Tour ke Grand Canyon ni, kami kena bangun pukul 4.45 pagi. Kalau macam tu, saya kena bangun awal lagi daripada tu sebab nak sediakan bekal lunch nanti. Naik ajer bas, tak lama lepas tu terus tertdur sampailah dah tiba kat Grand Canyon. Punyalah mengantuk. Tambahan pula bas yang kami naik sangat selesa. Pastikan memakai sunblock yer sebab suhu waktu tengahari boleh mencecah sehingga 50 darjah celcius. Fuhhhh memang panas.Tiba Grand Canyon dalam 7-8 pagi. Tiket nak masuk ke Grand Canyon West Rim ni adalah USD80/pax. Termasuk lunch yang akan disediakan dan juga sijil Grand Canyon West Rim. Grand Canyon West Rim dijaga oleh Red Indian dari puak Hualapai. Of course lunch kami makan lunch yang kami masak ajer.
Masa ni tengah tunggu our tour guide mendapatkan tiket kami. Devi pun pernah pergi Grand Canyon tapi beliau gi Grand Canyon South Rim. Mungkin boleh tengok permandangan di sana bila Devi update blog. Orang kata permandangan Grand Canyon South Rim lagi memukau.
Ternampak helikopter berlegar-legar kat sini. Saya tak ambik pun pakej helikopter ni sebab mahal. Dalam USD200++ / pax.
Ada 2 point kat sini. Eagle Point dan Guano Point. Kena naik bas untuk ke Point ni. Pemandu bas ni saya agak la berumur dalam 60 tahun ni. Steady je bawak bas.
Inilah Grand Canyon. Sangat cantik.
Kaki saya dan Dania di Grand Canyon. Seram jugak nak berdiri dekat sini. Saya la yang gayat.
Bergambar berlatarbelakangkan Skywalk. Hubby teringin nak naik Skywalk tapi saya dan Dania tak berani. Lantainya dari cermin yer. Boleh tengok bawah. Kalau anda berani cubalah.
Saya suka gambar ni. Tak tau kenapa. Boleh tengok deretan tempat makan berpayung.
Boleh lunch kat sini atau di Guano Point. Tunjuk ajer kupon meal yang dapat sekali dalam pakej tiket tu. Kat sini lunch berkonsepkan asian food.
Kami rehat kejap makan buah anggur. Dania dah kata lapar dah. Padahal pukul 9 pagi je ni.
Di kejauhan boleh nampak rumah puak Red Indian.
Me and hubby. Hasil lensa Dania ni.
Dania dengan pokok kaktus. Tour guide ada pesan supaya jangan memijak rumput. Takut-takut ada rattle snake.
Dania kata kenapa mereka menari macam tu? Ke depan ke belakang ke depan ke belakang ajer?. Dania....tengok la tu orang yang dah tua. Tak laratlah nak menari sangat. Ada yang pakai tongkat lagi. Ni la wanita puak Red Indian Hualapai.
Kami sembur sunscreen ni lah. Perlindungan sehingga 100 UV.
Lepas sejam habiskan masa di Eagle Point, kami menaiki bas ke Guano Point. Rasanya Guano Point ni lebih cantik.
Kali ni bergambar bersama di Guano Point. Dania dan saya akan ke bukit kecil belah kiri jap lagi....
Kat sini kami ambik mineral water dan kopi untuk saya dan hubby buat lunch kami. Makanan kami tak ambik. Tengok couple Korea yang honeymoon kat meja kami tu mereka dapat ayam panggang dengan sayur dan fries. Sedapnya nampak. Kepada bukan muslim boleh pilih makan kat Guano Point. Tour guide kata lagi sedap ya!!!. Kami makan rendang ayam Brahim. Hehehe.....Kemain cantik permandangan kat tempat kami makan ni.
Nampak pulak tupai tanah yang jinak ni. Dania siap pegang2 bulu tupai ni. Kasar katanya.
Cuaca yang sangat panas sebab nak menghampiri waktu tengahari.
Ni lah bukit kecik yang saya dan Dania pergi tu. Dania ada hati nak naik atas tu.
Dania dan saya. Baru saya perasan, kat tapak kaki saya macam crack ajer tanah tu.....
Hubby dan Dania nak ambik gambar dengan burung gagak. Kat Malaysia takde burung gagak ke?. Saya seram nak duduk-duduk kat tepi gaung tu weiiiii......ishhhhh.....
Ni tempat duduk kat luar. Kami pilih tempat duduk dalam kanopi.
Dalam kol 11.30 dah menaiki bas nak ke pintu masuk. Puas juga la menghabiskan masa dalam 3-4 jam kat sini dan menikmati permandangan yang jarang dapat tengok. Bas kami tunggu pukul 12.15 tengahari.
Masuk kedai souvenir. Macam-macam ada.
Akhirnya dapat sijil dah pernah datang ke Grand Canyon West Rim :-)
Ni lah tiket Grand Canyon West Rim.
Bas yang akan membawa kami ke hotel di Las Vegas.
Kalau ada anak-anak kecil dan nak melawat Grand Canyon, saya rasa tunggulah mereka besar sikit. Bukan apa seriau tengok tebing gaung yang takde railing. Kalau nak datang juga, kena jaga betul-betul anak-anak kecik tu ya.
Singgah juga Hoover Dam. Terletak di pertengahan diantara Nevada dan Arizona.
Ada security check juga.
Rasanya tempat ni ada dalam scene Transformer.
Tengoklah betapa panasnya cuaca kat sini.
Nak tengok permandangan boleh guna teropong ni. Murah ajer 25 sen ajer.
Photo satu family. Suruh pelancong dari negara China tolong ambikkan gambar.
Emas ada dijual di sini. USD12 je kot 1 botol.
Lepas ni entry shopping kat premium outlet. Yay......
ya allah ya allah seronok nyer!!!
BalasPadami dah lama teringin nak pg sini...
BalasPadambestnya ezz
huwaaa gayatnyerrr!!! saya yang tgk je ni pun dah gayat hahahaa tapi syok laaa dapat tgk live kan???.. :-)
BalasPadamFara
Fara Menulis Tentang..
wah dpt sijil..i tak dpt sijil kat south rim..sebab kat sana tak commercial sgt.tapi i think both west and south ada keunikkan sendiri. apa pun best finally dpt sampai ke one of the wonders of the world.
BalasPadamand hoover dam! omg! i rasa i mcm dalam scene transformer bila sampai sana..tersergam indah besar ! haha
BalasPadamwaaaa ada pic lovey dovey u dgn mr hubby tu ;)
BalasPadamdalam banyak2 entry i macam teruja tengok grand canyon ni. :)
BalasPadamamboi romantik gambar gitu.. kalau jadi artis habiss dah :p
Salam .menarik cerita puan .
BalasPadamDari Las Vegas ke GC ni . Guna package bas sekali tiket masuk ke GC ker . Atau asing2 . Ini adalah 1 day trip . Boleh sy tahu syarikat service d sana yg puan guna utk ke GC ni.
Bcafaisal 0108907275
Kami menggunakan pakej Tours4fun sepanjang kami di USA. Kalau nak pakej GC cuba tengok Tours4Fun dan Gray Line @ www.grayline.com
Padam