Masa nak booked flight ke Los Angeles, saya ada buat homework nak naik flight yang mana. Tiba-tiba saya came across Eva Air yang ada Hello Kitty Jet ke Los Angeles. Maka saya pun puaslah tengok jadual Hello Kitty Jet tu nak bagi cantik timing pergi dan balik moga ada terkena Hello Kitty Jet. Nasib saya baik kerana kebetulan pergi dan balik terkena dengan Hello Kitty Jet. Saya tempah tiket flight dari company Pak Engku Kuzie Catering yang kebetulan ada travel agency di kawasan rumah saya. Boleh click SINI untuk info. Flight dari Taipei ke Los Angeles pada 28 Mei 2014 pada mulanya Hello Kitty Jet tetapi disebabkan ada flight rescheduling maka Hello Kitty Jet tidak disediakan tetapi makanan, barangan Hello Kitty ada juga disediakan di dalam flight. Ada juga flight rescheduling yang tidak menyediakan barangan Hello Kitty di dalam flight. Actually, Dania dan saya dah teruja dah nak merasai pengalaman Hello Kitty ni.
Masa masuk ajer dalam flight Eva Air ni, saya disapa oleh lapik tempat duduk Hello Kitty.
Sarung bantal pun Hello Kitty.
Plastik headphone Hello Kitty.
Sudu, pisau dan garfu Hello Kitty. Saya tanya pramugari boleh tak bawak balik. Pramugari kata boleh. Yay...teruja sungguh. Teruslah cuci2 then masuk dalam beg. Hehehe.
Tisu lembab Hello Kitty dan Dental Floss Hello Kitty.
Comel betul pramugari pakai apron Hello Kitty. Pramugari pun boleh berbahasa Inggeris ya. Pramugari ni tengah menghidangkan kopi panas.
Beg mabuk udara pun bertemakan Hello Kitty.
Masa nak balik Malaysia, flight BR15 jam 1.35 pagi dari Los Angeles ke Taipei adalah Hello Kitty Jet. Yay. Finally. Masa nak daftar kat Tom Bradley International Terminal pun ada Hello Kitty stand kat kaunter. Itu pun dah buat kami teruja. Ramai juga yang naik Eva Air ni yer.
Ada 2 flight Eva Air pagi tu yang pergi ke Taipei. Cuma 1 ajer Hello Kitty Jet iaitu pesawat Eva Air dengan kod BR15. Flight kami pukul 1.35 pagi. Flight lagi satu pukul 1.15 pagi.
Dapat boarding pass Hello Kitty. Kami dapat terus boarding pass dari Taipei - Kuala Lumpur. Bag2 kami pun terus direct ke Kuala Lumpur.
Inilah Hello Kitty Jet kami.
Beginilah rupa Hello Kitty Jet dari Los Angeles ke Taipei.
Photo taken from google.
Bag tag kami juga Hello Kitty. Kalau ikutkan hand carry pun ada tag Hello Kitty tapi kami tak dapat pun.....
Bag tag kami juga Hello Kitty. Kalau ikutkan hand carry pun ada tag Hello Kitty tapi kami tak dapat pun.....
Sempat lagi masuk ke bilik air semata-mata nak ambik gambar ni. Cawan nak berkumur Hello Kitty.
Semuanya berkonsepkan Hello Kitty.
Kad keselamatan penumpang pesawat berkonsepkan Hello Kitty. Comel kan?
Screen di monitor juga Hello Kitty. Kita tak akan jumpa ni kat flight rescheduling. Hanya istimewa dibawakan khas oleh Hello Kitty Jet.
Ini special meal saya ni. Saya request muslim meal. Ada juga carrot dipotong dengan ribbon Hello Kitty.
Kalau meal yang biasa rupanya macam ni....
Photo taken from google.
Bag mabuk udara ni.
Tisu tandas Hello Kitty.
Cawan jus Hello Kitty. Memanjang la mintak apple juice.
Lapik tray Hello Kitty.
Gula Hello Kitty.
Bantal Hello Kitty.
Gambar Hello Kitty ni kat Business Class.
Tiba ajer kat airport Taiwan.......comelnya kan?
Mereka yang berminat nak merasai pengalaman menaiki flight bertemakan Hello Kitty boleh check it out kat sini. http://evakitty.evaair.com/en/TimeTable.aspx Nak tengok Hello Kitty Jet ni pergi mana boleh click sini pulak http://evakitty.evaair.com/en/FlightRoutes.aspx Flight dari Malaysia - Taipei, Taipei - Malaysia pun saya ambik Eva Air. Senang. Kalau delay ke apa, Eva Air ni boleh arrange connecting flight yang lain.
Inilah pengalaman paling bermakna buat saya dan Dania. Ayah Dania tak heran pun. Hehehe. Amacam...you alls teruja tak dengan pengalaman ni???
wahh...comelnye semua ada logo hello kitty..kalau sayalah harus simpan wat kenangan boarding pass tu..
ReplyDeletewah, sana sini sinun hello kitty
ReplyDeletebukan takat anak je yg senyum lebar
maknya pun sama lompat bintang hihi
wah santeknye.... bila lah nk merasa ni
ReplyDeletearghh..suka nyer!!
ReplyDeletewaaaaaa so excited to see all hello kitty stuff ;)
ReplyDeletesiyes sgt besh!!!
ReplyDeleteaduh comelnya suma hello kitty..boleh histeria saya tgk ni..omeyyy2..hehe:P
ReplyDeletein my dream aje lah nak rasa semua ni
ReplyDeleteibuemir