Khamis, Mei 22

Kenduri doa selamat sempena mendapat panggilan haji

Masa pagi hari jadi saya tu, ada jiran buat majlis doa selamat. Beliau dapat panggilan haji. Isterinya sahaja la dapat panggilan sebab suaminya dah pernah pergi. Rasanya Fiza ni pergi ke tanah suci dengan ahli keluarga juga. 

Masa ke sini tu saya terasa macam majlis saya pula sebab scallop canopy warna kegemaran saya. Ada berikan Fiza paper bag cenderahati berupa stokin tawaf tapak tebal dan stokin tangan. Dan saya minta juga Fiza doakan sebab kebetulan majlis tu jatuh pada hari jadi saya. Fiza suruh saya whatsapp doanya. Alhamdulilah. 

Moga doa saya dibaca di tanah suci nanti....aamiin...


Kek ni ada tapi lepas tu terlupa nak ambik. 


Lauk pauk yang diambil ialah ikan keli dan ayam goreng serta sambal belacan. Itu sahaja. 


Ni pula pinggan Dania. Hubby duduk sekali dengan gang jiran lelaki. Datang awal lagi sebab ada kat majlis doa selamat sebab awal tu dijemput AJK surau. 


Seleksi lauk pauk. Tuan rumah kata Nasi Kak Wok. 


Terima kasih Shafiza dan Haji Kaswan menjemput. Moga ibadah haji Shafiza diterima oleh Allah. Aamiin. 




XOXO,
Ezna


 

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah byk dpt berita dari kenalan yg mendapat panggilan haji... Syukur Alhamdulillah

    BalasPadam
  2. Nasi Kak Wok paling simple dan mengenyangkan

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.Semoga beroleh haji mabrur hendaknya 🤲🏻
    Kawan² & kenalan kami pun ada 2-3 org bakal berangkat hujung minggu ni & minggu depan.
    Sedap nasi Kak Wok...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kenduri doa selamat sempena mendapat panggilan haji

Masa pagi hari jadi saya tu, ada jiran buat majlis doa selamat. Beliau dapat panggilan haji. Isterinya sahaja la dapat panggilan sebab suami...