Friday, June 13

Nippon Paint Tolong RumahKu! Bersama ERA : :Lihat transformasinya: :

Bila dah keluar video kat Era FM maka saya pun bolehlah keluarkan blog post ni. Pada hari mereka datang mengecat rumah kami, betul-betul seminggu sebelum kami akan berangkat ke USA. Dalam hati, nasib baik mereka schedule pada tarikh yang kami masih di sini kalau dibuatnya schedule masa cuti sekolah, sah sah rumah kami kena reject kan. Mereka pun ada tight schedule. 

Ok. ni lah warna cat yang kami pilih untuk cat Nippon Momento. Warna Wonder Wood. Belah kanan sekali yang tengah. 


Langsir dah mula ditanggalkan. 


Sawang mula dibersihkan. Ikutkan memang saya dah bersihkan sawang yang ada pun. 


Tukang cat yang ni sibuk mengecat meja makan saya. Tak lokek dengan senyuman sebab nak awet muda katanya. Hehehe....


Cat lapisan pertama.


Hubby berborak dengan Haniff dan Ray. Masa ni baru tiba dari office ni. Waktu ni masa rehat. Hubby kena lari kejap sebab pemenang ni nama hubby. 


Ray yang ceria. 


Banyaknya kereta di rumah saya. Photo ni 2 kereta ajer tapi hakikatnya ada beberapa biji kereta. 


Dania makan bihun dulu sebelum saya hantar ke sekolah agama. Saya pun lari-lari kejap nak hantar ambik Dania ke sekolah. Hari ni Dania ada exam kat 2-2 sekolah. 


Gaya seorang Ray


Ni gaya seorang Haniff pulak. 


Banyak saya snap gambar. Bukan selalu deejay datang rumah. 





Rumah kami dijangka siap cat pada jam 5 petang tetapi drag sehingga jam 6 petang. Ni Ray, wakil Nippon nama Nawwar dan Haniff. 


Saya, Dania bersama deejay Era FM Ray dan Haniff. Saya cam isteri Haniff ni sebab isteri Haniff anak saudara kawan saya masa belajar dulu. :-) Lepas tu wakil Nippon kata haaa kenal mesti kroni ni. Hehehehe......padehal yang pilih entry hubby saya adalah juga wakil Nippon yer...(bos Nawwar yang pilih). Oh Nawwar yang sangat manis.... :-)


Ruang makan saya. 


Deejay Era FM yang soh ambik gambar kat sini pulak. Nippon Paint cat habis ruang bawah rumah saya. Terima kasih banyak-banyak :-)


Saksikan video transformasi rumah saya oleh Nippon Paint. The paint expert!!!

7 comments:

  1. wah!best nyer dapat cat umah..tahun nie raya lebih cantik dan lebih ceria...:)tahniah :)

    ReplyDelete
  2. bestnyer..free ke semua kak..akk join contest ape?

    ReplyDelete
  3. best rumah di makeover...raya menjelang ceria ngan view baru...tahniah ezna

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails