Friday, June 13

Trip to USA (Seaworld, San Diego) Day 3

Hari ketiga kami nak pergi Seaworld. Seaworld terletak di San Diego dan mengambil masa 2 jam perjalanan dari hotel kami. As usual, pepagi lagi saya dah bangun dan siapkan lunch kami. Nasi dah siap masak malam sebelumnya. Cuma nak panaskan ajer. Saya bawak 2kg beras ke USA.


Tiba di san Diego, boleh memilih untuk menaiki cruise mengelilingi lautan di San Diego. Saya memilih untuk meneruskan perjalanan kami ke Seaworld. Kelam kabut nak kejar jadual waktu pertunjukkan Shamu si ikan paus. Highlight kat Seaworld San Diego adalah pertunjukkan Shamu. Rugi kalau tak menonton ya. 



Besar sungguh Killer Whale ini. 


Siapa yang duduk barisan hadapan ni memang free shower ya. 



Mereka menyelamatkan haiwan di sini. Malas nak baca...


Dolphin Point ni kalau kita nak up close and personal dengan dolphin. Dolphin tu lalu ajer. Tak berenang dekat-dekat pun. 


Next stop di mana ya?...


Nampak macam burung tipu tapi ternyata ini flamingo yang asli. 


Cutenya....


Jadual pertunjukkan ada diberikan jadinya kami memilih untuk menonton pertunjukkan dolphin pula. 


Syoknya kena tarik dengan dolphin ya....



Lepas tu cari port nak makan lunch lah....


Nasi putih dengan serunding ikan tuna dengan buah epal untuk makan tengahari kami. 



Dania nak naik ni pulak. 



Tak dapat main cawan kat Disneyland, Dania main cawan kat Seaworld pulak. 


Paling seronok dapat bergambar dengan character dari Sesame Street. 



Ada tempat main kanak-kanak kat sini. Seronoknya melompat....


Kami solat kat tempat ni. berdekatan dengan roller coaster Manta. Tak ramai orang lalu kat sini. Kalau kat Seaworld Gold Coast memang ada bilik solat. Kat sini takde. 


Nak pegang ikan pari ni tak le. Seram je tengok bila ikan pari hitam berenang dekat dengan kita. 


Tenang betul kat Seaworld. Orang tak ramai. Nak naik apa-apa tak payah beratur panjang. Termasuklah nak naik kereta kabel ni. Gayat wehhhh....kereta kabel ni lalu kat air laut. Panorama yang sangat memukau. 


Ni pertunjukkan singa laut dengan memerang. I tak tau pun memerang pun boleh diajar. 



Naik ride lagi. Berani Dania naik sorang-sorang. 



Yahoooo....saya pun teringin nak ambik gambar dengan character Cookie Monster dan apa tah yang lagi satu. Macam Mamee Monster tapi Mamee Monster tu gemuk lagi. Masa ni Dania tengah naik ride. Hubby yang tunggu. 


Ni cleaning fish. Letak je tangan menderu ikan datang. Hubby punya tangan banyak nak dimakan oleh ikan kot. Hehehe. Saya letak kejap dah menjerit. 


Tour guide ambik kami pukul 5.00 petang. Sambil tu kami berphotoG kat sini dulu. 


Ada koala di California. Kami dah pernah jumpa Koala di Caversham Wildlife Park, Perth Australia. Tak pergi San Diego Zoo pun dalam pakej kami. 


Unik sangat daun macam ni. 



2 comments:

  1. u bwk rice cooker ker ezz? jimat banget tu..tak pyh fenin2 cari mknn halal ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawak suzz. Sebab kami ikut tour jadinya tak tau nanti mereka stop kat mana :-)

      Delete

Related Posts with Thumbnails