Sabtu, Jun 14

Trip to USA (Walk of fame / Universal Studio Hollywood) Day 4

Hari ni destinasi ke Walk of fame dan seterusnya ke Universal Studio Hollywood. Photo hubby ni kat Walk of fame ni. 


Cuaca yang agak panas menyebabkan ada kesan bayang-bayang kat sini. Bila saya bangun ajer, baru saya perasan saya pijak kat petak Michael Jackson. Ada tapak kaki beliau kat sini. Saya ambik gambar kat bintang Twilight Robert Pattinson dan Kirsten Steward.


Saya digelakkan dek mat salleh bergambar kat sini. Errr saya ada rupa Godzilla yer?...huhuhu



Ni la bandar Los Angeles ya. Lengang lagi di pagi hari. 


Dolby Theater.



Hard Rock Cafe dah bukak pepagi ni. 



Satu family bergambar bersama Big Bird. Character ni ada kat Seaworld semalam. 


Di Universal Studio Hollywood, tour guide bagi tips supaya kami main rides di tingkat bawah sekali sebab rides yang paling popular. Tambahan pula hari ni hari minggu. Crowd dijangka akan bertambah ramai. 



Curamnya turun escalator kat sini.


Hubby bersama gang Apollo 13



Masa nak main rides The Mummy ni kena simpan beg kat dalam locker. Jenuh la cuba macamana nak masukkan beg dalam locker. Guna cap jari lagi haa...


Masa rides ni, Dania berair mata masa beratur. Hehehe. Dania takut nak masuk. Takut ada mummy kot. Mummy ni siap boleh reverse dengan laju roller coaster tu. Uiiiiiiii seram. 



Lepas Mummy naik rides Transformer pulak. Wahhhh ngeri sungguh bila tengok Megatron kejar kami. Akhirnya Optimus Prime menyelamatkan kami. Yay.....


Tak lepaskan peluang ambik gambar dengan Optimus Prime. Ada masa mereka keluar dari bilik ini. Kita kena tengok robot apa yang akan keluar mengikut jadual. Petang sikit Bumblebee pulak. 


Sebelum tu Megatron....macam takut jer...muka sangat scary. 


Lepas tu cari port nak lunch. Siap bawak pinggan kertas. Senang buang ajer lepas makan. Tak payah nak basuh dah. Apa yang saya perhatikan kat US ni. Walaupun kita tumpang makan kat tempat / restoran mereka....takde pulak mata-mata tajam yang memandang. Cuba buat kat tempat kita. Kalau tak pandang pun ada tulisan No Outside Food Allowed. Ye tak? 



Dora, Dania, Diego. 3 D's. 



Nak pergi Studio Tour pulak. Highly recommended ni. 


Masa ni panas sungguh. Nasib baik teringat nak bawak cap dari Malaysia. 



Atas tram Studio Tour ni. Ada kereta Knight Rider. Saya tengok cerita ni dulu. 


Kereta dalam cerita Transformer.



Dalam tram ni kami menyaksikan sedutan movie apa tah tapi kali ni real punya. Ada lori terbakar. Tetiba keretapi berlanggar dan meletup. Scary sebab dapat merasakan bahang api tu. 



Kami naik Minion rides pulak. 3D rides pakai cermin mata 3D rasa macam betul2 jatuh la terjunam la dalam rides ni. 




Dengan Simpson pulak. Kalau awal2 ada isteri Simpson ni tapi now takde pulak. 


Budak-budak berendam time summer ni.


Kawasan ni kawasan Great Britain. 


Ambik gambar dengan Scooby Doo yang lalu depan kami. 



Pekena cotton candy jap. Sedondon dah dengan warna baju Dania. Pink dan Blue.  


Lepas tu cam ada parade. Lalu lah Woody Woodpecker ni. Siapa tengok kartun ni?.



Ambik gambar kat sini dengan tulisan Hollywood. 


Photo satu family. 


Photo yang ni guna tripod. Nak tunggu orang takde kat globe ni susahlah. Jadinya ambik ajer gambar. 



Melompat kat sini. Dania ni memang ikut ummi buat apa ajer. 



Inilah kunjungan kami yang pertama ke Universal Studio. Kami tak pernah pergi ke Universal Studio Singapore. Rasa seronok dapat cover Universal Studio Hollywood. 

Tiba ajer hotel, kami keluar berjalan kat town. Tak lah besar sangat. Dalam 15 minit berjalan kaki jugaklah. 


10 ulasan:

  1. suka sgt tempat ni....

    how i wish one day leh bw kids dtg sini... :)

    BalasPadam
  2. I rasa Simpson ride sangat cool sebab kita actually duduk kat seat jer.tapi mcm turun masuk mulut giant anak dia-maggie. Syok.transformer pun best. Cepatnyer u update blog.. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Simpson ride naik, Minion ride naik, Shrek 4D pun tengok tapi i tak letak sini. Banyaknya gambar...hehehe...ya betul seat kita je naik turun kan? But still......sangat scary ok.... :p

      Padam
  3. Tetiba rasa teringin nak ke sana dengan gambar dan kwasan yang cantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kawasan yang baru. Wait till you see San Francisco. Blog post akan datang :-)

      Padam
  4. nampak mcm USS hollywood lebih kurang jer dgn USS singapore tp singapore punya USS kecik sikit lah ;)
    cute jer pic u melompat tu hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adik i yang pergi USS kata syok sangat. Tu yang i teruja nak masuk Universal Studio ni. :-) I rasa best lagi dari Disenyland....hehehe

      Padam
  5. Bestnya dpt g universal studio.us..teringin nak g..huhu..

    baru jumpa blog u...so baca entry u g us secara terbalik....baca latest entru dulu..haha

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Permulaan semester baru 2024/2025

Alhamdulilah. Semalam merupakan hari pertama semester baru di UPM. Tengah malam tadi disebabkan Dania tukar program jadinya baru la dibuka s...