Wednesday, June 25

Trip to USA : LA - San Francisco (Solvang/Monterey/Silicon Valley) Day 8

Pagi lepas breakfast kami telah dibawa menaiki kenderaan persendirian oleh tour guide kami bernama Angela. Beliau berasal dari Taiwan dan dah lama menetap di Los Angeles. Kami dibawa ke meeting point di sebuah hotel. Kalau tak silap saya Best Western Plus, Markland Hotel. 


Bas yang nak ke San Francisco sangat selesa. Trip ke San Francisco kali ni baru kami berjumpa dengan group dari Malaysia. 1 group cina dan 1 group couple India. Jadinya 1 Malaysia. Hehehe. Seronok juga sebab boleh la berborak guna Bahasa Malaysia ajer. In fact, kakak India tu yang tegur saya. Dari Malaysia yer? Masa tengah beratur nak masuk washroom. Seronok sangat dapat jumpa orang Malaysia. 


Ni lah tour guide kami ke San Francisco. Saya puji beliau kerana beliau banyak explain guna 2 bahasa iaitu bahasa cina dan bahasa inggeris. 


Sepanjang perjalanan ke San Francisco, kami lalu tepi pantai dan tepi ladang. 


Nampak burung unta tengah berlari. 


First stop di Solvang. Bandar orang Denmark. Danish butter cookies yang sedap ada kat sini. Saya tak beli pun. 


Hubby sibuk nak ambik gambar kat sports car. 



Warna baju dan tudung Dania dah sedondon dengan background. 


Air ni untuk anjing minum kalau ada pengunjung yang bawak anjing. Prihatin kan? 


Bandar Solvang ni tak le besar sangat. Masih mengekalkan ciri Belanda di sini dengan adanya kincir angin. 


Solvang Bakery. 


Bergambar bersama di sini. Hubby masa ni gi washroom. 


Ni kedai air agaknya....sebab ada fresh squeezed lemonade. 



Lepas Solvang dalam 2 jam perjalanan, singgah ke washroom di tepi jalan. Macam R&R lah. Memang tak dibenarkan membuang di dalam bas kecuali untuk kanak-kanak atau yang sangat emergency. 


Dalam bas ada video cerita Frozen. Tu yang Dania khusyuk tengok tu. Ayah Dania dah ke Lalaland :-). 


Next stop ke Old Fisherman's Wharf iaitu di Monterey. Dulunya di sinilah terletaknya Fisherman's Wharf yang terkenal. Kini Fisherman's Wharf yang terkenal terletak berdekatan dengan Golden Gate Bridge. 


Rumah kat tepi pantai ni sangat mahal yer. 



Cute sangat kedai candy ni. 


Ada candy yang berbentuk Lego. Bukan sahaja boleh dimakan tetapi boleh juga dibina macam Lego. 


Tak jauh dari sini ada kedai Monterey Crepe Company. 


Saya jumpa Wardah. Beliau memberikan secara percuma buat Dania Nutella Crepe. Kemudian kami beli 1 Nutella Crepe untuk saya dan 1 lagi Nutella Crepe bersama pisang untuk hubby. Keduanya berharga USD12. Agaknya sebab susah juga nak jumpa orang muslim kat US ni maka, sekali terjumpa sangatlah seronok. Bukan itu sahaja, Dania dapat juga coloring book dari Wardah. Terima kasih Wardah. Moga murah rezeki beliau. Beliau berasal dari Algeria dan bertemu jodoh dengan orang Morocco. Jiran dah tu Algeria dan Morocco. 



Kami ambik kesempatan berposing kat bandar Monterey ni. 


Cantiknya laut ni biru. Teringat warna laut yang sama masa kami melancong ke Gold Coast tahun lepas. 


Ayah dan Dania pulak bergambar.


Ni kepala siapa pun tak tau ni. 


Suka photo ni. Pak Iwan dari Jakarta Indonesia yang ambik gambar. Satu lagi...satu lagi....kami pun pose la macam-macam gaya. Lepas tu hubby pulak ambik gambar Pak Iwan. Syok betul la cuaca kat San Francisco ni. Berbeza sangat daripada kat Los Angeles dan Las Vegas sampai ada yang tak pakai baju sejuk pun kat sini sebab ingatkan panas jugak. 


Ni lah buku yang Wardah bagi. 


Lepas tu berhenti kat satu area ni. Kami pergi ke Subway dan makan tuna dengan sayur tanpa sos cili dan dressing yang lain. Nasib ada Subway kat sini. Photo ni orang warganegara china yang duduk sebelah saya. Dania dah tergelak-gelak dah. Saya tanya bahasa inggeris, beliau jawab bahasa cina. Udah ler tak faham. Uihh kalau menguap kuatnya bunyi. Itu yang sangat annoying sekali tu. Hehehe. Beliau tengah exercise ni kerana perjalanan yang sangat panjang. 13 jam tu. Ikutkan 7 jam ajer dari Los Angeles - San Francisco tapi sebab banyak berhenti tu yang jadi 13 jam. 


Lepas makan bergerak ke Silicon Valley di mana terletaknya bangunan Intel dan Google. Waktu ni dah jam 8 malam tapi masih cerah. 



Ni kawasan Google ni. Besar sungguh kawasan Google ni. Nama jalan pun Google. Menurut kata tour guide, Google dah beli Yahoo. 


Akhirnya selepas berjam perjalanan, tibalah kami kat hotel Holiday Inn San Mateo Airport Hotel. 


Ni tengah beratur nak naik lif. Masuk ajer lif, kami je dalam tu sebab trolley ni pun dah besar. Lif ada satu je kat block ni. Suasana malam kat sini memang sejuk. 


Yay...ni lah bilik kami. 


Sofa ni bila dibuka jadilah katil. Hubby tidur kat sini. 


Bilik air ada bathtub lagi. 



Esok perjalanan kami menuju ke Golden Gate Bridge, San Francisco....... :-)

5 comments:

  1. cantek gamabr u bertiga...

    :) nice vacation...

    ReplyDelete
  2. part cuaca sejuk tu besh!! tp jauhnya perjalanan naik bas 13 jam tu...

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi travel naik bas kat US, macam syok je nih. Lagi2 kalau time tak sejuk salji hehe

    ReplyDelete
  4. i tak pergi solvang and jelly bean factory..bestnyer bandar solvang. tapi ada singgah monterey. sejuk dan damai jer tempat tu

    ReplyDelete
  5. Banyak lagi tempat menarik di US yang tak pergi lagi ni.... thanx for the info!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails