Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, June 26

Trip to USA : San Francisco (Lombard Street/Palace of Fine Arts/Golden Gate Bridge/Jelly Belly Company) Day 9 Part 1

Entry ni terpaksa saya pecahkan kepada 2 sebab terlalu banyak gambar yang saya nak share dan banyak tempat yang kami lawati hari ni. Waktu pagi, kami dibawa ke Twin Peak. Bukit yang paling tinggi di San Francisco sebab nak tengok permandangan seluruh bandar San Francisco tetapi cuaca berkabus jadinya terpaksa turun balik. 

Dalam perjalanan ke Twin Peak, kami lalu kawasan 'gay'. Kalau anda nampak bendera ala ala pelangi ni menandakan ni perkampungan 'gay' yer. Perkahwinan sejenis legal di San Francisco. 



Kemudian ke Lombard Street. Jalan paling curam dan berliku di dunia. Ni kira morning exercise kami ni. 


Ni muka orang yang lenguh nak mendaki jalan ni. Kecuramannya boleh dikatakan 45 darjah. Orang sakit lutut tak boleh tinggal kat sini ni. 


Ewahhhh gaya yang sama dengan kat belakang tu. Yang belakang tu tengok kamera kami la pulak. 


Itulah sebabnya ada tram ni. Bila nak turun / naik bukit boleh naik tram. 


Saya suka gambar ni :-) berlatarbelakang bandar San Francisco. 




Jalan berliku dengan selekoh yang tajam. 


Stop seterusnya ke Palace of Fine Arts. Saya ingatkan nak masuk muzium rupanya ambik gambar kat luar ajer. Cantiknya kat sini. Bagai kat taman di Eropah. 


Purpose kat sini cuma nak ambik gambar permandangan yang sangat memukau. Dania mintak saya snap gambar dia dengan itik. 


Gambar ni diambil oleh Pak Iwan. Wahhhhh bagaikan baru berpacaran. Hehehehe. Ada group yang sama dengan saya dari Vietnam yang cakap kat saya dan suami....you should kiss her.....


Lepas tu kami ke Golden Gate Bridge pulak. Photo ni Pak Iwan jugak yang ambik gambar. Jenuh la dia kata satu lagi Pak Hasbullah....satu lagi......nice.....beautiful.......lepas dah snap beberapa photo, time hubby ambik gambar Pak Iwan pulak. Pak Iwan ni travel sorang2. Dok la tunjuk kat saya koleksi gambar yang dia paling suka hubby ambik. Pak Iwan suka jika gambarnya dekat. Ohhh kalau saya, suka lagi gambar jauh. Tak le nampak gems. Hehehe. 


Ni antara koleksi gambar yang paling saya suka. Gambar ni Pak Iwan yang ambik. Nampak sayup ajer Golden Gate Bridge. Diliputi kabus yang tebal. Kat San Francisco ni memang kabus ni satu kebiasaan. Cuaca pun sangat best dan paling penting tak panas macam di Los Angeles dan Las Vegas. San Diego masa kami pergi Seaworld pun panas tapi sekurang-kurangnya berangin. 


Tempat yang kami nak melawat lepas ni syurga buat kanak-kanak. Jelly Belly Company. 



Saya ambik gambar Dania kat tangga Jelly Belly yang colorful ni. 


Kat bumbung ada maskot Jelly Belly. Ikutkan tour ni ditukar ke saat akhir. Kami sepatutnya melawat Stanford University. Disebabkan prosedur University nak menghadkan pelancong yang datang ke University, maka kami pun melawat Jelly Belly. 


Beratur sini kalau nak merasa candy. Kami tak rasa pun sebab tak tau yang mana yang halal. Ada candy kat sini yang dicampur dengan beer. 


Berwarna-warni. 


Budak-budak yang pakai topi ni melawat tempat pembuatan Jelly Belly di tingkat atas. Kami tak pergi pun sebab kekangan masa. 


Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan yang memang meminati Jelly Belly beans dan sentiasa ada satu balang di atas mejanya di White House. INFO Mukanya digubah oleh Jelly Belly beans. Kreatif kan? 


Jelly Belly ada mengeksport candy ke seluruh dunia. My friend kata ada brand ni kat Malaysia. 



Lepas ni Part 2 pulak. Nak habiskan cepat entries kat USA ni. :-) 

5 comments:

  1. Gambar u berlatar belakang kan golden gate bridge memang sangat cantik

    ReplyDelete
  2. Suka suma pic entry ni... Especially pic akak n hubby. Baju n tudung pun sgt sweet :)

    ReplyDelete