Alang-alang nak ke bank di Putrajaya, saya decide makan ajer la kat Alamanda sebab bank yang nak pergi tu seberang Alamanda je. Kami pilih makan di food court sebab banyak pilihan.
Order YTF....yayyyyy lama tak makan. Kuah dia boleh pilih sup ayam, kari atau tomyam. Saya pilih sup ayam. Gu kan dengan cili potong. Barulah berselera makan tapi hidung pun berair la sebab pedas.
Dania dengan mee wantan beli kat kedai Mee Tarik.
Hubby order Mee Tarik daging dengan sayur-sayuran kat atasnya. Daging dan cendawan pun saya ambik rasa jugak. Share share la.
Lepas tu jalan kaki je nak ke seberang. Keluar food court tu kami berdua berjalan ke Shaftsbury. Haa ni bank No. 3 nak buat urusan. Lengang sangat bank ni. Penat sungguh berjalan dalam panas-panas tu. Kat sini lega ya amat sebab aircond. Itu pun saya rasa slow je sebab panas kan. Staff jaga kaunter depan tu siap tegur nampak penat sangat maknya....hehe. Mana taknya nak kena berjalan tengah panas dan jalan pun berbukit sikit. Haha kena kerahkan tenaga la ya. Lepas makan pulak tu kalori dibakar la. Tu yang buat badan panas tu.
Giliran Dania tak payah tunggu lama pun. Dah tukar nombor telefon ni nanti akan ada panggilan dari Ambank pulak....Haa baru selesai la nombor telefon baru ditukar. Cara setiap bank ni berbeza jadi kena ikutkan je prosedurnya.
Bila nak balik, ehhh cepat pulak sebab apa tau? Menuruni bukit. Laju je lah kami berjalan. Hehe. Nak pergi tadi jenuh you alls. Tiba kat rumah tak lama tu ada panggilan dari Ambank....jadinya selesai dah urusan tukar nombor telefon ni untuk semua bank. Ambank ni buka akaun sebab Dania nak kerja part time masa cuti semester Universiti. Nak tak nak kena buka akaun ni jugak la. Nak buka akaun ni pun jenuh sebab saya kena jadi reference, kena bagi surat tawaran Uni, lepas tu kena bagi keputusan peperiksaan di Uni ya sebab mungkin pihak bank nak elakkan kita menipu belajar kot. Kadang memang tunjuk surat tawaran tapi kita tak masuk Uni tersebut pun.
Nak tutup pun sayang sebab sekarang ni nak buka akaun susah sangat. Prosedur dia makin ketat disebabkan kes buka akaun untuk pinjamkan akaun kepada scammer. Salah ya....kita bagi akaun kita untuk tujuan scam orang ni. Kalau ada laporan memang nama kita akan disenarai hitamkan.
XOXO,
Ezna
mee wantan sodap tu..aritu husband tgh google nk try masak mee wantan katanya tp blum buat lg
BalasPadamLega bila dah selesai kan...
BalasPadamFirst time tau ada YTF yang ada pilihan kuah sup kari n tomyam...variety sikit, bestt...
BalasPadamMesti Kak Ezna penat betul tu sampai staff kat bank tegur macam tu...
kak ana pun suka makan wantan sup putih macam tu sekali sekala, sedap kena pula buh sikit chili oil :)
BalasPadamkak ana pun suka makan sup wantan putih macam tu buh sikit chilies oil :)
BalasPadammemang kuahnya sikit ya mi tarik daging tu?
BalasPadamalhamdulillah selesai tukar nofon ye.. sedapnya YTF!
BalasPadamalhamdulillah...selesai urusannya
BalasPadamselalu tahu YTF ada sup dengan kuah sos tu je...
BalasPadamdah macam steambot pulak ada tomyam juga
saya dulu pernah bekerja di Everly Hotel..tempat lepak kalau waktu rehat memang lain tak bukan adalah Alamanda sahaja hahahha...
BalasPadamOh banyaknya prosedur zaman sekarang. Gara2 scammer, orang biasa mcm kita jadi leceh sikit urusannya
BalasPadamYTF tu nmpk sgt sedap laaaa
BalasPadamRajin Dania cuti2 pun dia buat part time...
BalasPadamDlu masa lepas spm ngan stpm nieyl kerja dekat Alamanda..
akak pergi tak KKV situ..
Aah betul tu, sekarang prosedur bukak akaun bank mmg susah.. minggu lepas baru buat akaun bank untuk anak no. 2 sbb senang bantuan awal persekolahan boleh kredit masuk dalam akaun bank terus. Kena bawak anak sekali, sijil lahir, kena interview kenapa nak bukak akaun, sign surat indemniti dsb. Sama jugak masa nak aktifkan balik akaun bank sbb dah lama dormant, kemain susah. Bank suggest tutup je akaun lama apply akaun baru tapi sayang pulak sbb dah guna akaun tu dari zaman uni lagi.
BalasPadam