Pernah saya buat post pasal saya Kendurian di Tiny House di Tapah link
Nak dijadikan cerita baru-baru ini ada kematian mengejut kariah surau kami. Beliau memakai baju warna jingga kanan (duduk). Sebelum ni memang tak berapa sihat tapi duduk di rumah la. Tuan tiny house ex Pengerusi surau kami duduk paling kiri ada melawat Hj Darus kat rumah. Beliau sangat la ceria. Memang berpewatakan ceria dan sering menjadi emcee untuk majlis kerana beliau pandai berkomunikasi. Dulunya beliau pernah menjadi Setiausaha Politik (Setpol) kepada seorang ahli politik.
Rombongan Kendurian ni Haji Darus yang anjurkan siap program tentatif lagi.
Isteri Haji Darus paling kanan. Moga Kak Saodah tabah dan kehidupan selepas ini baik-baik ajer.
Disebabkan mantan Tuan Pengerusi surau yang belah kanan sekali ada berjumpa dengan Hj Darus sehari sebelum dan berborak macam biasa dan ditakdirkan esoknya meninggal....terkejut sampai dimasukkan ke hospital. Beliau pula sakit sekarang ni sebab terkejut.
Jika ada penyakit jantung ni kena berhati-hati juga jika mendengar berita yang mengejutkan. Sampai masuk hospital bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Moga ex Pengerusi Surau sihat seperti sediakala.
Kehilangan Haji Darus amat dirasai kerana beliau ceria dan selalu menjadi emcee majlis untuk surau dan kejiranan. Tak hairanlah ramai yang merasai kehilangannya. Sesekali beliau melaungkan azan di surau. Ketika solat jenazahnya....hubby kata ramai yang datang solatkan.
Sehari selepas Haji Darus meninggal, Tuan Haji Ramli pula menyusul. Hubby kata ada menghulurkan makanan kepada Tuan Haji Ramli masa ada program di surau. Keesokannya beliau meninggal.
Moga pengakhiran kita mendapat redhaNYA.
XOXO,
Ezna
Innalillahi wa inna ilaihi rooji'un. Moga rohnya mereka yang pergi, dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.
BalasPadambetul tu, orang yang menyampai kan berita yang terkejut ni kena hati hati...lagi lagi kepada orang yang ada sakit jantung...sangat berisiko tinggi.
BalasPadamAllahuakbar, kita yg baca dan tak ada kena mengena ni pun rasa sedikit terkejut dan berdebar.
BalasPadamSalam takziah buat Haji Darus dan Haji Ramli...
BalasPadamSemoga yang sakit sembuh seperti sediakala..Aamiin...
innalillah wainna ilaihi rajiun
BalasPadamal- fatihah untuk kedua dua arwah Haji Darus dan Tuan Haji Ramli...
BalasPadamsemoga ex Pengerusi surau diberi kesembuhan..Aamin
selang sehari je ye perginya mereka. Insyaallah semoga pengakhiran kita nanti baik-baik juga
BalasPadamSalam takziah
BalasPadamAl fatihah
Bila sampai masa yg dijanjikan makan takkan lewat walau seminit
Allahuakbar
Salam Takziah...
BalasPadamKita selalu di ingatkan tentang kematian kerana kematian itu adalah pasti..
semoga arwah² ni di tempatkan bersama-sama orang yang beriman..Al fatihah