Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, November 4

Susu Pekat Manis Penuh Krim kini kembali lagi

Mengimbau zaman saya kecik-kecik dulu saya suka sangat makan roti kosong dengan susu pekat manis penuh krim. Lagi banyak susu pekat manis penuh krim lagi sedap. Saya letak ajer susu tu atas roti lepas tu terus makan. Nyumsss... Mama la yang ajar cara makan macam ni. Kalaulah mama masih ada sekarang ni..... :-( 

Dari satu generasi yang lama ke generasi yang baru, kini F&N Susu Pekat Manis Penuh Krim kembali menemui anda. Rasanya memang sedap dan berkrim dan tinggi kandungan kalsium, protin serta vitamin A, B1 dan D3. 


Saya nak kongsikan kepada anda satu resepi yang sangat mudah untuk disediakan dengan menggunakan susu pekat manis penuh krim F&N. 

Resepi : Puding Nasi

1/2 pot beras
2 cawan air
2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis penuh krim F&N
1 sudu madu
1 batang kulit kayu manis 
Kismis

Cara memasak :

1/2 pot beras dicampur bersama air dan dibiarkan di atas api sederhana sehingga beras kembang. Setelah beras kembang, masukkan susu cair dan susu F&N. Campurkan sekali madu, kulit kayu manis dan kismis. Biarkan sehingga pekat. Setelah pekat, tutup api dan biarkan sejuk dan kemudian dimasukkan ke dalam peti sejuk. Puding nasi ni sedap dimakan ketika sejuk.


Boleh juga letak madu atasnya untuk hiasan. Ni bekal untuk Dania bawak ke sekolah :-) 


Apa yang saya dapat simpulkan ialah susu pekat manis penuh krim F&N ni rasanya agak berlainan dengan susu pekat manis jenama lain. Bagi saya rasanya memang sedap. Kalau anda tak percaya anda boleh dapatkannya di Ben's Independent Grocer, Jaya Grocer, Pasaraya Hero, AEON, Jason Foodhall, Mercato, Village Grocer, Isetan, Cold Storage dan Presto Grocer. Harganya adalah RM5 untuk tin 329g. 

Kalau nak dapatkan idea resepi boleh layari www.fndairies.com 


9 comments:

  1. Yum, yum....saya kecil2 suka minum susu cap junjung....

    ReplyDelete
  2. Tengokpun dah tahu mesti sedap kan :)
    Lain dari yang lain :)

    ReplyDelete
  3. i pun suka mkn roti dgn susu pekat manis time kecik2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi banyak susu pekat manis lagi sedap kan? :-)

      Delete
  4. 1st time dengar.. mcm sedap je.. boleh cuba ni.. thanks for sharing..

    Selamat berkenalan.. :-)

    ReplyDelete
  5. 1st time dengar puding nasi.. nak kena buat ni

    ReplyDelete
  6. Susu ni mahal, kecik je dah RM5.10 kat Family Store Melaka. Tapi kira berbaloi berbanding susu tepung yg berbelas2 hinggit tu.

    ReplyDelete