Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, June 16

Trip to USA (LA - Las Vegas) Day 5

Kami dijemput dari hotel menaiki bas ni. Ishhh tak selesa langsung. Kalau diperhatikan tayarnya yang di tengah bila berjalan, terjongkang jongkit bas ni. Tak selesa langsung. LA ke Las Vegas dalam 4 - 5 jam. Bayangkan kami kena tahan naik bas ni. Tour guide ni lebih cakap bahasa cina dari cakap bahasa malaysia. 90% pelancong dari negara cina dalam bas ni. 


Singgah R&R ni untuk ke restroom. 


Ada stop untuk lunch tapi mereka stop area Chinatown. Tak kisah pun sebab memang bawak bekal jadinya cari ajer tempat duduk nak makan. Akhirnya tumpang makan kat hypermarket ni. 



Singgah beli grapes. 



Onion spesis besar gedabak. 



Petang, tibalah hotel kami. Riviera Hotel. Luas juga bilik kami ni ha...Las Vegas terdapat lebih daripada 300++ casino. 




Setelah berehat sejam, kami dibawa melawat bandar Las Vegas. First stop di Venetian Hotel. Kat Macau pun ada hotel ni. 



Gondola di dalam hotel. 


Ni human statue ni. 


Bumbung ni diperbuat daripada emas ya. 



Bergambar bersama kat sini. 



Jumpa orang Italy ni jadinya kami bergambar bersama. Baju yang dipakai dibuat all the way dari Italy. Beliau bagi Dania chocolate. Kami ambik ajer. Later pass to satu budak ni. 



Kemudian ke Hotel Bellagio ni sebab nak tengok pertunjukkan air terjun depan hotel ni.



Tingginya air terjun ni.


Ada Eiffel Tower depan kami. 


Bangunan putih belah kanan tu Planet Hollywood. 



Ni adalah chocolate fountain terbesar di dunia. 



Bellagio ni hotel berkonsepkan taman dalam hotel. Diceritakan owner Bellagio ni melancong ke Italy dan beliau jatuh cinta dengan taman di Italy kemudian bila beliau buka hotel pun ada konsep taman ala Italy. 


Bumbung lutsinar. 



Cantik taman kat sini. 


Burung dalam rumah kaca. 


Kami bergambar bersama di Bellagio Hotel. 


Masa dinner, tour bus bawa kami ke sini. Kalau diperhatikan memang kat sini seleksi makanan cina. Kami pun pergi ke kedai runcit cina kat sini. 



Beli Milo dan mee segera Indomie yang ada tanda halal. 


Selepas tu dibawa ke dataran di Las Vegas di mana ada pertunjukkan LED terpanjang / terbesar di dunia. Cantik lampu kat sini tapi sangat bingit sebab ada konsert pulak. Gambar pompuan terjoget belakang saya idak la pulak nak ambik gambar. Seksi sungguh. 



Kejap ajer kami kat sini terus keluar dari area ni. 



Ambik gambar kat luar dataran ni. 


Tiba di bilik, siap masak nasi lagi untuk esoknya. Kami kena bangun awal pagi dalam 5 pagi kerana esok kami akan ke Grand Canyon. 

Tunggu entry Grand Canyon West Rim saya..... :-)

3 comments: