Sekolah anak ada mengadakan iftar dan solat terawih pada 1 Jun 2018. Kebetulan diadakan bergabung untuk Tingkatan 2 dan Tingkatan 5. Tidak diadakan untuk semua Tingkatan dalam satu waktu sebab untuk mengelakkan kesesakan di sekolah agaknya.
Secara tak sengaja, saya pula AJK KSIB (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa) yang dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Saya jemput dulu Dania balik sekolah petang. Sempat la mandi dulu sebelum pergi balik ke sekolah. Nak bagi fresh sikit setelah seharian kat sekolah. Dania ni concern sikit kalau pasal mandi ni. Masa tiba sekolah ni belum lagi pukul 7 malam.
Tak lama kemudian, kawan baik Dania yang katanya tak jadi datang, datang juga akhirnya. Ada orang tu nampak ada sinyum. 😃😃😃 Idak tak berapa nak ceria. Fesyen tudung Dania dan kawannya jugak dah sama dah tu. Seorang nak ambik course perubatan, seorang lagi nak ambik sains bio perubatan (biomedical science). Insya allah. Kawan baik Dania ni pernah cakap dengan Dania nak sama-sama belajar masa kat Universiti. Masa tu mereka baru Tingkatan 1. Ummi dan aunty akan doakan ye. Insya allah. Baik dan sopan kawan Dania ni. Memang kena sangat dengan peribadi Dania ni haa....mereka ni tak banyak cakap kalau dalam kelas.
Dania dan Zalilah duduk makan kat bawah manakala ummi kena duduk kat meja yang dihias kanopi. Saya pun takde geng masa ni. Cikgu2 pun saya tak kenal sangat. Masa ni saya datang awal sikit. Tak lama kemudian baru ada Pn. Sharifah dan anak-anaknya. Masa nak berbuka tu, saya dijemput untuk turut serta dengan pengetua dan guru penolong kanan (GPK) makan kat meja berhidang yang ada dome kat belakang saya ni. Nak makan pun tak berapa nak lalu. Kononnya malu lah 😝😝😝. Duduk dengan pengetua la katakan. Masih baru dilantik lagi saya ni jadinya pengetua dan GPK tak berapa nak cam lah.
Suasana di sekolah sebelum masuk waktu berbuka puasa. Dah makin ramai pelajar memenuhi kawasan sekolah.
Lepas makan, biasalah mak mak ni selalu teringat kat anak makan apa jadi ummi pun jenguk la Dania dan kawan baiknya ini. Dania dah selesai makan nasi. Sibuk makan kuih-muih pulak. Nak mencari anak pun satu hal dalam ramai-ramai ni.
Suasana selepas solat terawih. Ada moreh juga disediakan berupa bubur lambuk.
Pengalaman pertama saya selaku AJK KSIB (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa). Takpe lah sekarang ni tak la kenal sangat cikgu-cikgu. Lepas ni slowly ingatlah cikgu-cikgu. Moga saya dapat mencurahkan bakti untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk SMK Jalan Empat ini.
Nampak meriah iftar di sekolah. Sekali sekala join iftar di sekolah seronokkan. Meriah dengan gelagat anak anak kat sekolah
BalasPadamMy Dania ada majlis gak berbuka kat sekolah..bila mama ckp nak buka puasa kat luar bawak atuk uwan..terus dia cancel x jadi join yg sekolah..hahaha...bagus jugak ezna join berbuka at least leh kenal cikgi2 dan guru besar..memudahkan nanti
BalasPadamSebab SA tak join sekali la tu tu yg lagi best kalau buka puasa ngan mama....
Padamseronok dapat join dan secara tak langsung bagi sokongan untuk program sekolah anak kita kan..ehh tahniah Ezna jadi AJK tu..
BalasPadamnowdays macam-macam persatuan kat sekolah ek, dulu hanya ada PIBG je, sekarang ni dah lain. bagus untuk ibu bapa kenal cikgu-cikgu kat sekolah, mengeratkan silaturahim
BalasPadamThats nice. Bukan ja kenal guru guru at least we tau perkembangan juga
BalasPadamwah buat potluck ke tu..
BalasPadamlama nya tak join aktiviti macam ni,
pernah join tapi time sekolah la,
mungkin bila anak anak I dah besar I akan join rasanya aktiviti depa haha
best juga kalau dapat berbuka puasa ramai ramai mcm ni. anak2 mesti seronok dapat buka puasa dengan best friend. hehe
BalasPadamIt's great to hv iftar like this... Where everyone get involved to puka puasa.. eating together is very fun too! NIce..
BalasPadamBagusnya program begini. Boleh merapatkan hubungan guru dengan para ibu bapa sambil berkongsi kegembiraan berbuka puasa. Nampak meriah tu, mesti mendapat sokongan yang kuat. Moga lebih banyak lagi program begini dianjurkan ya!
BalasPadamSuka aktiviti seperti ini... Kita tahun nie baru aktif dengan aktiviti dekat sekolah anak... Sebelum nie, malu2 sikit hahahaha
BalasPadammeriahnya! dulu masa mengajar pun seronok duduk dengan budak2 nih. rasa muda hehehe. nasib tak kena satu sekolah dlu. kalau tak memang bergosip dah
BalasPadamOkay sangat la macam ni dapat berbuka puasa kat sekolah sekali dengan anak.
BalasPadamcantik anak akk..hehehe.. sama la kita kak.. kita pon terjebak join skli iftar sekolah husband ni.. xde ank lg tp saja join meriahkan.. kdg2 join meriah gk kan..tgk bdk2 seronok smbut buka puasa sme2 dgn guru & ibu bapa..
BalasPadamBetul sekarang ni ibu bapa kena lebih dekat dengan sekolah anak-anak agar perkembangan dan kemjuan anak-anak akan lebih kita ikuti. Bagus lah kalau macam ni.
BalasPadamSis pun baru aje dapat surat pekeliling sekolah yang mana akan adakan majlis berbuka dan solat terawih sama-sama. Tapi tak dapat nak join sebab ada hal lain pulak waktu tu. Seronok gak ada majlis macam ni, boleh kenal gan kawan2 anak dan cikgu2.
BalasPadamRajinnya kak ezna jadi AJK. Kalau saya, memang selalu lari untuk jawatan2 nie. hahaha. memang emriah ada jamuan iftar di sekolah bersama guru dan penjaga. dapat eratkan hubungan silaturrahim antara guru dan penjaga.
BalasPadamBagusnya ada acara berbuka puasa dan terawih di sekolah. I wonder if this is the case with other schools as well.
BalasPadambagusnya kak ezna join dan support event kat sekolah anak akk..parents skang rmai bg alasan masa nak join event mcm ni..smoga tercapai cita2 anak akak & juga kawan baik dia..amin
BalasPadamSo nice to know school is organizing this as well where by parents and teachers could be stronger bonding which could lighten up the stress in between during any meeting in future. Hope this could be held more in any other school.
BalasPadam