Isnin, Mei 5

Kenduri doa selamat sempena Tuan Rumah dapat panggilan Haji

Kawasan rumah saya ni banyak kawasan rumah tanah lot jadi rumah jiran yang ni kat tanah lot juga la. Majlis ni kiranya majlis kenduri doa selamat sempena jiran saya ni dapat panggilan haji. Dah merayu sebanyak 8 kali dan kali ni baru dijemput. Alhamdulilah. 


Meja ni ada sandwich, sate, cheese tart dan roti jala.


Ni pula meja utama dengan makanan utama. 


Seronok pulak bila pergi majlis orang tak berapa ramai. Mungkin tetamu tak datang lagi agaknya. Kami makan ni berpada-pada sebab selepas ni ada majlis kedua pulak. Majlis kedua ni majlis aqiqah untuk 3 cucu jiran saya. Dibuat sekali harung. 


Dania dok tunjuk2 baju yang sama dengannya. Hehe. Baju ni memang selalu nampak orang pakai. 😅


Hubby bercakap dengan Tuan Rumah. Tuan Rumah ni pergi haji menggunakan agen swasta sebab katanya lagi dekat. Dekat tu in terms of distance kat tanah suci nanti la. Umur nampaknya macam dah 60an. Alhamdulilah Allah dah panggil untuk menunaikan haji. 

Kawasan yang didirikan kanopi ni tempat parking dan tanaman Tuan Rumah. Luas sungguh kawasannya kalau nak buat kenduri pun. 


Rezeki masing-masing. Lepas ni kami nak beransur ke majlis kedua pula.





XOXO,
Ezna




 

11 ulasan:

  1. Alhamdulillah tumpang gembira utk tuan rumah.
    Kami pun makan kenduri juga semalam.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah, rezeki tu dpt jadi tetamuNya

    BalasPadam
  3. smoga dipermudahkan urusan haji utk jiran ezna ..sedap2 menu yg dihidangkan

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..Meriah lauk2 nya..Mcm kenduri kawin =q

    BalasPadam
  5. alhamdulillah...semoga beroleh haji yang mabrur...ada rezeki lebih, boleh guna yang swasta...dekat sikit hotel nya...

    BalasPadam
  6. alhamdulillah..dpt dijemput jadi tetamu ALlah, moga dpt haji yg mabrur, aamiin
    meriah kendurinya..mesti dia bersyukur sgt tu...syukur alhamdulillah

    BalasPadam
  7. Kalau pakai agen swasta, maksudnya haji Furodha kak?

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, moga dipermudah kan semua urusan Haji mereka.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..semoga Allah permudahkan haji tuan rumah...

    BalasPadam
  10. Syukur alhamdulillah...semoga dipermudahkan urusan haji mereka..semoga mendapat haji yang mabrur juga

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah, may Allah swt ease everything for them and for us too.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bila kawan baik tunggu di KLCC

Bila kami plan nak jumpa di KLCC pada 16 Mei 2025. Tempat yang saya nak jumpa mesti yang ada train. Hehe. Kalau kat KL saya seorang atau den...