Rabu, Mei 7

Kenduri anak kawan satu Uni di Bangi Golf Resort

Kali ni kami dapat jemputan kat majlis perkahwinan anak kepada kawan satu Uni hubby di UPM. Pernah sekelas masa ambil Diploma Sains Komputer di UPM kemudian anak masing-masing bersekolah di SK Bukit Jalil dan kemudian ada anak kawan hubby ni bersekolah sama dengan Dania di SMK Jalan Empat. 

Majlis diadakan di Bangi Golf Resort. Memang dekat tempat golf la pun. Ambik gambar Dania sebelum masuk dewan sebab props ni cantik ala ala props kat Fakulti Pertanian masa majlis hari raya. 


Dania tengah nak ambik aiskrim Malaysia dalam polisterin ni. 


Ada rojak. Kawan hubby ni memang mengedarkan kuah rojak kat kedai. Mulanya kata hubby perniagaan dari rumah ni kecil-kecilan je, lama-lama besar sebab kawan hubby mengedarkan rojak dan diterima ramai pulak. Ambik dari Langkawi kalau tak silap. 


Kami....saya ambil rojak dulu. Terliur tengoknya. Hehe


Pengantin lelaki ni anak kepada kawan hubby. Mukanya saling tak tumpah macam kawan hubby. 


Comel budak kecik dua orang ni. Bertugas untuk mengiring dan taburkan bunga dalam bakul yang dibawa. 


Close up pengantin dengan busana tradisional. Manis betul warnanya. Warna baby blue. 


Pelamin yang dihias indah. Cantik betul padanan warna dengan background warna putih tu. 


Kawan hubby....


Isteri kawan hubby. 


Tengah makan, ternampak seseorang yang bisik kat kawan kata eh nak jumpa kawan....ya kawan yang beliau maksudkan itu ialah saya. Manisnya Zety Marlia. Lecturer kat Asia Pacific University. Satu tempat kerja dengan isteri Tuan Rumah. Dulunya kami kenal sebab sama-sama blogger. Pernah attend event Hi-Five juga. 

Zety macam dah tak aktif blog tapi blognya di superzetymarlia.blogspot.com


Long time ago....dengan ahli kumpulan Hi-Five. Stevie pegang bahu Dania la. Ni event blog ni. Sebelah Stevie tu Zety. Ada juga kehadiran blogger Ayu Rafikah www.ayuarjuna.com dan Wan Faziatul Amira https://emmira.blogspot.com/ Bergambar dengan anak masing-masing. Anak semua kecik-kecik je masa ni tahun 2013. Dania masa ni 9 tahun. 


Hall yang luas di Bangi Golf Resort. 


Banyak juga props menarik kat luar dewan. 


Dania dengan kakak senior di SK Bukit Jalil. Sekarang ni ambil Pharmacy di UM. Insya Allah selepas Ijazah fast track terus ke PHD sebab CGPA 3.8. Perghhh tinggi tu. Rezeki la. UPM pun ada fast track ke PHD selepas Ijazah jika CGPA last sekali 3.75 ke atas. Tak payah buat masters dulu baru PHD. Ini terus ke PHD. Moga ada rezeki Dania macam kakak senior 2 tahun ni. Doakan Dania ya....😘


Ni gambar candid Dania ambik. Kat sini banyak port boleh ambik gambar. 


Nak letak cenderahati atas meja kengkononnya. 


Ni pula kena naik tangga. 


Dengan salah satu lukisan kat sini. Baju Dania ni tangannya macam pakai selendang tapi bukan selendang. Ada kain chiffon panjang kat kedua lengan jadi sesekali tangan tu tersorok dalam kain chiffon yang panjang tu. 


Mendung masa ni. Permandangan kawasan Golf yang luas. Kat kawasan ni juga ada rumah Mawi AF tu. 


Alhamdulilah. Selesai dah perkawinan anak sulungnya. Moga berbahagia keduanya sehingga ke jannah. 





XOXO,
Ezna

17 ulasan:

  1. Sweetnya Dania. Cantik baju yang dipakai tu.

    BalasPadam
  2. Cantik dan simple pelamin berbunga2 colorful tu. Dewan pun luas cantik selesa.

    Wahh Stevie Hi Five. Sama2 tengok dengan anak2 dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelamin tu sweet je dengan padanan bunga pastel tu Mulan. Hehe time tu kan bebeudak suka tengok Hi-Five tu. Alhamdulilah dapat jumpa depan2 mereka ni. Teruja bebudak semua.

      Padam
  3. 2 orang budak tu nampak comel....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya dan elok je menjalankan tugas sebagai pengiring.

      Padam
  4. Alhamdulillah sahabat dari uni masih berhubung.. hadir pula majlis perkahwinan anak.. ada lukisan menarik di situ... Lama dah tak ke bangi golf resort

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya lama dah hubby berkawan dari diploma lagi. Wah datang sini main golf ke?.

      Padam
  5. Alhamdulillah tahniah dan selamat pengantin baru buat anak kawan hubby sis Ezna 😄 Suka tengok beg sis warna pink tu, nampak sweet pulak.

    BalasPadam
  6. Cantik baju Dania warna Rich Brown...BGR ni memang luas kan..ladang durian diorang pun ada kalau x salah...lama dah x pi BGR sejak2 dah pencen pi event ni

    BalasPadam
  7. memang cantik props dlm gmbr yg 1st tu. wahhh dpt yer u cari balik gmbr2 lama tu...memang best ada blog sbb boleh gali2 gmbr yg kita nak ;)

    BalasPadam
  8. lawanya pengantin, comel yg mengiring tu. besar dan luas tempat majlis berlangsung, baru rasa tak sesak.

    BalasPadam
  9. senang buat majlis kat dewan, tak payah nak kemas2 rumah...cuma kena sediakan duit je lah...hihihi

    BalasPadam
  10. cantiknya daniaaaaa! mmg trend baju ada mcm tu kt tgn hehehe

    BalasPadam
  11. adik ipar kita majlis kt sini..besar hall nya...wah husband layan posing bgs btul..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Renew Road Tax

Ni masa hari jumaat ni lepas jam 2 petang ke Pejabat Pos. Dania nak teman ummi dia tapi kali ni dia mengantuk sangat la pulak. Terlentuk-len...