Tuesday, June 24

Trip to USA Las Vegas - LA (Fashion Outlet Primm Valley, Tanger Outlet, Barstow) Day 7

Hari ni nak ke Premium Outlet. Kena berkumpul kat lobby hotel pukul 4.45 pagi. Subuh kat Las Vegas dalam pukul 4.15 pagi. Pukul 4.30 pagi dah dapat morning call dah. Kami dah get ready sebelum tu lagi. Selalunya kalau call time pukul 4.45 pagi, saya bangun pukul 3.45 pagi. Breakfast pun makan nasi. Hari ni on the way nak balik ke Los Angeles semula, kami akan singgah premium outlet di Las Vegas ni. 


Yang ni panaskan balik chicken tikka masala ni. Nasi dah siap masak dah malam tadi sebelum tidur. 


Beg pun dah beranak 1. Nak get ready shopping kat shopping outlet nanti. Masa kat Malaysia, beg Dania masuk dalam beg yang besar sikit. Beg dalam beg. Jadinya bila nak shopping keluarkan beg Dania dari beg yang besar tu. 


Bas Hello Kitty ni yang kami naik. Err tak habis lagi dengan tema Hello Kitty. Hehehehe.


Yay....ni lah first stop. Fashion Outlet kat Primm Valley. 


Nike ni memang tak masuk pun. Saya ada list nak masuk kedai mana sebab adik beradik saya kirim. Ada seorang kawan saya, anak dia satu sekolah dengan Dania pun kirim jugak. 


Ok MK ni 2 adik beradik saya kirim. Seorang je dapat MK manakala lagi seorang tak dapat MK dier. Selma large takde pulak kat outlet ni. 


Kate Spade ni memang dah lama saya dok perati kat KLCC tapi sabar ajer sebab plan nak pergi US kan. Jadinya ada la saya beli 1 handbag dengan purse kat sini. Hadiah harijadi adik saya pun saya beli kat sini. Wristlet Kate Spade. Ada 40% off tu. 



Jalan-jalan melilau sebab nak mencari kedai dalam list yang saya kena pergi. Ada 1 jam 30 minit ajer. 


Gap ni pun saya tak sempat nak masuk. 


Ni lah barang yang dibeli. Coach, Michael Kors, Levi's, Kate Spade. Levi's pun ada sale kat sini. Hubby punya 501 hanya USD19 lebih kurang RM66.50 duit kita. Berbaloi tak?.....Kat Malaysia berapa?....Coach pulak ada 50% off. Dah la murah dari Malaysia lepas tu bagi lagi 50% off. Mana la tak saya meroyan kat situ. Hehehe. Memang berbaloi. Even convert dengan duit kita, memang save banyak tau...Masuk dalam Levi's hubby jumpa 2 orang dari Los Angeles adik beradik yang sama dalam tour ke Las Vegas. Mereka berdua tak beli apa-apa pun tapi terkejut bila saya cakap exchange rate Malaysian Ringgit to USD - RM3.50. Kat kiri kanan tangan saya penuh shopping bag. Barang orang kirim lagi banyak pada barang sendiri sebenarnya. 


Ni premium outlet yang kedua. Yang ni Tanger Outlet kat Barstow. Masa shopping kat sini 1 jam ajer. Memang tak patut sebab kat sini nampak lagi best.


Coach kat sini kena beratur?. Ramai pelancong negara China masuk Coach. Saya berlari ke tempat lain dulu baru masuk Coach. Hubby ke Timberland. Hubby kata barangan Timberland murah berbanding kat Malaysia. Sehelai seluar panjang USD29 dan seutas jam Timberland USD89. Rata-rata harga bawah USD100. Kalau beli 2 barangan lebih daripada USD100, dapat lagi 20% off.  


Deretan bas pelancong kat sini. Rata-rata dalam 90% adalah pelancong dari negara China yer. 


Tour guide saya ni belah kanan ni. Erkkk gaya ganas tak?...hehehe.... Sebenarnya masa nak ambik gambar tetiba dia posing gitu lak. Hishhhh...


Ni lah hasil shopping kami kecuali patung Marie yang beli kat Disneyland. Sweater GAP Dania ni USD20. Ada discount 40% lepas tu sebab ada sticker tour group dapat lagi 10% off. Kat Malaysia selalunya harga beratus. 


Tiba ajer kat Hotel Quality kami rehat kejap kemudian jalan-jalan ke bandar yang terdekat dengan hotel kami. 



Sepanjang perjalanan ternampak pokok ini. Dok tertanya-tanya ni pokok apa. 


Rupanya pokok apple. 


Hotel Quality inn and suites Walnut. 


Dania kat depan hotel dan pokok palm yang sangat tinggi. Pokok palm ni pun ada kat Malaysia ni. 


Hubby dok sibuk mendobi kat hotel. Kena guna duit syilling ni. Dalam USD2.75. 


Esok kami nak pergi tour ke San Francisco. Saya update later ya....tunggu...

6 comments:

  1. i pun boleh jadi giler kalau tengok sale macam tu, dah la harga dah murah dari malaysia, dapat lagi discoutn pulak tu..

    ReplyDelete
  2. Bestnya dpt shopping kt sana...murah sgguh la hai....memang bleh tahap royan sopping kalo i yg g...hehehe

    ReplyDelete
  3. Kalau nak murah lagi, masuk Ross. Store yang jual branded items selepas seasons, boleh dapat dgn harga kaw-kaw murah. Tp yang kak dapat tu dah cukup murah tu 50% less, sini haram nak dapat less barang baru.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails