Khamis, Mei 29

Mega Glory Hall dihiasi bunga-bunga berwarna pastel

Selepas majlis di Inspen, kami ke Ostia, Taman Ostia Bangi pula. Majlis ni merupakan anak kepada kariah surau. Bila masuk je Mega Glory Hall ni nampak perbezaan yang ketara dengan dewan ni masa Dania buat event sekolah kat sini dulu. Baca di sini


Anak kariah surau ni yang lelaki. 


Dewan ni pun tak besar sangat tapi hiasan dewannya saya suka. Manis sangat. 


Hiasan di siling. 


Ambik gambar Dania kat pelamin. Cantik kombinasi warna bunga-bunga pelamin ni. 


Bunga kat atas meja.


Belah kanan ialah Dato' Hj. Shahlan Ismail yang merupakan bekas Setiausaha Politik Dato' Seri Najib Tun Razak (tahun bila saya tak pasti tapi baru tahu info ni setelah saya google). Beliau juga merupakan abang kepada Menteri Dalam Negeri iaitu Saifuddin Nasution Ismail. Dato' merupakan Timbalan Pengerusi surau kami. Dato' kata takde hal dengan adik beradik walaupun fahaman politik kami berlainan. Ye lah adiknya kan PKR, beliau pula dulunya Setpol (Setiausaha Politik Dato' Sri Najib) Umno.

Datin Dr. Noralaini pula merupakan seorang Dr pergigian. 8 tahun lalu merupakan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Negeri Sembilan. 


Ni gambar yang Dania ambil dari phone Kak Nora. Mulanya saya panggil kak je. Akhirnya Kak Nora kata panggil nama Kak Nora. Cantik la dari phone Kak Nora ni. Asal phone saya blur.....hmmmm....

Kak Nora kata muka Dania persis ayahnya tapi muka ummi dan ayahnya juga seiras. 😍


Majlis kat sini saya tak makan beriya. Saya ambil air dan kuih je. Kenyang dari majlis kenduri yang first jadi makan yang ringan sikit je. 

Minggu ni sabtu ahad penuh dengan kenduri kahwin. 




XOXO,
Ezna

8 ulasan:

  1. heheh memang dania byk iras ayahnya :) gegirl kan :) yg penting, lambang kasih ayang ummi dan ayah!

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...
    selalunya macam tu lah, mcm mana pun dekat luar..fahaman politik berbeza, tetap lah hubungan adik beradik tu ok...insya-Allah...

    BalasPadam
  3. Anak perempuan kebanyakan ikut ayahnya kan. Tapi still ada features ikut ummi jugak. Cantik2 wedding hall sekarang kan.

    BalasPadam
  4. biar dewan nya tak luas mana...tapi kalau hiasan nya tepat dengan cara nya...memang nampak luas.

    BalasPadam
  5. Cantiiiik memang pelaminan yg ini kak. 👍👍. Nampak mewah juga dekorasinya .

    Dania kalo saya lihat memang mirip ayah nya 😄. Tp kadang selintas, ada juga iras kak ezna

    BalasPadam
  6. Cantik betul dewan tu nampak mewah.

    BalasPadam
  7. biar dewan tak luas mana tp deco nya tu cantikkk sangat! ye betul muka Dania iras wajah ayah tp tetap penyejuk hati ibu ayah hehehe

    BalasPadam
  8. Cantik dewan ni...pengantin pun cantik...mewah perkahwinan diorang

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Penampakan entiti

Gambar yang dapat ni anda nilaikan sendiri. Tadi masa Dania dan kawan-kawan menuai bayam untuk kali kedua, saya tak ikut kali ni. Menunggu D...