Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, June 10

Malaysia - Taipei / Taipei - Los Angeles : 28 Mei 2014 :

Trip kami bermula awal pagi. Niat di hati nak pergi makan kat Umai tapi tutup la pulak. Terus parking kat Putrajaya Sentral dan breakfast dulu kat satu kedai Lengkuas. Lepas tu terus beli tiket ERL dan bermulalah perjalanan kami dari Putrajaya Sentral. Ada 2 station nak sampai KLIA. Tiba KLIA dalam pukul 10 pagi. Kaunter check in buka pada pukul 12 tengahari. Flight kami ke Taipei pada jam 3.20 petang. 



Masa ni naik aerotrain menuju ke main terminal. 



Ni lah tiket kami ni. Kami menaiki flight Eva Air menuju ke airport transit di Taipei, Taiwan. 


Flight yang dijadualkan berlepas ke Taipei pada jam 3.20 petang, delay sehingga pukul 5.15 petang kerana masalah penghawa dingin dalam pesawat. Kami semua dah masuk dalam flight dah pun tetiba ada announcement kena keluar dari flight dan mereka akan membaiki kerosakan penghawa dingin.  


Penumpang semua dihidangkan ini sementara menunggu pesawat settle. Saya cuak juga kerana tiba dari Taiwan, kena ambik connecting flight Taipei - Los Angeles pulak. Kalau dibuatnya delay dan tak sempat nak catch up connecting flight, dah kena deal pula dengan pihak tour yang saya ambil kat USA nanti. Pihak tour saya suruh tunggu jam 8 malam di Los Angeles. 


Flight settle jadinya pukul 5.15 petang penumpang dah boleh masuk flight. Makanan dihidangkan setelah 1 jam flight terbang di udara. 



Close up pasta kami. Not bad jugak rasanya. 


Tiba airport Taipei dalam jam 10.30 malam. Connecting flight jam 11.55 malam. Masa nak landing kat airport Taipei, sekali lagi flight kena ambik masa sebab masalah landasan Taipei yang jam. Landing ajer, cari surau. Memang ada surau kat airport Taipei tapi jauhnya dari boarding gate kami. 




Naik je flight, Dania sibuk baca buku cerita. 
 

Makanan kami untuk flight Taipei - Los Angeles. Sama ajer main menu. Yang lelain tu lain sikit. Dania kata eh sama ajer...hehehe. Flight ni yang supply makanan Brahim tak silap saya. 


Special meal (Muslim Meal) hidangan kami.  


Pasta ni lauk daging. Malaysia - Taipei, lauk ikan. 


Kek rempah.  



Salad ikan. 



Hafiz pun ada dalam list ni. Dengar kejap dah mengantuk. So good night.....



Tiba Los Angeles dalam pukul 10.35 malam 28 Mei 2014. Hari yang sama kami bertolak jugak yer. :-) Settle kastam sampai jam 11.35 malam. Nak kena gi check kat kaunter kuarantin sebab bawak makanan. Saya bawak nasi beriani ayam Brahim. Dah declare so kena masuk lane kuarantin. Kesian staff tour company yang kena tunggu lama sebab flight kami delay. Patutnya flight tiba kol 8.20 malam. 

So, ni lah hotel kami untuk 2 malam. Hotel Quality Inn and Suites Walnut. 


Ada bath tub. 


Dah membersihkan diri, kami pun zzzz sebab esok pagi, tour yang saya booked tu kena berkumpul pukul 8.45 pagi. 

3 comments: