Ahad, Mac 23

Pemergian dan Perpisahan

Dalam dunia ni ada bermacam cerita kisah suka duka. Hari ni dapat perkhabaran jiran lama kami meninggal disebabkan kanser hati. Kisahnya bermula bila dia kata bawah hatinya membesar. Ingat kot dengan senaman dapat menguruskan badannya. Tak pergi check / buat rawatan. Sebenarnya beliau memang kurus orangnya. 

Akhirnya beliau masuk hospital sebab sakit dan mulalah menjalani ujian untuk mengenalpasti penyakitnya. Akhirnya dapat tahu kanser hati. Katanya Dr tak dapat nak buat apa2 disebabkan faktor usia beliau dan diminta untuk pulang ke rumah. 

Katanya 2 hari sebelum meninggal, boleh solat kat surau lagi. Masa kat surau,, beliau rasa tak boleh nak bernafas dan mengah. Dihantar ke hospital. 

Hari ni beliau dipanggil pulang untuk selama-lamanya. Hubby pun ziarah la. Moga En. Khairul ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. 

Gambar hiasan

Lepas tu dapat perkhabaran kawan saya pula berpisah dengan suaminya. Mereka ni macam terkena sihir pemisah. Kalau kat rumah tu macam ada 'benda tak nampak'. Sampai berpindah la mereka masa tu. Puas hati penghantar sihir ya sebab dah memisahkan kawan saya ni?. Dalam zaman serba moden pun ada yang masih menggunakan medium sihir ni. Lama juga sebenarnya jodoh kawan saya ni tapi akhirnya berpisah juga....Allah lebih mengetahui....

Moga dipermudah urusan ya untuk hari-hari yang mendatang ni. 😔

Dah la hari ni hujan je kat sini. Dengar cerita yang menyedihkan pulak. Itulah kehidupan ya. Penuh warna warni. 





XOXO,
Ezna






 

8 ulasan:

  1. Sekarang ramai betul kena kanser. Selalunya tau dah tahap teruk. Jahatnya main sihir. Zaman dah moden pun masih ada amalkan perbuatan syirik.

    BalasPadam
  2. Arwah abg ipar sy pun sama ezna, ingatkan X sihat sbb kencing manis (mmg penghidap diabetes). Rupanya kanser hati stage 4 dah masa dapat detect tu :(
    Semoga kawan Ezna tabah menghadapi ujian perpisahannya 🤲🏻

    BalasPadam
  3. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn.. rupanya, banyak jugak symptom kanser hati. Semoga keluarga mereka tabah dengan kehilangan ini.

    Takutnya sihir pemisah.

    BalasPadam
  4. Moga rohnya En Khairul dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.
    Ada kenalan pun begitu, hampir berpisah. Alhamdulillah dah ok, mak ayah dgn mertua bawa berubat ke Darul Syifa dll ikhtiar sehabisnya. Doktor Pakar muda segak, ramai peminatnya.

    BalasPadam
  5. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diletakkan bersama para solihin, aaminn yra.. Tentang sihir pemisah pula minta dijauhkan.. Allahu akhbar moga si penghantar segera bertaubat..

    BalasPadam
  6. Siapakah yg tega kirim sihir pemisah itu yaaa 😔. Makin kesini, orang2 tak takut nampaknya dengan Allah.

    Sedihnya kehilangan anggota keluarga di saat dah mau dekat raya begini. Semoga beliau ditempatkan selalu dalam golongan orang beriman

    BalasPadam
  7. inna lillah wainna ilaihi rajiun

    BalasPadam
  8. Inna lillah wainna ilaihi rajiun kepada arwah jiran Kak Ezna...

    Macam-macam ye kalau ada sifat negative ni...kesian yang teraniaya...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...