Serat penting dalam diet harian kita. Kenapa ia penting?
1. Serat penting kerana ia dapat mengawal berat badan kerana pemakanan yang mengandungi serat akan menyebabkan kita akan kenyang dalam masa yang panjang.
2. Penting untuk fungsi usus. Ini secara tidak langsung akan memudahkan proses penghadaman. Nanti tiadalah masalah sembelit.
3. Mengurangkan risiko masalah kesihatan seperti diabetes, penyakit kardiovaskular dan obesiti.
Disebabkan pentingnya serat dalam diet harian saya terpanggil untuk berkongsi kebaikan Quaker Oats ini. Apa kata hidangan raya pada tahun ini kita menjadikan Quaker Oats, jenama No 1 di dunia ni sebagai hero dalam pembuatan biskut raya pada tahun ini kerana ia kaya serat, protin, mineral dan vitamin.
Jom saya kongsikan satu resipi :
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Quaker Oats Cookies Ola Oli
Bahan-Bahan :
1 cawan mentega dilembutkan
1 cawan gula perang
1/2 cawan gula putih
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 1/4 cawan tepung gandum serbaguna
1/2 sudu teh soda penaik
3 cawan quaker oat
1 cawan cip coklat
Cara - cara memasak :
1. Campur semua bahan di dalam mangkuk. Telur itu perlu dimasukkan satu persatu ye.
2. Kacau semua bahan-bahan sehingga sebati.
3. Sementara itu, panaskan ketuhar dengan suhu 160 darjah celcius.
4. Sudukan satu adunan di dalam sudu ke dalam tray pembakar sehingga semua adunan digunakan.
5. Bakar selama 12 minit atau sehingga masak.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Petikan lagu Suasana Hari Raya nyanyian Anuar dan Elina :
Kuih dan muih beraneka macam,
Makanlah jangan hanya dipandang,
Ketupat rendang sila nikmati kawan,
Penat memasak malam ke pagi....
Wajik dan dodol jangan lupakan,
Peninggalan nenek zaman berzaman,
Asyik bersembang pakcik dan makcik,
Hai duit raya lupa nak diberi....
Siap dah kuih raya diletakkan di dalam balang.
Dengan 9.4g serat dalam setiap 100g (7 kali lebih daripada beras putih!) dan protin yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum, Quaker Oats menggunakan bijirin penuh supaya nutrisinya dikekalkan. Bijirin penuh mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan : bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protin, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.
Hari Raya ini you alls boleh la mencuba resepi baharu menggunakan Quaker Oats sebagai 'hero' di dalam masakan you alls seperti Kari Ayam merah dengan Oats, Sup Kambing Quaker Oats, atau biskut raya hasil air tangan Chef Anis Nabilah seperti Biskut Beri Biru Multigrain Cereal dan Biskut Onde Onde Oatmeal.
Biskut Beri Biru Multigrain Cereal
Biskut Onde-Onde Oatmeal
Dah teruja nak buat biskut raya?
Info selanjutnya boleh la melayari :
Wah memang sedap dijadikan cookies kan.. rasa cam nak try pula resepi ni tapi kita masih tak ada oven di rumah. Aci tak guna kuali besar untuk baking macam klasik style gitu.. hahhaha apa pun dah lama tak makan quacker oat
BalasPadamMacam sedap je tengok biskut quaker oat tu. Boleh try buat ni untuk raya nanti. Resipi dah ada ni, hehehe.
BalasPadamApapun, biskut ni dijamin sihat sebab guna oat. Bukan semata-mata tepung biasa macam biskut-biskut lain. Thanks for sharing
Omg these look so good, can make cookies for this coming raya, plus oats is a better alternative than chocolate right?
BalasPadamQuaker oats selain untuk dijadikan makanan diet, minuman , boleh juga divampur dalam masakan..my Dania minggu ni sibuk nak buat popia salut oats..x tau la menjadi ke x tum.semangat je lebih..mama x leh nak pantau sbb kerja..tgok la hasilnya nanti..
BalasPadamboleh try ni sbb kat rumah sha ada jugak oat ni
BalasPadamSelalu juga I ambil Quacker Oats ni.. nak cuba merendahkan kadar cholesterol dalam badan..
BalasPadamermm selalu kita makan dengan susu je senang tapi nak buat cookies ni leceh sket maklumlah busyyyy manjang. tapi bila tengok gambar tuh rasa teringin pulak kan
BalasPadamNak buat juga bikut quaker oat ni..nad selalu buat sahur je..hehee..Ni ada lebih oat boleh buat biskut..kena datang rajinnya dulu..hehee. Oat memang mengenyangkan perut..Oat juga bagus untuk penghadaman..
BalasPadamboleh bayangkan sedap lemaknya biskut ni kalau gunakan oat. sedap dan berkhasiat! lagi satu mesti crispy kan biskut ni nanti?
BalasPadamWow! Such a lovely recipe... Tak tau pun I boleh buat biskut macam ni dengan quaker oat.. thanks for sharing the nice recipe..
BalasPadamMacam sedap je biskut quaker oat ni.
BalasPadamlagi satu, memang kalau nak cut sikit berat badan, ramai yang pakai oat untuk dapatkan tenaga etc etc.
Lagi satu, dia senang. Tinggal bancuh ngan air panas je.. Sempoi. Perut pun terisi...
Ewah ewah. Dap dapnyer biskut tu. Rasa macam nak buat plak. Mesti tak rasa bersalah lepas makan biskut nie sebab healthy kan.
BalasPadamWow , the recipes is just good for raya. I have few packet left in my home next month expiry, think i should make use making cookies.
BalasPadamLama betul tak beli Quaker Oat ni. Memang banyak khasiat dan keistimewaan. Bukan sahaja dimakan begitu sahaja tetapi boleh digunakan untuk masakan. Comelnya kuih raya tu.
BalasPadamTak pernah buat cookies sebab tak pandai dan tak ada oven. Nampak macam senang sahaja nak buat. Healthy cookies! Sebenarbya tak berapa menggemari quaker. dah cuba byk kali pastinya tak habis. But tahu tentang kebaikannya.
BalasPadamSebenarnya kita ni bukan penggemar OAT tau terus terang tapi bila tengok cara makan oat dah pelbagai dan juga buat biskut tu rasa macam sedap lak hehehehe. Lagi bagus sebab ia adalah makanan yang sihat untuk tubuh tambah-tambah bulan puasa ni...
BalasPadamYes! I love oats cookies too and sometime i added chocolate, dried fruits to it too. It taste so good and healthy for the whole family.
BalasPadamTiap-tiap tahun mesti akan buat kuih raya pakai oat ni. Ramai pulak orang suka sebab rasa dia kenyang dan sedap.
BalasPadamI always use overnight rolled oats. Really tasty and healthy. Have been stop making for something... Wanna back again after reading your posting..
BalasPadamsedap pulak buat kudapan depan tv time raya ni. hehehe. slmt hari raya maaf zahir batin.
BalasPadam