Rabu, Mei 28

Sandwich dikongsi bersama | Garsa Kitchen

Ada satu hari tu saje la nak belanja Dania Garsa Kitchen ni. Dulunya kalau nak pick up Garsa Kitchen ni dekat sikit dengan rumah tapi kali ni Garsa ni pindah ke Taman Universiti berdekatan dengan GMI pulak. 


Inilah dia Chickster. Isi dia daun salad, chicken slice, cream cheese dan buah tomato. Dania makan 4 slice je katanya dah kenyang. Selebihnya dia pass ke kawan-kawan kat belakang. Sebenarnya kalau la setiap satu sandwich tu dia letak dalam kertas doily putih tu jadi boleh la diasingkan sandwich kan. Ini letak macam ni. Susah juga nak makan. Akhirnya tiba kat Dania plastik je sebab sandwich pun dah habis dan kotak sandwich kawan buang dah dalam tong sampah. Ok sandwich dah habiskan la tu. 

Kalau tengok sini mana satu set dia pun dah confuse kan?


Dania tak lunch walau ada event kat Dewan sebab ummi kata nak datang bawa sandwich. Dania selalu akan beli / makan jika ada event kat Dewan fakulti tu. Kawan-kawan yang pergi sekali memang makan berat la. Dania je makan keropok je. 


Ini je Dania lapik perut. Selebihnya bagi kat ummi. Keropok lekor potongan nipis ni. 


Ada juga perisa campuran dalam satu kotak tapi saya pilih satu perisa je sebab kalau share dengan kawan-kawan ni ada yang orang India jadi tak makan daging. Jadi, saya beli je ayam. 

Nak tengok Garsa Kitchen ni boleh ke website https://garsakitchen.com.my/





XOXO,
Ezna



 

14 ulasan:

  1. cantik tersusun sandwichnya...

    BalasPadam
  2. dah jadi bercantum-cantum sandwich tu.
    tgk appearance nya nampak sedap sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya bercantum semua. Kalau ada kertas doly tu boleh la tahu mana hujungnya.

      Padam
  3. sekali tengok Sandwich nya dah macam kuih lapis dahhh ...cantik je

    BalasPadam
  4. itu lah, kalau letak doily paper tu senang sikit nak ambil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul Linda. Ni dia tak letak. Next time kena request agaknya.

      Padam
  5. famous jugak brand garsa ni..dan sandwichnya nmpk sgt premium!

    BalasPadam
  6. Haah Kak Ezna..bila tengok dah taktau mana satu-satu set start...
    Rezeki kawan-kawan Dania..Alhamdulillah

    BalasPadam
  7. Sampai sekarang tk pernah makan lagi garsa ni, rasa dari zaman saya sekolah dah wujud. Dulu kedai dia ada kat bangi avenue tu. Skrg tak sure kat bangi di mana lokasinya

    BalasPadam
  8. kt opis kalo ada meeting or mkn2..slalu juga order garsa..tp harga bole tahan juga la mahal

    BalasPadam
  9. Nampak sedap sandwich ni Ezna. First time dengar Garsa ni, maybe boleh try next time dekat sana.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Mega Glory Hall dihiasi bunga-bunga berwarna pastel

Selepas majlis di Inspen, kami ke Ostia, Taman Ostia Bangi pula. Majlis ni merupakan anak kepada kariah surau. Bila masuk je Mega Glory Hall...