Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, June 27

Trip to USA : San Francisco (Napa Valley/Fisherman's Wharf/Six Sisters/Twin Peak/San Francisco City Hall) Day 9 Part 2

Ke Napa Valley kita yer. Napa Valley ni tempat ladang anggur. Ingat dapatlah ambik gambar kat ladang anggur tapi ladang anggur tak pulak nampak yang dekat-dekat sini. Pelancong yang lain sibuk merasa wine. Saya dan Dania ambik kesempatan bergambar kat sini. 


Hubby ambik gambar kat sini. Dia kata macam perkampungan cowboy. Mementang masa kecik2 tengok cerita cowboy. 



Peti surat ni berwarna-warni ada burung, beruang. Tak sure mereka masih guna peti surat gaya gini ke lagi...


Lepas tu kami dibawa ke Fisherman's Wharf. Tour guide bagitau hidangan paling istimewa di sini ialah clam chowder dan ketam. 


Lunch kat bench ni. Burung laut banyaknya kat sini. Tahi burung pun banyak juga. 


Dania makan Nutella crepe yang kami beli semalam. Siap simpan dalam peti ais hotel. 


Ternampak orang bawa kereta kecik ni. Macam kereta mainan pun ada. 


Pier 39 antara Pier yang paling famous. Banyak Pier kat sini. Kat Pier 39 terletaknya Hard Rock Cafe. Saya singgah beli fridge magnet. Adik-adik saya pesan fridge magnet HRC. 


Boleh juga makan kat restoran ini tapi ada juga kedai kecik-kecik kat sini. 


Tumpang ambik gambar dengan teddy yang besar. Dania takut nak dekat2 sebab dia kata besar sangat. Saya tengok muka teddy ni cam takut sikit. 


Ada juga bus macam hop on hop off kat San Francisco ni. Kalau free and easy mau juga hop on kat bus ni. Disebabkan kami ikut tour, kena la menepati masa yang diperuntukkan. 



Masa ni beratur nak naik San Francisco Golden Gate Bay Cruise. INFO di sini. 


Setiap pelancong diberikan alat audio dan kita boleh memilih untuk mendengar siaran bahasa yang kita pilih. Kami pilih bahasa inggeris. Ada bahasa cina, sepanyol, bahasa indonesia dan lain-lain lagi. Melalui alat audio ni ada diterangkan tempat-tempat yang kami lewati semasa menaiki cruise. Tak payah guna tour guide nak menerangkan kepada para pelancong. Lama-lama saya rimas juga pakai headphone ni. Hehehe. 



Kami bertiga. 


Ni penjara Alcatraz. 



Cruise membawa kami menyusuri bawah Golden Gate Bridge. 


Saya memegang Golden Gate Bridge. 


Selepas menghabiskan masa selama 1 jam di San Francisco Golden Gate Bay Cruise, kami dibawa ke mercu tanda San Francisco. Six Sisters ni merupakan 6 rumah individu persendirian. Dipanggil 6 sisters kerana perumahan ini seakan-akan sama. Masa kami pergi tu, 2 rumah tengah renovation. Jangan lupa ambik gambar kat Six Sisters kalau datang San Francisco yer. 


Bergambar dengan hubby kat pokok yang sangat besar. 



Ni lah Twin Peak. Tour guide kata group yang pertama dibawa sebanyak 2 kali mendaki Twin Peak. Kali ni jarak penglihatan ok la compare dengan waktu pagi yang tak nampak apa-apa kerana diliputi kabus yang tebal. Tour guide kata, San Francisco ni terdiri daripada beberapa kawasan berbukit. Baru beberapa snap, bateri kamera pulak kong. Hmmm nak tak nak terpaksa naik bas awal. Malas pulak nak tukar kepada bateri yang baru. 


Ni bergambar kat bawah pokok berdekatan dengan San Francisco City Hall. Kalau tengok family yang berjalan 3 orang kat belakang tu, dari Malaysia tu. 



Ni preparation untuk event dalam City Hall. Nak masuk City Hall ni pun kena security check ya. 


Bergambar kat tangga City Hall. Feeling ala ala kat University di UK :-). 



Ni bangunan City Hall. Persis bangunan kat Washington D.C kan?. Waktu ni matahari direct kat atas kepala. 


Tugu terletak berdekatan dengan City Hall. Tugu apa? Saya pun tak tahu. 


Tiba di bandar San Francisco, bas berhenti di depan Hilton Hotel untuk lunch. 


Chinatown yang terbesar di USA terletak di San Francisco. Saya pulak nak mencari kedai makanan halal kat sini. Masa tengah nak melintas jalan, terjumpa dengan seorang muslim. Saya bertanyakan arah ke kedai makanan halal yang berdekatan. Nasib kami baik kerana beliau bekerja di bandar ini. At least beliau tahu selok belok di sini. 


Akhirnya setelah kami mengikut direction yang diberikan...........tak jauh dari Hotel Hilton San Francisco, di jalan Jackson ada kedai ni......



Ada juga couple muslim dengan baby tengah makan. Tak lama kemudian datang pula couple India dari Malaysia yang sama tour dengan saya. Hubbynya Dr gigi di Port Klang dan wifenya baru bersara. Beliau seorang guru. 


Order kami dah sampai. Prawn tandoori dan Naan. 


Ni pulak prawn biryani. Pergh terangkat betul prawn biryani ni. Udangnya besar-besar. 


Kalau nak tau boleh click INFO yer. Mana la tau nak cari kedai makanan halal kat San Francisco. 

Esok merupakan hari last tour kami kat bumi USA. Kami akan ke Yosemite National Park. 

8 comments:

  1. perrghhhh.. penjara Alcatraz.. teringat movie "The Rock". ada kawan yg pergi sini dulu, dan dia belikan saya t shirt "the rock". ada lg dlm simpanan. tp dah kecik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok penjara kat island ni nampak mengerikan. Saya cuma naik bot ajer. Tak singgah penjara ni pun. Oh ya?....rasanya macam pernah tengok movie tu.

      Delete
  2. Seronok tengok cerita perjalanan ke USA. Menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak tempat terasa macam dalam filem Hollywood

      Delete
    2. malam ni saya terbang ke San Francisco inshaAllah

      Delete
    3. Moga dipermudahkan urusan ke San Fran

      Delete
  3. Terima kasih ya atas cadangan restaurant Raavi tu. Saya mmg nak makan seafood.

    ReplyDelete