Pada 1 Mei tepat jam 9 malam diadakan pre order novel Teme yang baru iaitu Rahsia Danny. Kesinambungan dari Bayang Sofea. Masa ni malam tu kami makan kat mamak lepas tu sibuk Dania tanya dah pukul 9 ke?. Dah siap-siap nak key in segala details untuk beli buku Teme Abdullah ni.
Kenapa nak berebut ni? Sebabnya 10,000 yang pertama ni dapat bookmark edisi terhad dan book badge Rahsia Danny. Tu yang Dania nak standby tu. Dania nak check out pun kena tunggu sekejap ya.
Dalam masa 25 minit, 10000 naskhah Rahsia Danny terjual. Wow....penangan Rahsia Danny Teme Abdullah ni.
Ya Dania diantara pembeli pada 25 minit tu sebab dalam masa 25 minit tu la ada edisi terhad bookmark dan book badge. Itu yang nak direbutkan tu.
Pada 8 Mei 2025 baru tiba novelnya.
Book Badge Rahsia Danny.
Bookmark Rahsia Danny hasil lukisan Teme of course.
Ketebalan bukunya adalah dalam 500++. Ada yang battle jugak ke untuk menjadi pembeli 10,000 pertama untuk mendapat kombo edisi terhad tu?.
XOXO,
Ezna
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.