Selasa, Oktober 21

Kenduri ada karaoke

Dapat jemputan kariah surau untuk ke kenduri anaknya. Kenduri ni untuk 2 orang anaknya yang kahwin. Dibuat di dewan SMK Dato' Abu Bakar Baginda. 


Ummi dan Dania. Ayah Dania tak ada dalam frame sebab sibuk berborak dengan orang depan. Tak nak kacau la kan...


Bila cakap Dania selalu ambik gambar gaya gitu....ummi tiru la. Hehe. Lepas tu kat majlis ni ada orang karaoke lepas tu ada makcik menyanyi pitching lari jadi bila dengar kat mic tu jadi berdesing. Adehhhh bingit jadinya. Dewan pulak tertutup. Nak cakap kat orang sebelah pun susah nak dengar. 😏. Makan cepat-cepat supaya boleh la balik cepat. Saya tak suka majlis yang terlalu bingit ni. Lain tau kalau penyanyi professional tu tenang je kat halwa telinga. Ni buat karaoke pulak. Kalau penyanyi bukan profesional pun menyanyi lagu bernada rendah tu ok lagi tak menjerit di mic. Kita nak bercakap dengan jiran tetangga pun tak dengar. Sebenarnya ni majlis kedua anak kepada tuan rumah yang kami pergi sama je konsepnya ada karaoke. Dulu majlis dibuat di kawasan perumahan ada karaoke juga....kemudian bila saya lalu depan penyanyi karaoke tu seorang makcik....saya tutup telinga 😆. Maaf makcik saya tak suka dengar menjerit-jerit menyanyi tu. Dania kata entah2 makcik yang sama yang akan volunteer menyanyi bila ada majlis ni. 😁


Hubby dengan budak yang selalu jadi tukang azan. Sedap suaranya. Tinggi dah dia. 


Jahat tak saya bila cakap dengan hubby kalau ada majlis tuan rumah yang sama jemput saya tak nak pergi. 😜. Ok kita tinggalkan kisah karaoke bikin bingit telinga ni dulu ya....lepas tu kami ke Pustaka Rawang dulu sebab nak beli pembalut. 


Bukan nak balut hadiah tapi balut buku. Alkisahnya lecturer Dania suruh beli buku sains. Dania dah ada buku sains sekolah menengah yang tak guna lagi jadi guna buku tu je. Buat apa membazir kan?. Lecturer kata sebab kena melukis.....ini untuk subjek Animal Reproduction. Nanti balut je buku ni supaya tak nampak la buku sekolah. Proper la sikit kan....


Masa ni tengah tunggu hubby kat depan 99 Speedmart. Parking takde jadi hubby jalan dulu la dengan kereta tu. Bila call baru hubby datang balik. 


Nanti majlis kahwin Dania nanti tak ada karaoke ya....😅. Telinga saya ni sangat sensitif dengan bunyi ya...kalau pitching lari memang saya tak suka 😅. Toleransi setiap manusia tu berbeza....mungkin saya bab ni saya tak boleh nak bertoleransi langsung. Ada je tetamu yang tak kisah pun bingit2 ni. Elok je dia makan. Saya nak makan terus rasa payahnya nak telan lepas tu nak cepat2 beransur balik. Hubby saya siap tanya jiran satu meja....Hj ni ada gang karaoke ke? Sebab dah dua kali majlis dan dua kali karaoke....pasti ada makcik yang karoks...😏. Makcik selalu 'Noraebang' ke?




XOXO,
Ezna

 

9 ulasan:

  1. Hihihi..sabar jelah bab² karoks nie...selalunya, bila tetamu dah beransur, petang² baru ada acara tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya diantara keluarga je. Ni bantai menyanyi bila time tetamu semua berkumpul....kuat sistem bunyinya...tak selesa lah.....cenderahati pula berupa alat zikir digital.....macam tak selari pula dengan majlisnya...kalau majlis dengan alunan zikir tu tenang juga kan....

      Padam
  2. Masa kenduri SA hari tu ada karaoke..sebab catering yang SA amik tu complete semua ada..tapi tu la..rasa macam x perasan diorang karok ke tak..hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam takde pulak rasanya SA....ke ada...tapi kalau suara sedap ok je SA....ni makcik punya suara yang pitching lari....bila kuat dia jadi bunyi yang tak selesa pula....

      Padam
  3. Wah saya kok jadi penasaran dengan suara penyanyinya
    Mana videonya

    BalasPadam
  4. Aduhai..kalau bingit sy pun x selesa..Kalau karok kg tu lain la =)

    BalasPadam
  5. y pun tak suka bingit² kenduri ni... Rimas! Jgn kata org karaoke, kalau pasang lagu kuat² sampai nak bercakap dgn org sebelah pun tak dengar, saya tak suka. Hilang rasa tenang nak makan dan menikmati suasana majlis tu.

    BalasPadam
  6. betul la...saya kalau ke majlis2 yang ada karaoke atau pasang lagu2 atau muzik yg bingit2 memang tak selesa...

    BalasPadam
  7. same here ezz. i pun tak suka tmpt bising2 apatah lg kalau ada karaoke bingit gitu..nak tenang2 jer sambil mkn (wpun kat kenduri)

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kenduri ada karaoke

Dapat jemputan kariah surau untuk ke kenduri anaknya. Kenduri ni untuk 2 orang anaknya yang kahwin. Dibuat di dewan SMK Dato' Abu Bakar ...