Tiba awal kat Fakulti Pertanian. Dr. Suraya minta pelajar sharp 2.15 petang kat tempat amali. Dania tiba kat sini 1.50 petang jadi sempat lagi nak ambik gambar. Hehe.
Nampak Tan Yi Lin, jalan sorang-sorang. Saya approach la ambik gambar sekali dengan Dania. Kesian juga Yi Lin. Kawan-kawan dia dah masuk Fakulti Perubatan Veterinar. Tinggallah Yi Lin sorang-sorang. Kolej Yi Lin dan kawan-kawan pun dah jauh sikit sebab kalau Fakulti Perubatan Veterinar, Kolejnya jauh sikit sebab terletak luar dari main campus. Lokasi dia dekat dengan Hospital Pengajar UPM iaitu Hospital Sultan Abdul Aziz Shah.
Cuaca panas juga petang ni tapi cerah.
Yi Lin dah bersiap nak ke tempat amali....ehhhh Aunty Ezna suruh ambik gambar pulak...😅
Close up sikit Dania & Yi Lin. Yi Lin.
Dr. Suraya juga pesan kalau ke tempat amali ni make up tak boleh tebal-tebal untuk aspek kebersihan. Haa sampai macam tu sekali ya. Jadi ke tempat amali ni memang kena mengikut peraturannya. Tudung kena kemas takde berfesyen bagai dan baju pula tak boleh berwarna merah kerana akan menarik perhatian lembu. Selain tu kasut haruslah bertutup. Student Animal Science ni memang akan memakai boots untuk keselamatan. Kasut mereka pakai ni kasut sukan, naik atas tu bertukar kasut la mereka.
Lepas tu Dania dan Yi Lin sama-sama berjalan ke tempat amali.
Berjalan beriringan dua sekawan ni sambil Yi Lin share payungnya. Dania ada dua barang dia bawa tu. Beg kuning ada baju coverall dan plastik tu ada boots.
Nampak ada pula awan yang berat.
Dania kena jalan ke atas bukit tu. Nampak bumbung berwarna merah? Kat situlah tempat mereka amali. Kereta boleh je sampai naik bukit tu tapi jalannya tak berapa elok sangat sebab ada traktor lalu sini. Kalau kereta four wheel tu ok je lasak sikit....berlopak-lopak jalannya.
Dania cerita tugasnya menambat kambing. Dania kata ada teknik menambat kambing tu supaya kambing selesa kan....mereka satu kumpulan akan mengukur sistem reproduksi kambing untuk tengok pembesarannya normal atau sebaliknya. Lepas tu Dania ada memindahkan 2 ekor kambing juga ke dalam kandang. Dania kata berat. Hehe.
Kambing ni kira anak lagi. Selesa je bila Dania pegang. Ni Dania pakai baju coverall la ni di dalam ada baju T Shirt dan seluar. Lepas tu bila letak kat IG ada kawan saya komen....beraninya Dania....ya...program Bacelor Sains Haiwan ni memang kena ada perasaan kasih dengan haiwan dan berani sebab ada hands on dengan haiwan.
Bila balik, baju coverall tu akan ditanggalkan. Tak boleh pakai sampai tempat kuliah bagi mengelakkan penyakit bawaan haiwan.
Balik-balik, ummi Dania bau kambing la. Lepas tu nak suruh saya cium tangan pulak. Sorry ya....tak kuasa ummi. Coverall nak kena basuh la. Nak kering ambik masa juga sebab dia tebal.
Untuk semester 3 ni ada satu subjek Animal Behavior & Welfare. Menarik sebab Dania akan belajar tentang tingkah laku haiwan. Lecturer subjek ni pula disebabkan belajar pasal tingkah laku haiwan....peka sangat bila student tak fokus....😲
XOXO,
Ezna
alamak..Dania dapat lecturer garang erk.....My Dania sedang berjinak2 dengn kambing dan lembu..course diorang ni kan lebih kurang sama...jauh nampak Dania kena jalan ke tempat amali tu...tapi bukan hari2 kan..seminggu sekali kalau x salah
BalasPadamKalau aunty Cie ni memang tak ambil la course ni takut dengan haiwan 😁
BalasPadamSemalam ternampak sis Ezna dengan suami kat Kinokuniya KLCC. Nak tegur tapi sis nampak rushing😊😊
BalasPadamYa betul dah tu...alaa kenapa tak tegur? Idak dah kenal dah kita....
PadamComel Dania bergambar dgn kambingnya. Pandai dia ye suruh Ummi cium dia pulak ye. Hahahaha
BalasPadam