Thursday, June 19

Malam di Vegas Day 6

Kami tiba hotel dari Grand Canyon dalam pukul 4 petang. Dari lif ke bilik hotel kena lalu koridor yang sangat panjang. Rasa macam boleh sesat sebab ada banyak wing. 


Selepas mandi, rasa lapar balik jadinya masak ajer Indomie Vegetable yang kami beli kat kedai cina tu. Untunglah bawak periuk nasi ni. 


Pukul 5 lebih camtu kami plan nak explore Las Vegas ni. Dalam hati ada perasaan takut sebab selalunya ada negative view bandar USA waktu malam. Saya takut orang jahat ajer. Ni lah hotel yang kami duduk semasa di Las Vegas. Kami kalau travel kalau ada waktu terluang ajer mesti nak berjalan-jalan tengok area yang kami duduk tu. 


Bas ni macam bas pelancong Hop On Hop Off ni. 


Rasa bangga pulak ada perkataan Malaysia kat Las Vegas ni. Genting Group nak buat project kat sini agaknya. 



Salah satu souvenir shop di Las Vegas. Tak masuk tengok pun. 



Macam lukisan ajer gambar ni. 


Jejantas kat sini ada escalator. 



Cantiknya area ni. 


Kami menyeberang jejantas ni nak ke seberang jalan. 



Bandar Las Vegas waktu malam yang sangat indah. Tujuan kami nak ke Hotel Mirage sebab pukul 8.30 malam ada Volcano Show. 


Tiba ajer kat sini, kami dah terlepas Volcano Show. Aisehhhh...tapi baru saya tau yang volcano show ni setiap 30 minit. Kalau tunggu bolehlah kami tengok show ni. Takde rezeki kami sebenarnya. 


Malam hari kat Vegas ni sangat cantik sebab berlampu berwarna-warni. 



The Venetian Hotel. 



Ni Hotel The Mirage. 


Malam hari di Vegas dengan penampilan lampu yang berwarna-warni. Ceasar's Palace tempat Anita Sarawak perform dulu. 


Nak balik ke hotel, kami masuk The Venetian. Nampak cafe Buddy Cake Boss. Alahhhh yang ada kat TLC Astro tu. 


Hubby teringin nak makan kebab kat Las Vegas ni. Hubby tak dapat kebab tapi dapat beef kabob. Terjumpa kedai halal ni secara tak sengaja. 5 minit berjalan kaki dari Riviera Hotel tempat kami menginap. Masa ni memang kami nak balik hotel ajer sebab perut pun dah lapar tapi ternampak pulak kedai ni. Haruslah singgah. 


Ada sijil halal lagi di Kabob N More. 


Kami order beef kabob, chicken tikka masala dan naan. 



Close up beef kabob. Beef dipotong memanjang gini.


Chicken Tikka Masala siap tapau lagi. Bolehlah buat lauk untuk lunch esok. Nak tau lebih lanjut tentang Kabob N More click SINI


Ok. Selamat malam semua. esok kami nak pergi ke Premium Outlet pulak Check it out ya!!!


Kat bawah hotel kami ni casino. Tapi tak pulak saya ambik gambar....

5 comments:

  1. hehehe memang excited bila jumpa tmpt mkn halal ;)

    ReplyDelete
  2. Masak maggi tu memang legend..memang takble lari maggi ngan rakyat malaysia kan?

    ReplyDelete
  3. tak kira lah apa makanan dia hidang pun, tapi nampak haLAL kat overseas tu macam budak kecik nampak satu rumah penuh dengan coklat hehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails