Tempat kami duduk tu berdekatan dengan kek ni. Rasa juga la kek pandan gula melaka ni. Sedap jugak rasanya.
Air panas ni penutup sebelum balik. Bulan2 puasa ni kalau dapat minum air panas rasa perut tu lega je.
Meja kami di sudut ini. Tiba-tiba teet teet phone berbunyi. Dania telefon suruh ambik. Berapa lama je boleh spend time dengan hubby. Ye le dah ada anak, camtu le.
Gambar hubby wifey kat depan Lake Cempaka Villa sebelum saya dan hubby berpisah kat dua destinasi yang berbeza. Hubby menuju ke surau untuk terawih dan saya menuju ke sekolah Dania untuk jemput Dania balik.
Masa yang sikit tu dapat dimanfaatkan juga. Bukan senang nak berdua ajer. Selalunya memang kami bertiga.
semua mknn nmpk sgt sedappp
BalasPadamNasib baik baca lepas aildilfitri, kalau baca time bulan puasa..memang tak tahan tengok lauk pauk ni..
BalasPadam